Selain daripada wanita , lelaki juga tidak ketinggalan dari menghadapi masalah dengan kulit wajah mereka . Yang pasti , maslah kulit yang dialami tidak sama. Setiap hari kita akan mengalami masalah kulit yang berbeza – beza , contohnya kulit kelihatan kusam, berjerawat ataupun mempunyai kedutan. Bagaimana pula cara untuk menghadapinya ? berikut merupakan masalah – masalah kulit yang sering dihadapi oleh lelaki dan juga cara untuk mengatasinya.

 

  1. Kulit Kusam 

    Kulit kusam berpunca daripada kurang pengambilan air di dalam badan , tidak melakukan eksfoliasi dan juga persekitaran yang tidak bersih .Anda perlu melakukan eksfoliasi sekurang – kurangnya dua kali seminggu . Ia akan dapat membuatkan kulit anda cerah berseri dan tidak kusam . Malah , sekiranya anda menggunakan berus wajah untuk melakukan ekfoliasi anda akan dapt melihat hasil yang lebih baik .

    Sedikit tips , ketika anda sedang duduk anda boleh menundukkan kepala anda pada paras lutut di dalam satu minit . Aktivit seperti ini dapat membuatkan kulit anda tampak lebih segar dan tampak kemerahan semulajadi kerana apabila kepala lebih rendah daripada paras jantung , graviti akan menarik dan melancarkan pengaliran darah pada wajah anda .

  2. Kulit Kemerahan 

    Masalah kulit kemerahan sering dialami oleh mereka yang mempunyai kulit sensitif terutamanya apabila terkena sinaran matahari .Anda boleh menyelesaikannya dengan memilih produk yang berlabel ” calming ” , ” soothing “ ataupun ” anti – redness” untuk menangani masalah kulit kemerahan.

    Antara tips lain yang anda boleh gunakan ialah rendamkan tuala bersih di dalam susu berais dan kemudian sapukan pada bahagian kulit anda yang kemerahan. Ini kerana , kandungan protein dan efek dingin dapat meredakan kesan kemerahan. Selain itu, anda juga boleh mengoleskan isi kapsul minyak “ evening primrose “ pada kawasan yang kemerahan bagi mengurangkan kerengsangan kulit.

  3. Kulit Berkedut 

    Punca kulit berkedut antaranya adalah kerana pendedahan melampau kepada sinar uv matahari , faktor umur ataupun tabiat merokok .Penggunaan pelindung matahari seperti SPF dapat mengelakkan kulit berkedut, namun dengan lapisan serum antioksida dan vitamin c ia dapat memberikan perlindungan ekstra pada kulit serta merawat kedutan.

    Pengambilan 500 mg vitamin C setiap hari diperlukan untuk kulit menghasilkan kolagen . Vitamin C ini boleh dimakan ataupun disapu pada kulit.

  4. Kulit Sembap 

    Punca kulit sembap diantaranya adalah kerana  kurang tidur, alergi ataupun stress .Ianya boleh diatasi dengan menggunakan pelembap yang mampu mengurangkan rengsa seperti serum bebola contohnya “Garnier eye roller”

    Tips lain adalah anda boleh tidur dengan dua bantal sebagai alas kepala. Melalui cara ini , ianya akan dapat mengawal cecair agar terus ke bahagian bawah mata , maka kelembapan di bawah mata akan dapat dikekalkan dan menghasilkan mata yang segar keesokan hari.

  5. Jerawat

     

    Punca jerawat adalah kerana tidak menjaga kebersihan , hormon ataupun kerana stress melampau .Anda boleh mengatasinya dengan mengoleskan krim jerawat yang mengandungi 5% asid salisilik ataupun 2.5 % benzoyl peroxide . Disarankan untuk anda mencuba krim jerawat “Nixoderm” ianya mampu menghilangkan jerawat anda dalam masa seminggu sahaja.

  6. Liang Pori Terbuka

     

    Liang pori terbuka berpunca daripada perubahan hormon , pendedahan kepada cahaya matahari berlebihan dan juga kerana merokok.Adalah penting untuk mengekalkan kebersihan pada kulit untuk mencegah jerawat dan jangkitan kulit. Banyakkan minum air dan penggunaan toner kerana ia membantu mengecilkan liang pori wajah. Tips lain adalah dengan menyapu ais pada bahagian kulit yang mempunyai masalah pori terbuka kerana ianya juga dapat mengecilkan liang pori wajah.

  7.  Kulit Berminyak

     

    Perubahan hormon, tekanan, alam sekitar dan genetik adalah sebab untuk kulit berminyak.Basuh muka anda dengan pembersih kulit yang lembut, elakkan makanan berminyak, elakkan daripada menggunakan sabun yang kuat terutama pada muka dan minum air yang banyak.

  8. Blackheads

     

    Bintik hitam adalah agen kepada jerawat kerana ia mengumpul bakteria, sel-sel mati dan minyak. Bintik hitam terjadi disebabkan oleh hormon dan ianya selalu muncul di hidung, dahi dan tulang pipi.Bersihkan kulit dengan kerap dan mengelakkan menghabiskan terlalu banyak masa di bawah sinar matahari. Menggunakan nose strip for blackheads juga bagus untuk menghilangkan bintik hitam.

    Klik untuk lebih banyak petua untuk menghilangkan blackheads

     

  9. Kulit Kering

     

    Ianya disebabkan oleh perubahan persekitaran, umur, genetik dan suhu.Minum air dengan secukupnya dan menggunakan pelembap adalah langkah-langkah asas untuk melawan kulit kering. Jika kulit anda kering hingga bersisik, anda harus guna pelembap yang lebih kepada pelembap berubat yang boleh didapati di farmasi.

  10. Gatal Selepas Bercukur

     

    Adalah penting untuk mencukur arah pertumbuhan rambut kerana dapat mengurangkan gatal-gatal, radang kulit selepas bercukur.Selain itu,  jangan pakai pencukur yang akan memberi tekanan pada kulit semasa mencukur. Adalah penting untuk menukar pencukur dengan kerap, untuk mengelakkan pertumbuhan bakteria yang boleh menyebabkan kulit anda mempunyai masalah lain

Mencari Tips Penjagaan Jambang , Janggut dan Misai ? Klik di sini