1. FACEBOOK

facebook

Laman sosial ini tidak asing bagi semua jejaka di luar sana. Di sini lah tempat kita bersosial, meluah perasaan, berkongsi gambar ataupun selfie, menyaksikan video viral, membaca berita terkini, mendapatkan tips2, melihat kawan2 kita tag pasal join MLM, membaca tarbiah sentap jiwa kita dan sebagainya.

Banyak maklumat yang boleh kita dapat daripada Facebook. Kadang-kala ada kebaikannya dan kadang-kala ada keburukannya. Justeru facebook ini bermacammacam maklumat yang boleh kita perolehi. Yang hendak dirisaukannya adalah maklumat yang tidak tepat dan tidak sahih. Disebabkan itulah ada kebaikannya dan keburukannya. Jadi kita sebagai pengguna harus peka dan membuat carian sendiri terlebih dahulu sebelum kita share sesuatu maklumat melalui Facebook ini.

Antara maklumat bermanfaat yg biasa Lelaki jumpa melalui facebook ini , ialah artikel tentang gaya rambut , kaca mata yg sesuai mengikut muka, gaya lipatan lengan kemeja yang membuatkan gadis cair, tips – tips menjadi “imam” terbaik utk keluarga dan tips2 memikat hati bakal mertua #Ehhhh

2. WHATSAPP

whatsapp-bold-and-italics-2-840x473

Whatsapp adalah aplikasi mesej atau chatting untuk telefon pintar. Ia memudahkan kita untuk berhubung dengan lebih mudah dan pantas dengan hanya menggunakan data internet ataupun wifi. Kelebihan whatsapp, kita dapat berhubung beramai-ramai dengan lebih mudah iaitu “group whatsapp”. Oleh sebab itu, Whatsapp mendapat sambutan yang tinggi berbanding daripada aplikasi chat yang lain. Justeru Whatsapp juga bukan hanya boleh guna untuk menghantar mesej sahaja. Malah ia dapat menghantar gambar dan juga video.

3. UBER

uber

Tempah pemandu peribadi secara atas talian melalui aplikasi UBER. Sekarang ini ramai diantara kita ingin berjimat cermat, memandangkan minyak petrol pun dah naik dalam masa yg sama ia memberi kesan terhadap bajet kewangan bulanan kita.

Ramai pengguna aplikasi UBER menggunakan medium ini kerana ia menjimatkan , terasa ekslusif dan bergaya dengan tawaran kereta yg digunakan oleh pemandu-pemandu UBER. Apabila menggunakan UBER anda bukan sahaja boleh buat tempahan on the spot , tapi jika anda ingin membuat tempahan utk pemandu itu datang ke rumah pada ke esokkan pagi nya pun boleh!

4. AGODA / TRIVAGO

maxresdefault

Aplikasi yang sesuai bagi mereka yang suka travel. Kerana ia merupakan aplikasi untuk memperolehi tempat tinggal yang selesa dan harga berpatutan. Agoda / Trivago adalah antara aplikasi yang mendapat sambutan yang tinggi . Bagi yang jenis suka travel, mereka hanya menaip tempat yang mahu dituju, maka Agoda / Trivago akan tunjukkan senarai hotel di kawasan tersebut, lengkap dengan harga sewa bilik dan tarikh daftar masuk yang tersedia. Jadi kalau lepas ni nak buat pelan trip last minit pun , tak perlu risau ! Aplikasi ini boleh bantu anda ok!

5. MAIDEASY

maideasy

Tiada masa mengemas rumah? Asyik sibuk dengan kerja di pejabat hingga kerja itu di bawa ke rumah? Dengan weekend ada aktiviti pack lagi. Duduk di rumah abang-abang bujang je pulak tu, faham-faham lah yer. Dapatkan aplikasi Maideasy, dan tempah pembantu rumah pada harga yang berpatutan. Atleast lepas ni anda tidak akan serabut dengan melihat keadaan rumah! Nak buat aktiviti sendiri pun anda akan rasa teratur dengan bantuan MAIDEASY. Apa lagi! Pakat tong-tong dengan habang-habang bujang tu ok.

6. LAZADA / ZALORA

pr-banner-mobile-app_zpsxyztkhtz

Ramai diantara kita menggunakan dua aplikasi ini untuk membeli barang-barang keperluan rumah, pakaian , gadget, elektronik dan juga barang-barang untuk menggayakan diri. Maklumlah kadang-kadang bila tengok barang yang dijual dekat kedai ada yang lebih tinggi, tapi kalau semak secara online melalui dua aplikasi ini, kita bole dapat harga yang murah. Kalau nak cari Walter Pomade pun ada dalam Lazada tuh! Pembelian barang melalui aplikasi ini sangat mudah dan tidak begitu complicated . Lepas dah oder tu , kita tunggu je barang sampai kan senang!

7. SMULE

smule-sing

Anda bosan? Asyik karaoke hari-hari dalam jamban? Haa sekarang ni tak perlu buat macam tu dah! Aplikasi Smule adalah salah satu hiburan yang paling digemari hingga saat ini. Smule sangat sesuai untuk orang yang suka bernyanyi dan karoke sampai lebam. Dengan Smule ini, kita tidak perlu pergi ke pusat karaoke malah kita dapat bernyanyi dimana-mana sahaja yang kita mahu.Smule juga telah membahagikan senarai lagu mengikut kategori. Dari Smule ini juga kita dapat berduet dengan siapa-siapa yang kita mahu. Dan dari situ kita dapat perbetulkan balik pitching dan lenggokan nyanyian tu dengan cara yang lebih professional gituuuh!. Sekarang pun dah ada penganjur event menggunakan aplikasi Smule untuk mencari bakat baru, haa jadi apa tunggu lagi? Kasi asah bakat tu dekat Smule ok!

8. ONLINE BANKING

login

Online banking adalah salah satu cara untuk kita membuat pembayaran secara atas talian melalui website mereka mahupun aplikasi yang sedia ada.Seperti contoh kita ada Maybank2u, CIMB Clicks dan sebagainya. Ia memudahkan kita membuat pembayaran dengan lebih mudah dan pantas. Contohnya , ada kawan anda ini dah lama tak jumpa, dah la dia berhutang dengan kita tapi tak bayar-bayar. Tiba-tiba satu hari tu terjumpa dia dekat mamak, tengok atas bawah dia semakin bergaya, telefon pun cukup pintar melalui imej gayanya, maka anda boleh suruh dia bayar hutang terus menggunakan online banking masa jumpa tu, haaa mudah kan? Kenapa mudah? Sebab ini proses menggunakan online banking ini tidak memakan masa yang lama pun!

9. MY WALTER

mywalter-promo

Last but not least, aplikasi My Walter. Haa aplikasi ni memang anda wajib download terutama bagi jejaka-jejaka diluar sana yang ingin menjaga penampilan diri. Humm kenapa yer? Meh abam kasi mukidmah sikit.

Anda suka menggayakan rambut anda dengan pomade? Licin, berkilat , tidak melekit dan mempunyai bau wangi , merupakan pilihan utama lelaki dalam memilih pomade. Tapi anda biasa beli pomade macam mana? Google dlu, cari kt facebook la, instagram kemudian COD dan bayar betul?

Dengan aplikasi My Walter, ia amat mudah bagi penggemar pomade untuk melakukan pembelian. Senang saja, selepas anda sudah sign up kemudian log in , anda akan nampak segala produk Walter yang terpapar di skrin telefon. Bukan ada produk pomade sahaja ok, tetapi ada Perfume, Beard Oil, Shampoo, Hair Tonic, dan banyak lagi.

Part paling cool dalam aplikasi ini ialah , anda tidak perlu pergi ke kedai Walter utk pickup! Sebaik saja anda sudah membuat pemilihan produk untuk dibeli, anda akan diberi pilihan untuk memilih lokasi pick up dimana! Siap ada senarai agent yang paling dekat dengan lokasi pickup tu , haaaa cun kan? Nak bergaya kini lebih mudah dengan aplikasi My Walter

Baca juga 9 jenis gaya potongan rambut pemain bola sepak terkenal

untitled-2