KESESUAIAN GAYA RAMBUT DENGAN GAYA JAMBANG ANDA

Jambang adalah sesuatu yang sangat sukar. Bukan semua lelaki bernasib baik untuk ditumbuhi jambang. Ada yang berdoa dan berharap dari tahun ke tahun untuk tumbuh jambang. Tapi, bila Testosterone  anda meningkat, muka anda mula ditumbuhi bulu sampai tak tahu macam mana nak kemaskan.

Bagi lelaki berjambang, mereka semestinya sudah terbiasa dengan keadaan trim jambang di barbershop. Selalunya apabila mereka nak gunting rambut, mereka akan minta barber untuk kemaskan jambang mereka sekali. Tetapi pernahkah anda fikir adakah gaya jambang anda sesuai dengan gaya rambut anda?

Jadi, kami sediakan beberapa panduan yang boleh anda guna pakai apabila anda hendak menggayakan jambang anda pada masa akan datang.

YANG MANA SATU ANDA PERLU AMBIL KIRA DULU?  JAMBANG ATAU RAMBUT? KENAPA?

Ia bergantung kepada kekuatan dan kelebihan yang terdapat pada diri anda. jika anda mempunyai rambut yang hebat dan bergaya, jadi tidak perlu la anda korbankan rambut anda itu semata mata untuk jambang. Tetapi, jika anda mempunyai rambut yang agak nipis dan tidak tebal anda digalakkan untuk membela jambang. Ini kerana untuk memberi keseimbangan pada keseluruhan rupa anda. pilih gaya jambang yang sesuai dengan anda agar jambang tersebut tumbuh dengan sihat dan seperti yang sepatutnya ia tumbuh.

JIKA ANDA BOTAK/BERAMBUT NIPIS, PERLUKAH ANDA MEMPUNYAI JAMBANG?

Segalanya mengenai keyakinan diri anda sendiri. Jika anda rasa masalah kurang rambut membuatkan keyakinan diri anda merosot, jadi cubalah untuk mempunyai dan membela jambang jika tindakan itu boleh tingkatkan keyakinan diri anda. bagaimanapun, seperti yang telah diterangkan dia atas tadi, bukan semua orang bernasib baik untuk ditumbuhi jambang. Anda tidak digalakan untuk melakukan apa apa pembedahan atau suntikan untuk memiliki jambang. Melainkan anda menggunakan minyak/serum jambang untuk pastikan jambang anda sentiasa sihat dan kemas.

Dapatkan produk penjagaan jambang disini

GAYA JAMBANG MANAKAH YANG SESUAI UNTUK POTONGAN RAMBUT  “BUZZ CUT”?

Ia bergantung pada kemampuan banyak mana jambang itu tumbuh keatas seseorang individu.

Secara umunya, jika dilihat gaya “buzzcut” ini ia agak merisaukan kerana seseorang itu mungkin akan kelihatan seperti “eggheady” atau kekurangan tekstur pada kepala mereka, jadi jambang jenis nipis dan pendek adalah sesuai untuk mereka. Gaya jambang ini akan tingkatkan lagi rupa wajah mereka.

GAYA JAMBANG MANAKAH YANG SESUAI UNTUK LELAKI BERAMBUT PENDEK SEPERTI GAYA “FRENCH CROP”?

Gaya rambut seperti ini adalah gaya yang agak tradisional. Gaya rambut ini biasanya sedikit formal dan sesuai untuk persekitaran di tempat kerja. Gaya rambut ini biasanya sesuai jika ia bersih daripada jambang.

GAYA JAMBANG MANAKAH YANG SESUAI UNTUK POTONGAN GAYA RAMBUT YANG SEDERHANA PANJANG?

Gaya rambut sederhana panjang ini sangat bertuah. Lelaki dengan rambut ini mempunyai banyak pilihan gaya jambang untuk dikenakan dengan gaya rambut mereka. Daripada gaya tiada jambang hingga la gaya berjambang lebat. Ia semuanya sesuai untuk mereka. Tetapi ingat, walaupun rambut anda sederhana panjang, jika ia agak tebal dan warna rambut anda bersinat hitam, anda tidak digalakkan untuk memiliki jambang yang tebal.

Sebagai cadangan untuk lelaki yang mempunyai gaya rambut sederhana panjang ini, anda digalakk untuk seimbangkan gaya rambut dengan gaya jambang anda. rambut sederhana panjang dan jambang tidak terlalu tebal.

Walter Beard Oil memberikan kepantasan dalam pertumbuhan jambang.

GAYA JAMBANG MANAKAH SESUAI UNTUK LELAKI BERAMBUT PANJANG?

Jika anda sudah mempunyai kepanjangan rambut yang medium hingga panjang, ia sangat hebat jika anda gayakan jambang yang mempunyai ciri-ciri maskulin dan gaya yang mengikut bentuk rahang anda. anda perlu berhati-hati dengan gaya jambang yang lain kerana rambut panjang anda akan membuatkan anda nampak feminine tanpa sedar!

BACA JUGA :  “BARBER POLE” trademark untuk klinik bedah?