Mencuci rambut mungkin nampak mudah bagi kebanyakan orang tetapi tahukah anda bahawa jika anda tidak menggunakan teknik yang betul, ia boleh merosakkan rambut anda?

Fakta menyatakan bahawa, penting untuk anda menggosok syampu sehingga bahagian akar umbi kerana ia mampu meningkatkan aliran darah ke kulit, selain merangsang pertumbuhan rambut. Elak gunakan teknik meramas rambut kerana ia boleh mengusutkan rambut dan rambut akan mudah gugur.

TEKNIK MENCUCI RAMBUT

BILAS RAMBUT TERLEBIH DAHULU

Sebelum anda sapu apa-apa produk penjagaan rambut seperti syampu, sangat penting untuk anda bilas rambut anda dahulu dalam beberapa minit. Untuk kesan yang lebih baik, gunakan air suam untuk bilas rambut anda kerana ia akan membuka liang rambut dan akan menghapuskan segala kotoran yang ada di dalam kulit kepala anda.

BASAHKAN BAHAGIAN HUJUNG RAMBUT

Teknik ini penting untuk anda yang mempunyai rambut panjang. Bilas rambut anda hingga ke hujung rambut kerana ia akan melindungi rambut anda daripada hujung rambut bercabang, tingkatkan kelembapan dan memberikan proses cucian berlaku dengan licin.

SYAMPU KULIT KEPALA

Ramai yang masih tidak tahu lagi bahawa teknik mencuci rambut yang betul. Ramai yang salah anggap bahawa dengan meletakkan amaun syampu yang lebih dan meramas rambut adalah teknik yang betul. Teknik yang betul adalah, anda hanya perlu syampu rambut pada kulit kepala. Buih yang ada disapu dari atas rambut hingga akarnya.

GUNAKAN KUANTTI YANG BETUL

Jangan gunakan kuantiti syampu lebih daripada yang anda perlukan. Kenal pasti panjang dan tebal rambut anda. sebagai contoh, jika anda mempunyai rambut pendek dan gunakan kuantiti syampu yang berlebihan, rambut anda akan cenderung untuk kering dan rosak.

ELAK SAPU PERAPI PADA AKAR RAMBUT

Selepas anda bilas rambut anda daripada syampu, kemudian sapukan perapi dan bungkus rambut dalam 20-30 minit. Tujuan bungkus rambut sama ada gunakan tuala kecil atau shower cap,  adalah untuk biarkan rambut anda menyerap perapi tadi dengan penyerapan yang lebih mendalam.

GUNAKAN AIR SEJUK UNTUK TUTUP LIANG RAMBUT

Akhiri proses cucian dengan bilas rambut gunakan air sejuk. Ia bertujuan untuk menutup liang rambut dengan ketat dan lebih bersinar.

Baca Juga Tip Hadiri Temuduga Untuk Lelaki