Pernahkah anda lihat situasi dimana rambut seseorang individu itu mula menipis sehingga menampakkan kulit kepala mereka? Sudah pastinya kita terbiasa dengan situasi begini di Malaysia. Keguguran rambut atau rambut nipis adalah satu isu yang tidak pernah ada hentinya.
Tahukah anda bahawa keguguran rambut ini boleh jadi sesuatu yang kronik dan menjadi punca sesetengah bahagian kepala anda mula botak.
Fakta menunjukkan bahawa lelaki akan cenderung botak setengah daripada rambut asalnya dan wanita pula akan botak suku daripada rambut asalnya.
Macam mana hal ini boleh terjadi?
Antara puncanya adalah:
- Sakit
- Ubat-ubatan
- Dandanan
- Keturunan
Ini semua boleh menjadi punca anda kehilangan rambut ketika menjelang umur 50. Tetapi apakah sebab utama masalah ini boleh terjadi?
Androgenic Alopecia. Ia adalah sejenis corak botak yang dialami oleh lelaki dan wanita. Ia mencacatkan corak pertumbuhan rambut pada permukaan kulit kepala anda. Lama kelamaan, akar pada kulit kepala anda akan semakin lemah, rambut nipis dan botak.
Botak yang saya maksudkan disini adalah botak kekal. Dimana permukaan kulit kepala anda tidak akan mampu untuk tumbuh rambut lagi. Berbeza dengan gugur. Rambut anda akan tetap tumbuh walaupun anda keguguran rambut.
Keguguran rambut juga berpunca pada akar rambut yang lemah dan rambut rapuh.
Untuk wanita, ia tidak akan botak kekal seperti lelaki. Rambut mereka hanya menipis tetapi berkemungkinan nipis hingga boleh menampakkan kulit kepala.
Tetapi berbeza bagi lelaki, mereka akan mula kehilangan rambut dan botak kekal. Jangan risau, segelintir wanita berpendapat lelaki botak ni seksi.
“serious la?”
Tahukah anda bahawa kebotakan ini juga boleh berpunca daripada keturunan?
Jika bapa anda botak kekal, maka berkemungkinan hal ini akan terjadi kepada anda juga. Jangan pula kita salahkan ibu bapa kita sebab hal botak ni pula.
Malah, apa yang anda perlu lakukan adalah, ambil tindakan awal dengan memberi perhatian dan penjagaan yang rapi kepada kesihatan rambut anda.