18 tips bagi pemilik ps4

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

18 Tips Bagi Pemilik PS4. Baru baru ini sedang hangat mengenai keluaran permainan video yang terbaru untuk PS4 iatu FIFA 19 . Penggemar alat permainan video PS4 yang majoritinya kaum lelaki mula membeli permainan video keluaran terbaru tersebut. Rata – rata lelaki sangat mengutamakan dan menjaga konsol PS4 mereka seperti ianya nyawa mereka sendiri. Tetapi , adakah sudah mengetahui fungsi – fungsi yang boleh anda lakukan di konsol PS4 anda? Di sini admin membongkarkan 18 tips bagi pemilik ps4 yang perlu anda tahu.

 

 

 

  1. Menghadkan masa bermain

    Tips ini boleh diguna pakai bagi anda yang mahu mengehadkan masa anak ataupun adik di bawah umur untuk bermain PS4 dengan terkawal ataupun mungkin untuk diri sendiri . Boleh ke ke Settings> Family Management di PS4 anda untuk melihat semua ahli keluarga pada akaun anda dan berapa banyak yang telah mereka mainkan. Dengan penetapan ini , kanak – kanak akan mendapat pemberitahuan apabila masa bermain hampir tamat.

  2. Memadam Notifikasi Lama

    Adakah anda tahu bahawa akhirnya anda boleh memadam notifikasi lama? ya , kini anda boleh ! Hanya pergi ke notifications dan tekan options pada controller anda atau menekan butang segi tiga untuk memadamkan notifikasi tunggal ataupun secara sekaligus.

     

  3. Menyusun Aplikasi Di Dalam Satu Folder

    Menu PS4 adalah mudah untuk diguna dan difahami. Akan tetapi apabila anda mempunyai banyak jenis permainan dan aplikasi, ianya sesuata yang sangat leceh apabila anda perlu mencari menggunakan bar di tepi. Sekiranya anda ingin menyusun aplikasi anda di dalam satu folder supaya anda dapat mencari dengan senang, pergi ke options dan pilih “Add To Folder” dari panel sampingan untuk anda memasukkannya ke dalam folder sedia ada atau membuat folder baru. Skrin utama anda akan kelihatan lebih kemas dan bersih di dalam masa yang singkat.

  4. Tambah Lebih Storage

    Kehabisan ruang storage untuk bermain ? Sebenarnya semua model PS4 membolehkan anda menukar hard drive dengan hanya mengeluarkan beberapa skru dan anda boleh menaik taraf ruang storage anda dengan hard drive yang lebih ruang simpanan.Tidak mahu merisikokan diri anda untuk membuka dan menukarnya ? Anda juga boleh menggunakan external hard drive sebagai tempat simpanan kedua untuk PS4 anda.

  5. Fungsi berkongsi Screen Shot dan Video

    Tekan butang Share di sebelah kiri touchpad untuk berkongsi screenshot dan video dari permainan anda.  Butang itu akan membawa anda ke menu yang membolehkan anda memilih antara foto dan video. Anda boleh berkongsi media itu terus ke rangkaian sosial anda seperti Facebook, atau menyimpannya ke hard drive anda.

  6. Strimkan Permainan Video Anda Ke Youtube

    Anda juga boleh menggunakan fungsi share di  PS4 anda untuk menyiarkan secara langsung permainan anda di YouTube. Pilih “Broadcast Gameplay ,” pilih perkhidmatan kegemaran anda, log masuk dan mula mengumpul peminat untuk melihat anda bermain permainan video tersebut. Mungkin anda akan menjadi bintang YouTube hebat yang seterusnya!

  7. Mengubahsuai Latar Belakang

    Anda telah menyimpan screenshot permainan video anda tadi bukan ? Kini anda boleh menggunakannya sebagai latar belakang untuk PS4 anda! . Apa yang anda perlu lakukan adalah pergi ke capture gallery dan pilih mana satu yang anda mahu gunakan sebagai latar belakang baharu. Anda juga boleh menyesuaikan bayang bayang di belakang teks anda untuk pastikan segala-galanya boleh dibaca, dan semudah itu, anda akan mempunyai latar belakang baru yang anda suka untuk permainan video anda.

  8. Bermain di Mac atau PC

    Hanya kerana anda tidak berada dalam bilik yang sama dengan PS4 anda tidak bermakna anda tidak boleh bermainnya. Tahukah anda bahawa terdapat aplikasi yang dbernama Remote Play untuk dimuat turun ke Mac ataupun PC anda. Selain daripada anda boleh memainkannya secara strim secara langsung di PlayStation TV dan PlayStation Vita, anda juga boleh menggunakan mac atau pc anda untuk bermain. Yang anda perlukan adalah sambungan rangkaian wifi yang kuat untuk membuatkan ianya berfungsi.

  9. Status Offline

    Jika anda mahu bermain permainan video anda dengan tenang tanpa mendapat sebarang request untuk menyertai anda , anda boleh menukar status anda ke offline daripada online . Mudah bukan ?

  10. Kurangkan Pencahayaan lampu controller anda

    Tak dinafikan bahawa bar cahaya yang terdapat di controller DualShock 4 kelihatan sangat hebat, tetapi ia adalah faktor utama bateri anda cepat menurun. Sekiranya anda tidak menggunakan Kamera PlayStation yang menjejaki bar cahaya, tukarkan tetapan untuk menjimatkan bateri anda. Pergi ke Settings > Devices > Controller dan pilih pilihan untuk menyesuaikan dan mengurangkan pencahayaan lampu.

  11. Aplikasi Playstation Mobile 

    Aplikasi Playstation Mobile adalah sangat menarik. Anda boleh menggunakannya untuk bersembang, melihat apa yang orang lain bermain, membeli permainan dan juga sebagai peranti untuk PS4 anda. Perkara ini akan membuatkan anda menaip dengan jauh lebih cepat daripada menggunakan controller . Aplikasi ini boleh didapati di IOS dan Android. 

  12. Mendengar Muzik Sambil Bermain

    Terdapat beberapa muzik yang hebat dalam permainan video, tetapi kadang-kadang anda memerlukan muzik yang boleh meningkatkan mood anda sementara menunggu untuk berlawan dengan pemain lain. Sekiranya anda menggunakan Spotify atau pemain muzik PS4 sendiri, anda boleh pergi ke quick menu untuk memainkan muzik anda dan menghilangkan muzik permainan itu sendiri.

  13. Buka Serentak PS4 dan TV anda.

    Pergi ke Settings > System > Enable HDMI Device Sync dan tandakan di kotak untuk mengaktifkan tetapan ini. Akan tetapi, tidak semua televisyen menyokong ciri ini ataupun terdapat tetapan lain di TV anda untuk membolehkannya berfungsi. Ia sering dipanggil HDMI CEC.

  14. Double Taps Untuk Menukar Aplikasi

    Anda boleh bertukar antara dua aplikasi dan tanpa ianya muncul di skrin anda, walaupun tidak semua, ianya akan mengalihkan anda ke aplikasi terakhir yang anda gunakan apabila anda menekan dengan cepat sebanyak dua kali pada butang PS di DualShock 4.

  15. Remap Buttons 

    Remapping adalah pengubahsuaian fungsi setiap butang yang ada di controller anda bagi memudahkan sesiapa yang mempunyai masalah . Atau ianya juga boleh membuatkan anda lebih mahir bermain kerana dengan tetapan yang lebih mudah untuk anda gunakan dan fahami. Untuk membuat perubahan ini, pergi ke Settings> Accessibilty>Button Assignments. 

  16. Menaip dengan Motion Controls

    Menaip dengan joysticks DualShock 4 amatlah payah dan melecehkan. Jika anda seorang yang handal, cuba gunakan motion controls untuk highlight huruf. Dengan itu anda akan lebih mudah untuk menaip menggunakan keyboard. Apa yang perlu anda lakukan ialah tekan R3 (butang kawalan kanan) untuk menghidupkan ini. Sebagai alternatif, anda boleh menggunakan touchpad untuk menggerakkan kursor di sekeliling.

    Tips yang ke 17 dan 18 adalah sering berkait . Yang ke 17 , anda boleh mencari rakan baru untuk bermain di ” Players You May Know” . Yang ke 18 pula, anda boleh berkongsi permainan anda dengan rakan melalui Share Play > Start ketika bermain . Mereka boleh melihat anda bermain atau memainkan untuk anda . tapi ingat , ianya hanya bertahan selama satu jam sahaja.

    Reference : Playstation 4 Tips You Must Know