Berambut panjang atau pendek, tebal atau nipis, lurus atau kerinting , lelaki juga perlu mendapatkan penjagaan rambut yang kerap . Tiada guna jika anda mempunyai gaya rambut terkini jika rambut anda tidak terjaga sehingga menampakkan rambut anda tampak kusam.

Hanya kerana anda seorang lelaki ianya tidak bermakna anda tidak perlu melakukan rutin penjagaan rambut seperti wanita. Malahan , rutin penjagaan rambut bagi lelaki adalah sama seperti wanita, dengan beberapa variasi.

Dengan penjagaan rambut secara tetap, gaya rambut anda akan bertahan lebih lama dan kelihatan lebih baik. Berikut merupakan 15 tips penjagaan rambut penting untuk lelaki:

1. Jangan Membasuh Rambut Terlampau Kerap

Kesilapan yang sering dilakukan oleh lelaki andalah mencuci rambut dengan terlalu kerap dalam masa seminggu. Oleh itu , pentingnya menghadkan membasuh rambut dua kali atau tiga kali seminggu . Ini akan memastikan kesihatan rambut terjamin dan bagi mengelakkan kehilangan minyak penting daripada kulit kepala.

2. Keringkan Rambut Anda Perlahan-Lahan; Jangan Menggosoknya

Rambut yang basah cenderung lemah dan terdedah kepada kerosakan. Oleh itu , jangan menggosok rambut basah dengan tuala dengan kuat kerana ianya dapat merosakkan rambut anda . Sebaliknya anda perlu menekap rambut yang basah secara perlahan – lahan bagi mengelakkan tekanan pada kulit kepala.

3. Elakkan Aktiviti Menyikat Rambut Untuk Menutupi Kawasan Botak

Jika rambut anda menipis sehingga menampakkan kawasan botak di kepala anda , elakkan menyikat rambut sehingga ianya menutupi kawasan botak kepala anda , namun anda boleh mendapatkan potongan rambut yang sesuai dengan penampilan rambut anda yang nipis ketika ini . Jangan pernah sesekali menyikat rambut sebegitu kerana ianya akan menyebabkan wanita lari daripada anda !

4. Gunakan Perapi Telur

Telur mengandungi protein dan mineral penting seperti yang diperlukan oleh rambut anda. Kebaikan telur ini ialah ianya mampu menyejukkan rambut anda selain menguatkan akar rambut anda .

5. Lindungi Rambut Anda Daripada Klorin

 

Klorin di dalam kolam boleh menyebabkan rambut anda kering dan rapuh selain ianya juga menyebabkan kesan yang buruk kepada kulit kepala anda. Cara paling mudah untuk melindungi rambut anda daripada kesan berbahaya klorin adalah dengan membasuh rambut dengan air yang bersihselepas anda keluar daripada kolam renang ataupun sebagai alternatif , anda boleh memakai topeng .

6. Elakkan Penggunaan Produk Yang Terlampau Banyak

 

Penggunaan terlampau banyak gel rambut, semburan rambut ataupun produk rambut yang lain akan membuatkan rambut anda kelihatan sarat dan tidak sihat . Oleh itu , gunakan seminima produk rambut yang boleh dan elakkan daripada memakainya setiap hari.

7. Gunakan Syampu Yang Mengembalikan Sinar Rambut Anda

 

Dari masa ke masa , produk yang anda gunakan pada rambut boleh menjadikan rambut anda kelihatan kusam dan tidak bermaya. cara mengatasinya , anda boleh menggunakan syampu yang tertera ” clarifying ” seperti Pantene Pro-V Total Damage Care untuk mencuci segala lebihan produk pada rambut anda dan juga dapat membuatkan rambut anda kembali bersinar.  Selain itu. anda juga boleh menggunakan cuka putih untuk membilas rambut kerana ia membantu dalam mengimbangi tahap pH. Ia mungkin berbunyi aneh tetapi ianya terbukti benar.

8. Jangan Membasuh Rambut Secara Berulang

Satu artikel tentang penjagaan rambut lelaki tidak akan lengkap tanpa membersihkan mitos mengenai penggunaan syampu dua kali. Pada dasarnya jangan tertipu oleh iklan televisyen yang memberitahu mencuci, bilas dan ulangi. Cuci rambut sekali sudah mencukupi. Tetapi pastikan anda menggunakan syampu dan perapi yang betul.

9. Kurangkan Pendedahan Rambut ke Haba Yang Panas

Elakkan menggunakan pengering rambut untuk mengeringkan rambut anda. Biarkan ianya  kering secara semula jadi. Ia mungkin mengambil sedikit masa tetapi ia pasti akan menghalang rambut anda daripada menjadi keriting dan rapuh. Tetapi jika anda menggunakan pengering rambut, pastikan anda menetapkannya pada tetapan haba yang rendah.

10. Dapatkan Potongan Rambut Setiap 4 – 6 Minggu

 

Untuk memastikan rambut anda kemas dan teratur, dapatkan potongan rambut setiap 4-6 minggu. Untuk memastikan kekemasan rambut terjaga dan mendapat gaya yang terkini .

Klik untuk melihat lokasi cawangan Walter Barbershop di sini

11. Mandi Menggunakan Air Sejuk

Mandian air sejuk sebenarnya menghalang kapilari darah di kulit kepala. Kapilari darah ini membawa nutrien penting dan aktif yang perlu untuk memberi kesan yang optimum dan jika ianya terhalang ianya akan membawa kesan yang buruk terhadapa kesihatan rambut anda.Tetapi ini tidak bermakna anda perlu mencuci rambut anda di bawah paip air panas. Ia akan merosakkan rambut anda dengan mengeluarkan semua minyak semula jadi dari kulit kepala. Idealnya basuh dan bilas rambut anda dengan air suam.

12. Kekalkan Kesemulajadian Rambut Anda

Mewarnakan rambut , meluruskan rambut ataupun perming mampu merosakkan rambut anda maka , anda perlu mengurangkan aktiviti sebegitu untuk mendapatkan rambut yang sihat.

13. Gunakan Sikat Yang Betul

Rambut adalah suatu benda yang halus dan anda harus memastikan anda menggunakan alat yang betul. Juga, jangan berus rambut ketika  basah malah  gunakan jari anda atau sikat bergigi lebar

14. Elakkan Pemakaian topi Yang Ketat

Topi ketat  boleh menyebabkan ‘daya tarikan alopecia’ iatu keadaan rambut yang boleh menyebabkan keguguran rambut, ataupun kehilangan rambut secara kekal. Selain itu , ianya juga boleh menyebabkan kepala anda berbau .

15. Menjalani Gaya Hidup Yang Sihat

Kesihatan rambut anda juga mencerminkan gaya hidup anda. Penjagaan rambut untuk lelaki bermakna anda perlu makan dengan baik, bersenam, minum air, dapatkan tidur yang cukup dan cuba kekal positif.

Rambut anda adalah perkara pertama yang mendapat perhatian anda. Rambut dan kulit kepala yang dijaga dengan baik dapat menceriakan hari anda.

There are several websites that can provide you ideas on topics which you are able to use on your www.cakeresume.com essay.