Petua adalah tips atau tunjuk ajar yang digunakan oleh orang dulu-dulu dalam penjagaan diri dan sebagainya. Petua kebiasannya digunakan oleh kaum wanita. tetapi, dengan peredaran masa pada zaman sekarang kebanyakan lelaki sudah mula mengambil berat tentang penjagaan diri mereka. Sama ada penjagaan rambut, penjagaan muka dan sebagainya.

Petua yang akan dikongsikan ini adalah petua yang sangat mudah untuk dilakukan. Hanya gunakan bahan semula jadi yang sudah sedia ada di dapur anda.

KENTANG

Kentang adalah bahan yang sangat efektif untuk hilangkan bintik hitam dan kusam di wajah anda.

Caranya:

  • Ambil sebiji kentang dan basuh kentang tersebut hingga bersih
  • Ambil sepotong kentang tersebut dan gosokkan pada permukaan wajah anda
  • Biarkan selama 15 minit atau lebih sehingga kulit anda terasa kering
  • Basuh dengan air sehingga bersih

Anda boleh lakukan petua ini ketika bangun pagi atau pun sebelum tidur.

 

KUNYIT DAN MADU

Dua bahan ini sangat berkesan untuk mencerahkan kulit anda. kunyit mampu mencegah kulit anda daripada ditumbuhi jerawat dan madu pula mampu mencerahkan kulit anda dalam masa yang singkat!

Caranya:

  • Ambil 2 sudu besar serbuk kunyit
  • Campurkan 2 sudu besar madu bersama serbuk kunyit tadi
  • Pastikan campuran bahan tersebut menjadi satu pes yang tidak terlalu cair dan tidak terlalu likat

 

BETIK DAN SUSU

Betik mengandungi fiber yang tinggi yang mampu mengekalkan kesegaran kulit anda. Khasiat susu untuk kulit adalah ia mampu mecerahkan kulit anda sambil merawat sel-sel kulit mati.

Caranya:

  • Kupas kulit betik dan bersihkan betik tersebut
  • Belah betik kepada dua dan buang biji betik
  • Daripada setengah bahagian betik, potong suku daripadanya dan lenyekkan di dalam mangkuk bersih dengan menggunakan garfu atau gunakan pengisar buah
  • Campur betik yang sudah dilenyek bersama beberapa sudu susu dan pastikan pes tersebut tidak cair
  • Cuci muka anda dan sapukan pes betik susu tersebut. Biarkan selama 20-30 minit
  • Cuci muka dengan air sejuk

 

MADU DAN LIMAU

Petua ini sesuai untuk jejaka yang mempunyai kulit sensitif. Limau mampu membersihkan pori muka anda.

Caranya:

  • Gunakan kira-kira 3 biji limau dan campurkan dengan 2 sudu madu
  • Anda akan dapat pes yang agak cair. Jadi, cara yang sesuai untuk anda sapu campuran tersebut adalah dengan menggunakan “flat brush”

Anda boleh juga gunakan jari anda tetapi pastikan anda buat dengan kemas dan cermat.

 

YOGURT

Seperti yang kita tahu, yogurt mempunyai bahan yang mampu memberi kesihatan kepada kulit. Anda cuba petua ini selama 2 minggu dan lihat hasilnya!

Caranya:

  • Gunakan “plain yogurt” atau yogurt yang tidak berperisa
  • Anda boleh juga campurkan yogurt bersama madu atau jus lemon
  • Biarkan selama 20-30 minit dan bilas dengan air sejuk