All Our Branches In Selangor Are Closed At 11 December 2017

All Our Branches In Selangor Are Closed At 11 December 2017

Dear Valued Clients, In conjunction with the celebration of Sultan Selangor Birthday, Walter® Barbershop in Selangor (Except Walter Barbershop SACC Mall) will close on 11 December 2017 (Monday). We shall resume our business as normal on 12 December 2017 (Tuesday).

Walter Barbershop Putrajaya, SACC Mall Shah Alam, Nilai, Kuantan & Perda Pulau Pinang open as usual

Wishing Tuanku Sultan Selangor a blessed birthday and many more happy and prosperous year to come. May Selangor progress healthily, peacefully and safely under Tuanku’s grace and wisdom

Thank you.

5300 warga Shah Alam dapatkan servis gunting rambut di Walter Barbershop setiap bulan

5300 warga Shah Alam dapatkan servis gunting rambut di Walter Barbershop setiap bulan

Hampir 5300 warga shah alam mendapatkan servis gunting rambut di Walter Barbershop setiap bulan. Terima kasih warga Shah Alam kami ucapkan.

Sejarah cawangan pertama Walter Barbershop di Shah Alam ialah di Seksyen 26. Cawangan pertama itu dibuka pada pertengahan tahun 2016 atas permintaan warga Shah Alam itu sendiri. Semenjak cawangan di Seksyen 26 dibuka, sambutan oleh Warga Shah Alam sangat memberangsangkan. Pada masa itu Walter Barbershop Seksyen 26 tidak dapat menampung jumlah pelanggan yang hadir.

Setelah diambil kira kapasiti penduduk Shah Alam, pihak pengurusan Walter Barbershop mengambil tindakan untuk membuka satu demi satu cawangan bagi memberikan keselesaan kepada warga Shah Alam.

Kini Walter Barbershop mempunyai 6 cawangan di sekitar Shah Alam demi memberikan servis gunting rambut yang terbaik dan memberikan keselesaan kepada semua pelanggan.

Cawangan Walter Barbershop terbaru di Shah Alam adalah di dalam SACC Mall. Bagi warga Shah Alam yang ingin mendapatkan servis gunting rambut sambil membeli belah bolehlah datang ke Walter Barbershop SACC Mall, dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Sokongan daripada Warga Shah Alam terhadap tukang gunting rambut tempatan adalah sangat kami hargai.

Senarai cawangan Walter Barbershop sekitar Shah Alam

  1. Seksyen 26

    Alamat : No 20 Ground Floor Jalan Perbahan Satu 26/2A Seksyen 26, 40400 Shah Alam, Selangor

  2. TTDI Jaya

    Alamat : No. 38-1, Jalan Opera L U2/L, Taman TTDI Jaya, 40150, Shah Alam

  3. Seksyen 24
     Alamat : No 24 Jalan Timun C, 24/C, Seksyen 24, 40300, Shah Alam, Selangor
  4. Putra Heights
     Alamat : No. 11A, Jalan Putra Mahkota 7/6c, Putra Height, Selangor, 47650 Subang Jaya, Selangor.
  5. USJ 8 (Subang Perdana)

    Alamat : K2-00-04, Subang Perdana, Phase 4, Goodyear Court 7, Persiaran Kewajipan 47610 Subang Jaya, Selangor

  6. SACC Mall


    Alamat : GF-08, Ground Floor, SACC Mall, Jalan Perbadanan 14/9, Seksyen 14, 40000 Shah Alam Selangor

Baca juga Panduan Mudah Semasa Anda di Walter Barbershop

9 Tips Perlu Ambil Tahu Sebelum Balik Kampung

9 Tips Perlu Ambil Tahu Sebelum Balik Kampung

1. PASTIKAN RUMAH BERKUNCI

Periksa kunci di pintu rumah, Pintu bilik dan pintu pagar rumah anda. Ambil inisiatif untuk pastikan semua kunci masih berfungsi dengan baik. Jika ada pengawal keselamatan sekali pun anda tidak boleh leka dan terlalu bergantung kepada mereka. Jika anda memasang alat keselamatan seperti siren dan kamera litar tertutup, Patikan ia mempunyai bekalan kuasa yang cukup untuk berfungsi.

2. PASANG LAMPU RUMAH

Jika anda mahukan keselamatan rumah yang terjamin, Pasang lampu automatik yang boleh menyala di waktu gelap dan padam di waktu matahari menyinar. Jadi orang yang lalu lalang di rumah anda akan fikir ada orang di rumah.

3. BERSIHKAN RUMAH DARI SAMPAH

Sebelum balik kampung musim raya,Buang sampah sarap yang boleh mengeluarkan bau busuk. Jika tidak banyak serangga seperti semut dan lalat yang datang bertandang ke rumah anda.

4. TUTUP KEPALA TONG GAS

Jika anda memasak di rumah dengan gas silinder, Pastikan anda tutup kepala tong gas dengan penutup untuk mengelakkan kebocoran gas daripada berlaku.

5. KEBERSIHAN KOLAH

Untuk mengelakkan sebarang pembiakan nyamuk, Letakkan ubat jentik-jentik dikolah atau bekas simpanan air di rumah anda.

6. BAWA TELEFON BIMBIT

Hari ini telefon bimbit bukan seperti telefon yang dahulu. Boleh dikatakan ia seperti tempat bergantung. Ia akan memudahkan anda untuk dihubungi dan menghubungi orang lain. Pastikan bil atau kredit mencukupi untuk membuat panggilan dan melayari internet. Jangan lupa bawa powerbank, Kalau tak kena berebut dengan saudara-mara nak caj telefon.

7. SIMPAN BARANG BERHARGA

Dengan baik. Barang berharga seperti barang kemas, buku bank, geran rumah,geran kereta dan apa sahaja yang berharga di tempat yang selamat.

8. SERVIS KENDERAAN

Periksa kondisi enjin kenderaan anda.Periksa tekanan dan bunga tayar, gas penyaman udara, pengelap cermin dan lampu berfungsi dengan baik. Periksa paras air bateri kereta dan paras minyak hitam enjin.

9. PAKAIAN UNTUK BERCUTI

Balik kampung jangan lupa bawa pakaian terutamanya baju yang nak dipakai ketika sambutan raya nanti. Beli mahal-mahal sampai bersesak-sesak diJakel, Jalan Tun Abdul Rahman dan Mood Republik tapi lupa bawa balik memang haru. Tak dapatlah nak bergaya depan saudara-mara sambil sembang harga tudung dan baju yang dibeli.