Masalah rambut nipis ni bukan sahaja sering berlaku pada yang sudah berumur malah yang muda sekarang juga ramai yang menghadapi masalah rambut nipis ini. Salah satu puncanya adalah keguguran rambut.

Macam mana keguguran rambut ini boleh terjadi dan bagaimana anda ingin mengatasi masalah tersebut? Di sini kami kongsikan informasi yang akan membantu anda hadapi masalah rambut gugur.

DIET SEIMBANG

Kita tengok balik pemakanan kita. Adakah kita makan makanan yang sihat? Adakah kita mengamalkan diet seimbang? Ya, ini mungkin berbunyi agak lari topik tapi tidak sebenarnya. Pemakanan juga mampu memberi kesan kepada kesihatan rambut anda.

Kurangkan makanan yang berlemak dan berminyak. Ini kerana, makanan tersebut akan beri kesan yang buruk kepada keadaan rambut anda kelak. Kesan daripada pemakanan yang tidak sihat akan membuat rambut anda mudah luruh dan kusam. Makanan yang mampu menjaga kesihatan anda seperti salmon, avocado, kekacang dan minyak zaitun. Paling mudah, banyakkan minum air kosong. Jika anda nampak seseorang itu mengamalkan pemakanan yang sihat, anda lihat keadaan rambut mereka.

TIDUR

Anda tidak percaya bahawa dengan mengamalkan jadual tidur yang sempurna boleh memberi kesan kepada kesihatan rambut anda? Anda boleh cuba sekarang dan lihat hasilnya!

Seorang lelaki perlu rehat dan tidur selama 6-8 jam. Susun semula kitaran jadual tidur anda jika anda mengimpikan rambut yang tebal dan sihat.

PRODUK PENJAGAAN RAMBUT

Hal ini sangat penting bagi anda yang mengalami keguguran rambut. Pastikan anda tidak menggunakan syampu rambut anda pada setiap hari. Ini kerana, syampu boleh mengeringkan dan merosakkan rambut anda. rambut anda akan mudah kusam dan patah. Tukar rutin syampu pada tiap hari kepada perapi pada tiap hari. Penggunaan perapi pada tiap hari sangat digalakkan kerana perapi akan baiki semula rambut anda yang kering dan kusam itu.

Pastikan anda memilih syampu dan perapi yang betul. Pastikan syampu itu khas untuk rambut yang gugur. Anda disarankan untuk syampu rambut 3-4 kali selama 7 hari.

PENGGUNAAN BAHAN KIMIA BERLEBIHAN

Seperti apa yang telah diterangkan di atas, kenal pasti setiap produk yang anda gunakan. Anda tidak digalakkan untuk mewarnakan rambut jika anda mempunyai masalah rambut gugur. Pewarna rambut mempunyai bahan kimia yang berlebihan.

Baca juga Potongan Rambut Mengikut Jenis Rambut Anda

Itu sahaja yang dapat kami kongsikan pada kali ini, semoga perkongsian ini bermanfaat pada anda.

Jangan lupa klik butang LIKE dan SHARE.