Laman sosial gempar apabila seorang wanita terlibat kemalangan hanya kerana seekor lipas . Ya, lipas di dalam kereta seorang wanita di Singapura telah menyebabkan wanita tersebut hilang kawalan dan seterusnya merempuh sebuah jejantas . Kehadiran lipas adalah disebabkan serpihan – serpihan makanan yang tertinggal di kereta .Oleh itu, untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku , anda perlu menghapuskan lipas – lipas yang beranak – pinak di dalam kereta anda .
Di sini disertakan 15 cara untuk menghalau lipas dari kereta anda :
1. Daun Pandan
Penggunaan daun pandan merupakan salah satu cara yang paling mudah dan berkesan . baunya yang kuat dan wangi dibenci oleh lipas.
Caranya adalah dengan cuci dan seterusnya menghiris daun pandan ini bagi mengeluarkan baunya dan kemudian isikan di dalam beg kain yang berjaring halus. Selepas langkah – langkah ini, anda boleh menggantung beg kain tersebut di dalam kereta .
2. Daun Durian Belanda
Daun durian belanda juga menggunakan cara yang hampir sama seperti daun pandan di atas. Akan tetapi, ianya ternyata lebih berkesan digunakan apabila daunnya telah kering.
Bagi anda yang meminum teh daun durian belanda, anda boleh cuba meletakkan uncang teh yang telah digunakan tersebut di dalam kereta. Tetapi perlu diingatkan supaya jangan letak buat durasi yang terlampau lama kerana ianya mungkin mengundang serangga lain di kereta anda !
3. Semburan Serai Wangi
Salah satu alternatif semulajadi untuk mengelakkan lipas daripada bersarang di dalam kereta adalah dengan menggunakan semburan serai wangi .
Patinya boleh dibuat sendiri dengan air rebusan atau goreng dengan api perlahan. Dengan cara , campurkan sedikit air dan masukkan ke dalam botol penyembur. Selepas itu , semburkan di seluruh kereta, terutamanya pada bahagian karpet.
Jika anda tidak yakin untuk membuatnya sendiri , terdapat botol semburan wangi yang sudah dijual di pasaran .
4. Baking Soda
Baking soda bukan sahaja merupakan bahan toksik terhadap lipas, tetapi ia juga boleh menyerap bauan sisa makanan yang mengundang lipas ke dalam kereta anda.
Caranya adalah dengan taburkan selapis baking soda ke atas karpet kereta dan biarkan beberapa hari sebelum anda membersihkannya semula.
5. “ Glue Trap “
Perangkap gam atau ‘glue trap’ banyak dijual di kedai-kedai dengan harga yang murah. Seeloknya, cari yang berlabel anti-toksik atau semulajadi.
Caranya adalah dengan meletakkan perangkap ini pada waktu malam kerana waktu inilah lipas-lipas sedang aktif. Ia perlu digunakan dan ditukar dengan kerap sehinggalah lipas-lipas ini hilang sepenuhnya.
6. Perangkap Botol Minuman
Salah satu perangkap yang paling mudah dibuat adalah perangkap botol minuman .
Ambil botol air minuman dan tinggalkan sedikit sisa di dalamnya. Kemudian, biarkan botolnya terbuka dan selitkan botol pada sisi tempat duduk kereta dalam keadaan menegak. Dalam posisi ini, lipas akan susah untuk memanjat keluar. Biarkan semalaman atau 2-3 hari dan anda pasti akan mendapati ada banyak lipas yang terperangkap di dalamnya. Anda juga boleh mencampurkan sisa makanan dengan sedikit larutan baking soda untuk membunuh lipas tersebut.
7. Listerine
Salah satu petua menghalau lipas yang boleh anda cuba adalah menggunakan Listerine.
Penyegar mulut dan nafas ini boleh digunakan sebagai penyembur untuk menghalau lipas. Sebaiknya, pilih bau pudina yang paling kuat. Semburkan dalam kereta anda termasuklah di bahagian tersembunyi.
8. Minyak Aromaterapi
Bagi anda yang mempunyai koleksi minyak aromaterapi, bolehlah menggunakan wangian tea tree oil, peppermint atau lemongrass untuk menghalau lipas-lipas ini daripada terus bersarang dalam kereta anda. Ini kerana lipas tidak menyukainya bau wangian yang sangat kuat.
Namun, jika masih ada telur-telurnya, mungkin ia tidak dapat menyelesaikan masalah ini dengan lebih cepat dan berkesan.
9. Guna Kapur Semut / Lipas
Beli kapur untuk menghalau lipas + semut seperti contoh gambar di atas . Ini merupakan cara yang amat mudah untuk membunuh lipas kerana selepas anda menabur kapur tersebut di dalam kereta, semut ataupun lipas yang menyentuh serbuk kapur tersebut akan kehilangan fungsi saraf dalam masa 4 jam dan seterusnya serangga tersebut akan mati setelah 10 jam kerana tubuhnya tidak dapat digerakkan.
10. Campuran Minyak Masak, Susu dan Marjerin
Lipas akan tertarik kepada bau marjerin . Cara ini adalah paling mudah dan berkesan ekoran ramai sudah mencubanya.
Caranya adalah dengan mencampurkan minyak masak yang telah digunakan bersama marjerin dan susu. Ianya akan menarik lipas – lipas di dalam kereta dan seterusnya memerangkap mereka sehingga tidak boleh bergerak dan seterusnya mati.
11. Vakum Bawah Karpet Kereta
Kebanyakan lipas ini bersarang di dalam rangka kereta kerana ianya bersarang di tempat yang sukar dilihat seperti bawah karpet , bawah tempat duduk mahupun di bonet kereta.
Oleh itu, jika masalah ini berlarutan dan semakin teruk, cuba bawa kereta anda ke carwash untuk cuci bahagian karpet kereta atau bahagian-bahagian tersorok di bawahnya ataupun anda boleh mencuba untuk vakum bawah karpet kereta anda sendiri.
12. Perangkap Lipas
Di pasaran banyak menjual perangkap lipas sedia ada seperti gambar di atas . ianya cara yang sangat mudah dan murah juga . Letakkan perangkap di bawah tempat duduk kereta anda bagi mendapatkan hasil yang memberangsangkan.
13. Racun Aerosol
Perkara yang sangat mudah apabila anda menggunakan semburan aerosol seperti gambar di atas . Ianya bukan sahaja mampu membunuh lipas tetapi ianya juga mampu menangani masalah semt dan nyamuk di dalam kereta anda.
Caranya adalah dengan semburkan ke dalam kereta terutama di bawah karpet atau bahagian but kereta dan tutup pintu rapat , biarkan selama sekurang – kurangnya 2 hingga 3 jam . Akan tetapi , ianya tidak boleh digunakan secara kerap kerana bau aerosol tersebut akan menimbulkan bau yang tak enak di dalam kereta anda dan membahayakan kesihatan anda juga.
14. NANO MIST Anti Bacteria System
Pergi ke service centre kereta anda ataupun pergi ke “car wash” yang berhampiran, katakan kepada dia anda mahu membuat nano mist. Nano Mist ni adalah semburan asap bertujuan untuk menghapus bakteria, semut ataupun lipas yang bersarang di dalam kereta . Cecair Nano anti bacteria akan di isi dalam mesin dan selepas itu, diletak dalam kereta dengan keadaan aircond dipasang selama beberapa minit, maka asap yang berkepul-kepul memenuhi dalam kereta tu akan membasmi bakteria dan serangga yang bersarang dan ianya akan membuat kereta anda bau seperti baru . kosnya sekitar RM 30 sahaja.
15. Combat Quick Kill Formula
Khusus untuk lipas kecil – kecil dan bersarang dalam kereta.
Combat ini merupakan pembunuh lipas berangkai. Apabila lipas yang terkena combat jumpa lipas lain di sarang itu , ianya akan mengakibatkan lipas yang terkena dan lipas lain mati. Selepas 2 hingga 3 hari anda perlu vakum bangkai lipas tersebut dan ianya agak menyukarkan anda jika ianya mati di bahagian bawah karpet.