Pergi ke kolej merupakan suatu pengalaman yang menyeronokkan. Mendedikasikan sebahagian masa muda anda untuk membangunkan kemahiran diri dan belajar bagaimana untuk berjaya di dunia nyata adalah perjalanan yang mungkin anda tidak akan lupakan.

Tapi bagaimana pula dengan perkara – perkara yang kolej atau sekolah tidak dapat mengajar anda?

Bagaimana pula dengan cara berurusan dengan orang? Atau mendapatkan tanggapan pertama yang baik? Mendapatkan orang untuk menyukai anda? Cara untuk menangani diri untuk bekerja dengan bos atau rakan sekerja yang degil?

Bagaimanakah kita boleh mengajar ini? Pasti anda dapat mencari bahan bacaan mengenai subjek tertentu tetapi kami tidak boleh mengajar ia dengan cara yang sama seperti membaca dan mengira matematik.

Kemahiran tentang individu dan “bagaimana cara untuk menangani individu” secara amnya adalah keupayaan yang mesti diperolehi. Sesetengah orang dapat mempelajari mereka namun ada yang tidak dapat mempelajarinya dengan cepat dan ada juga yang tidak belajar sama sekali.

Berikut adalah beberapa sebab mengapa kemahiran seseorang boleh menjadi sesuatu yang penting daripada pendidikan formal.

1. TIADA MASALAH UNTUK MENDAPATKAN SUATU PEKERJAAN

 

 

Menurut biro statistik buruh, industri perkhidmatan pelanggan mempunyai lebih dari 2 juta jawatan terbuka pada 2013 dan lebih 15.8 juta jawatan dalam bidang jualan dan bilangan itu makin berkembang tahun demi tahun.

 

Ini adalah industri yang tidak memerlukan ijazah kolej tetapi masih mempunyai keupayaan untuk tetap bergerak ke atas. Dalam jualan, seseorang mempunyai keupayaan untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan dengan memperolehi komisen untuk semua transaksi. Dan individu tersebut dengan mudah dapat menyaingi gaji rakan kolej mereka yang mempunyai pendidikan tinggi hanya dengan bekerja dalam bidang jualan.

2. ANDA AKAN SENTIASA MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN RAMAI INDIVIDU.

 

Di samping sentiasa mempunyai pekerjaan, apabila anda mempunyai kemahiran untuk berhadapan dengan individu, anda akan sentiasa mempunyai hubungan dengan ramai individu. Apabila anda mempunyai hubungan, anda akan mempunyai akses kepada lebih banyak sumber. Mengenali orang yang betul juga boleh membantu anda dengan mencari pekerjaan dan ianya bakal membuatkan hidup anda lebih mudah.

 

Sungguh mengagumkan mengetahui pelanggan yang anda sedang berkhidmat untuknya merupakan CEO bagi sebuah syarikat. Mana-mana sumber yang boleh menjadikan kehidupan lebih mudah adalah yang baik dan mempunyai kemahiran untuk berhadapan dengan individu akan membantu anda untuk mendapat akses kepada sumber-sumber ini.

 

3. PERBUALAN ANDA TIDAK AKAN MEMBOSANKAN.

 

 

Setelah pergi ke kolej dan melalui graduasi, saya dapat menyatakan dari pendapat peribadi bahawa anda akan bertemu dengan banyak orang pintar yang cemerlang di dalam peperiksaan tetapi gagal dalam aspek sosial kehidupan.

 

Apa yang saya maksudkan? Saya sedang bercakap tentang individu yang telah mencapai kejayaan besar di sekolah tetapi tidak mempunyai nilai sosial yang menyerlahkan kehidupan sosial mereka.

 

Ini adalah orang yang bersusah payah untuk membina sesuatu hubungan dengan individu yang lain. Individu yang tidak selesa atau kurang minat untuk bertemu dengan orang baru; mereka sangat menitik beratkan mengenai keutamaan mereka sehingga mereka menghiraukan pandangan bahawa kita semua memerlukan sumber dari satu sama lain untuk berjaya dan akibatnya mereka hanya berada di satu tahap yang sama sahaja..

 

Mereka mempunyai kurang pengalaman dalam membina hubungan-hubungan penting dan inilah penyebab mereka untuk gagal melakukannya dalam hidup. Sama ada menjadi janggal atau tiada idea untuk penukaran idea, orang lain tidak mendapati kehadiran mereka itu sebagai sesuatu yang berharga dan dengan itu lebih suka menghabiskan masa mereka dengan orang lain.

 

Yang semestinya perkara ini tidak akan terjadi jika anda mempunyai kemahiran untuk berhadapan dengan individu. Dengan ini, mereka akan mendapati anda sebagai seorang yang menarik dan memilih untuk menghabiskan masa dengan anda selain daripada memberikan anda akses kepada sumber-sumber yang mereka ada. Sumber-sumber ini semudah seperti diskaun di kedai kasut kegemaran anda atau temu duga kerja di firma impian anda.

 

 

4. ANDA AKAN LEBIH CENDERUNG DIPILIH BERBANDING CALON YANG LAIN !

 

 

Perkara ini adalah perkara yang sangat penting bagi diri dan masa depan anda. Resume yang hebat mungkin suatu perkara baik dan mempunyai kelebihan untuk menarik perhatian para penemu duga . Akan tetapi, semakin banyak syarikat telah meletakkan budaya syarikat mereka sebagai sesuatu yang penting. “Adakah orang ini sesuai dengan syarikat kami?” Pada masa kini , apa yang tercatat di atas resume bukanlah sesuatu yang dipandang dahulu oleh syarikat dan syarikat-syarikat mencabar calon untuk mempunyai kemahiran yang hebat selain pendidikan yang tercatat di atas kertas resume agar dapat menyesuaikan diri dengan budaya syarikat.

 

Mengikut artikel di usnews.com, (http://www.usnews.com/news/articles/2014/05/20/employers-cultural-fit-not-gpa-most-important-for-job-seekers)

 

“Setelah membuat tinjauan di kebanyakan syarikat , ” kebolehan untuk menyesuaikan diri dengan budaya syarikat “merupakan perkara yang paling penting dalam membuat keputusan untuk menerima pemohonan pekerjaan manakala nilai CGPA adalah tidak berapa penting”.

 

Ini bermakna inilah cara untuk menonjolkan diri anda! Resume adalah perkara yang paling kurang penting untuk diletakkan di dalam hidup anda dan sudah tiba masanya bagi anda untuk menonjolkan modal insan yang ada di dalam diri anda .

 

Jika apa yang anda ada adalah resume yang mempesonakan tetapi tidak ada keupayaan untuk menunjukkan kepada mereka mengapa anda orang yang dicari untuk posisi pekerjaan tersebut maka anda mungkin sedang menolak tuah bagi posisi pekerjaan yang anda mohon tersebut.

 

Saya memahami bahawa sesetengah posisi pekerjaan mungkin akan memerlukan sijil tertinggi daripada bidang tertentu; Walau bagaimanapun, cara tersebut masih boleh digunakan. Seorang siswazah kedoktoran dengan keperibadian yang menakjubkan akan sentiasa mendapatkan pekerjaan daripada graduan Harvard yang tidak matang dan tidak mempunyai kemahiran untuk bersosial.

Pelajari Kemahiran Menggunting Rambut di Walter Academy, Kursus Selama 2 Bulan. Klik link Ini Untuk Mengetahui Maklumat Lebih Lanjut.

https://elearningiai.ddipolewalimandar.ac.id/inc/

https://alpar-alhayyanparung.sch.id/index.php/2022/09/23/daftar-link-game-slot-hoki-terpercaya-no-1-indonesia-2023/

https://icm.ilearning.me/situs-main-slot-demo-pragmatic-play-indonesia-2023-gratis/

http://md.iain-jember.ac.id/berita/detail/situs-bermain-akun-demo-slot-pragmatic-play-dan-pg-soft-2023

https://ejournal.perpusnas.go.id/files/journals/1/articles/3989/submission/original/3989-8430-1-SM.html

https://ejournal.perpusnas.go.id/files/journals/1/articles/4010/submission/original/4010-8453-1-SM.html

https://dapenmapamsi.co.id/img/

https://unai.edu/berita/daftar-situs-slot-gacor-resmi-paling-terpercaya-2023/

https://cyberschool.sch.id/

https://fti.usn.ac.id/asset/admin/pages/layout/-/slot-pulsa/

http://humas.unis.ac.id/wp-content/uploads/2021/-/slot-pulsa-2023/

https://fti.usn.ac.id/asset/admin/pages/-/togel-online/

https://fti.usn.ac.id/asset/admin/pages/-/akun-demo-pragmatic/

https://apt.usn.ac.id/web/admin/artikel/-/sbobet88/

https://apt.usn.ac.id/web/admin/artikel/-/link-slot-pulsa/