Pernahkah anda mengalami dilema sama ada mahu bercukur atau tidak?

Fenomena ini disebabkan beberapa faktor Mari kita lihat statistik tentang kajian ini :

1. 85% daripada lelaki yang bercukur memilih untuk bercukur dalam keadaan kulit basah.

2. Terdapat 1.3 Billion lelaki masih menggunakan mata pisau cukur yang klasik seperti mata pisau yang kita lihat di Barbershop. Ini kerana ia lebih tajam dan tidak menyakitkan.

3. Walaupun seorang lelaki bercukur setiap hari seumur hidupnya, tetapi majoriti lelaki masih tidak faham tentang teknik yang betul.

4. Terdapat 75% Lelaki bercukur setiap hari, 7% lelaki tidak bercukur kerana pengaruh agama dan 3% Lelaki tidak bercukur kerana mereka tidak peduli.

5. Sebilangan Lelaki bercukur disebabkan tuntutan tempat kerja bagi mengekalkan kebersihan. Seperti Cafe, Restauran dan sebagainya.

6. Terdapat juga Lelaki bercukur disebabkan nasihat oleh pasangan mereka. Pasangan mereka lebih suka melihat mereka bercukur berbanding sebaliknya. Ini Cinta!

Inilah antara faktor tentang Lelaki dan bercukur. Sama ada anda bercukur atau tidak, ia pilihan masing masing. Yang penting  anda sentiasa kemas dan mempunyai penampilan yang menarik.