Semua lelaki mahu penampilan yang terbaik. Tetapi tiada seorang pun daripada kita mahu menghabiskan lebih banyak masa daripada yang diperlukan di hadapan cermin bilik mandi setiap pagi. Kehidupan terlalu pendek, dan anda telah mensia – siakannya.
Itulah sebabnya kami telah menyenaraikan beberapa penjagaan diri lelaki bagi panduan anda .
1. Bercukur Selepas Mandi
Kebiasaanya lelaki akan menggunakan masa yang ada untuk memberus gigi, flos, bercukur dan banyak lagi sebelum mula berehat di pancuran hangat yang menyenangkan.
Tetapi adakah anda tahu yang bercukur selepas mandi lebih baik ?. Ini kerana , selepas mandi, bulu muka anda telah dilembutkan dengan stim, dan folikel kulit anda terbuka seterusnya memberikan anda kesan yang baik , bercukur lebih licin dengan risiko yang lebih rendah mengelakkan daripada luka diakibatkan daripada bercukur.
2. Conditioner Sebagai Krim Pencukur
Menggunakan perapi rambut sebagai krim pencukur juga memberikan anda cukuran yang tidak mengeringkan kulit malah ia dapat melembutkan kulit muka anda ketika mahu bercukur.
3. Picit Jerawat Menggunakan Tisu
Terdapat tetamu yang tidak diundang di muka anda ? Apabila ianya masak , picitnya dengan menggunakan tisu yang menutupi hujung jari anda dengan perlahan-lahan .
Bukan sahaja ia akan membantu mencegah penyebaran bakteria dengan menghentikan jari anda menyentuh kulit anda secara langsung, Tetapi ia juga akan menghalang anda daripada luka diakibatkan daripada memicit jerawat secara langsung ke muka.
4. Gunakan Minyak Zaitun Untuk Mencuci Telinga.
Penggunaan cotton bud dapat mengakibatkan kerosakan pada gegendang telinga anda dan ianya sebenarnya merupakan alternatif yang tidak sesuai untuk mencuci telinga. Tetapi dengan penggunaan minyak zaitun , dengan beberapa titis ke dalam telinga anda ianya akan bertindak sebagai pelincir bagi mengosongkan telinga dan sekaligus mengakibatkan tahi telinga anda jatuh dengan sendirinya. Ianya mungkin kedengaran agak kotor tetapi percayalah bahawa telinga anda akan terasa lebih lega selepas melakukan kaedah ini.
5. Gunakan Balsam Bibir Untuk Merawat Kesan Luka Bercukur
Jika anda terluka diakibatkan oleh pencukur , sapukan balsam bibir ke atasya kerana ianya dapat membantu untuk menghentikan darah dan merawatnya.
6. Mendapatkan Bibir Yang Mungil Menggunakan Berus Gigi
Menggosok berus gigi ke bibir anda secara lembut dapat membantu untuk menyingkirkan kulit mati dan seterusnya memberikan hasil bibir yang mungil dan menakjubkan.
7. Bersihkan Pencukur Dengan Menggunakan Pengering Rambut
Selain daripada membersihkan dengan menggunakan air selepas anda bercukur , anda boleh membersihkannya dengan menggunakan pengering rambut kerana udara yang dikeluarkan dapat membersihkan pencukur anda dengan lebih efektif selain daripada ianya juga dapat mengelakkan bilah pencukur anda daripada berkarat.
8. Gunakan Bedak Talkum Untuk Badan Yang Segar Sepanjang Hari.
Suhu panas yang melanda dapat membuatkan badan anda berpeluh dan tidak selesa. Oleh itu, sapukan bedak talkum di badan anda sebelum memulakan hari anda untuk mendapatkan badan yang segar sepanjang hari.
9. Mengekalkan Wangian Anda Dengan Vaseline
Vaseline adalah bahan occlusive , iatu yang bermaksud ia memegang bahan-bahan seperti wangian yang lebih dekat ke kulit, sehingga menjadikannya ia bertahan lebih lama daripada jika anda menyemburkan wangian anda secara terus ke kulit anda. Caranya adalah gosokkan sedikit ke titik nadi anda dan semburkan wangian sebelum berbelanja untuk memastikan aroma anda tahan lebih lama.
10. Menghilangkan Sunburn Dengan Menggunakan Uncang Teh Sejuk
Jelas sekali cara terbaik untuk merawat selaran matahari adalah dengan menghalangnya daripada berlaku terlebih dahulu dengan menggunakan sunscreen atau sunblock. Akan tetapi , anda juga boleh menghilangkan ia dengan menggunakan uncang teh yang disejukkan kerana mempunyai kandungi asid tannic untuk membantu meredakan kesan selaran matahari,