Lelaki pada masa kini sering mengalami masalah kulit. Lagi-lagi masalah bintik hitam. Kenapa masalah ini terjadi kepada kebanyakan lelaki?
Ini kerana, lelaki tidak mempunyai set rawatan muka seperti wanita. kebanyakan lelaki tidak rajin untuk pakai toner, krim siang, krim pelindung matahari, pelembab muka, krim malam dan sebagainya. Kulit anda lebih terdedah kepada kotoran persekitaran kerana tiada sebarang perlindungan ke atas permukaan kulit anda.
Penjagaan kulit muka sangat penting kerana kita tidak mahu dilabel sebagai lelaki yang tidak reti jaga penampilan wajah. Di sini kami kongsikan 9 tips untuk menghapuskan bintik hitam di muka agar kulit kelihatan tidak kusam dan bermaya.
BAKING SODA
Baking soda mempunyai bahan yang boleh singkirkan kotoran di wajah anda.
Caranya:
- Campurkan 2 sudu baking soda dengan air bertapis.
- Campuran haruslah tidak kelihatan terlalu cair
- Seeloknya sapu campuran tersebut di bahagian hidung, dagu dan dahi anda.
- Biarkan ia selama 15 minit atau kering.
- Bilas dengan air bersih. Lakukan seminggu 2 kali.
SERBUK KAYU MANIS
Ia bukan sahaja boleh hapuskan bintik hitam, malah ia mampu mencerahkan kulit juga.
Caranya:
- Campurkan 1 sudu serbuk kayu manis dan 1 sudu madu.
- Anda boleh sapu campuran ini diseluruh wajah anda.
- Biarkan selama 30 minit dan bilas dengan air bersih.
- Ulang selama 10 hari dan lihat hasilnya.
OAT
Antara punca utama adalah, minyak berlebihan pada kulit muka. Oat adalah salah satu bahan penyerap yang bagus untuk menyerap minyak kulit muka anda.
Caranya:
- Campurkan 1 sudu madu ke dalam oat.
- Kisar buah tomato dan campurkan jus tomato ke dalam campuran madu dan oat tersebut.
- Campuran haruslah pekat untuk dijadikan masker. Jadi anda harus bijak menggunakan kuantiti jus tomato tersebut.
- Sapu rata pada wajah anda dan biarkan selama 10 minit.
- Selepas 10 minit, anda digalakkan untuk urut wajah anda bersama masker oat tersebut selama 1 minit dan bilas dengan air bersih.
JUS LEMON
Acid yang terkandung di dalam jus lemon mampu membersihkan muka anda hingga ke dasar liang pori.
Caranya:
- Campurkan sebuah jus lemon bersama 2 sudu madu, secubit garam dan 1 sudu yogurt.
- Dengan menggunakan gerak putaran (circle motion), urut wajah anda dengan menggunakan campuran itu tadi.
- Biarkan selama 10 minit dan bilas bersih.
TEH HIJAU
Teh hijau juga mampu menyingkirkan minyak pada wajah anda dan membuatkan wajah anda tidak kelihatan kusam dan penat. Ia juga sebagai satu detox muka.
Caranya:
- Ambil 1 uncang the hijau yang belum digunakan.
- Campurkan the hijau tersebut bersama sedikit air suam.
- Sapu rata pada keseluruhan wajah anda.
- Biarkan selama 20-30 minit dan bilas bersih dengan air suam untuk bersihkan kotoran daripada the hijau itu tadi.
MADU
Madu biasa kita dengar untuk pelbagai jenis masalah kulit. Madu mempunyai nutrisi yang mampu membuat wajah kelihatan awet muda.
Caranya:
- Sapukan madu pada seluruh wajah anda.
- Biarkan selama 10 minit dan bilas bersih.
- Ulang selama 10 hari dan lihat hasilnya.
SERBUK KUNYIT
Dengan penggunaan serbuk kunyit yang kerap, wajah anda akan bebas bintik hitam dan kelihatan lebih cerah.
Caranya:
- Campurkan 1 sudu serbuk kunyit bersama 2 sudu jus pudina/2 sudu madu.
- Sapu pada bahagian hidung, dahi dan dagu. Biarkan selama 15 minit.
- Selepas 15 minit, bilas wajah anda dengan menggunakan air bersih.
TEPUNG JAGUNG
Tepung jagung bertindak sebagai salah satu bahan yang boleh mengikis dan oleh sebab itu, ia sangat sesuai digunakan untuk hapuskan bintik hitam di wajah anda.
Caranya:
- Campurkan 1 sudu besar tepung jagung bersama pencuci muka harian anda.
- Sebelum anda sapu pada permukaan muka, pastikan ada gunakan wap air panas untuk buka pori-pori muka.
- Selepas wap, urut campuran tadi pada seluruh wajah terutamanya bahagian-bahagian yang mengalami masalah bintik hitam.
- Selepas beberapa minit, bilas muka anda dengan menggunakan air sejuk dengan bertujuan untuk tutp balik liang pori muka anda.
BLACK MASK WALTER BARBERSHOP
Anda seorang yang mempunyai jadual harian yang padat? Ingin kulit yang kelihatan bersih tetapi tidak mampu luangkan masa untuk petua-petua tadi? Ingin memudahkan urusan?
Caranya:
- Anda perlu layari website kami, walterbarbershop.com/location
- Antara 4 cawangan Walter Barbershop, Walter Barbershop Kajang, Walter Barbershop Purajaya, Walter Barbershop Seri Kembangan dan Walter Barbershop SACC Mall, mana satu yang paling hampir dengan kawasan anda? Kerana hanya 4 CAWANGAN ini sahaja yang mempunyai perkhidmatan BLACK MASK.
- Di walterbarbershop.com/location anda boleh tengok alamat yang tertera. Nak mudah lagi? Waze sahaja Walter Barbershop dan waze akan bawa anda ke cawangan yang berdekatan.
- Datang ke salah satu cawangan yang telah disebutkan tadi dengan gembiranya.
- Anda digalakkan untuk membuat rawatan ini sebulan sekali. Kerana apa? Kerana seperti yang telah disebutkan di atas, kulit lelaki kan lebih terdedah kepada kotoran persekitaran.