Kisah Barber | FAHMI

Kisah Barber | FAHMI

Muhammad Fahmi Bin Ashaari. Berumur 19 tahun dan asal daripada teluk intan, perak. Fahmi merupakan seorang remaja yang tidak mempunyai minat di dalam bidang barbering ini.

Fahmi menyatakan kepada admin bahawa pada mulanya beliau tidak tahu mengenai Walter Academy ini sehingga rakan beliau beritahu tentang kewujudan Walter Academy. Tetapi, oleh disebabkan beliau ingin mengubah masa depan beliau dan keluarga, Fahmi ambil keputusan untuk terus mendaftarkan diri di dalam Walter Academy

“Macam mana awak boleh tertarik nak masuk Walter Academy sedangkan awak tak minat?” tanya admin.

“Kerana saya nampak Walter Academy ini sebagai satu peluang. Saya mendaftarkan diri dan berjaya untuk ke sesi temuduga. Saya gementar untuk teruskan kerana tidak pernah keluar daripada kampung” jawab Fahmi.

Menurut Fahmi, beliau bersyukur kerana atas sokongan yang diberikan oleh keluarga, beliau bertekad untuk melangkah untuk melangkah keluar daripada zon selesa dan berniat mencari peluang rezeki untuk membantu keluarga di kampung.

Soalan biasa admin, “macam mana dengan seluruh Team Walter Barbershop. Mereka selalu bagi sokongan kat awak tak?”

Fahmi bersyukur kerana pandangan pertama beliau terhadap Walter Barbershop sangat berbeza dengan barbershop yang lain. “Seluruh team barber sangat rapat dan banyak memberi sokongan dan tunjuk ajar antara satu sama lain. Begitu juga dengan team pengurusan. Mereka banyak membantu saya daripada hari pertama saya di sini hingga sekarang” ujar Fahmi.

Apabila ditanyakan tentang impian, sudah pasti setiap orang mempunyai satu impian yang hendak dicapai. Seperti Fahmi pula, beliau pada dahulunya tidak pernah terfikir untuk keluar kampung untuk mencari peluang pekerjaan tetapi kini beliau telah nampak impian beliau dan ingin barber yang berjaya menerpa nama di dalam dunia barbering.

“Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada Team Walter Barbershop” jawab Fahmi.

Kisah Barber | ACOI

Kisah Barber | ACOI

Muhammad Asrull Hafiz Bin Zawawi. Umur 20 tahun dan berasal daripada Kelantan. Asrul merupakan seorang bekas pelajar daripada IKBN.

Selepas tamat pengajian di IKBN, beliau terus mendaftarkan diri di Walter Academy dan kini beliau telah setahun bersama Team Walter Barbershop. Admin tanya kepada Acoi apakah perbezaan antara Walter Barbershop dengan barbershop yang lain.

“Saya dapat lihat banyak perbezaan antara Walter Barbershop dengan barbershop yang lain. Kelainan bukan hanya mempunyai Walter Academy, malah sifat bekerjasama yang kuat daripada Team Walter Barbershop juga dapat meningkatkan semangat saya untuk bekerja lebih kuat agar dapat bantu keluarga di kampung” jawab beliau

Ujar Acoi, beliau sangat bersyukur kerana setelah setahun bersama Walter Barbershop, beliau diberi kepercayaan untuk menjadi pengurus cawangan Walter Barbershop Putrajaya.

Begitu juga dengan sokongan daripada keluarga. Kata beliau, keluarga beliau memberikan sepenuh sokongan dan dorongan untuk beliau mencapai impian sebagai barber professional.

“Saya tidak pernah terfikir untuk sampai ketahap ini jika tiada sokongan daripada keluarga dan seluruh Team Walter Barbershop”

Semasa admin di cawangan Walter Barbershop Putrajaya, rakan-rakan sekerja Acoi banyak memuji beliau. Mereka menyatakan bahawa Acoi seorang pengurus cawangan yang baik dan sentiasa memberi tunjuk ajar.

Baca juga 9 Petua Yang Boleh Hapuskan Bintik Hitam di Wajah Anda

Kisah Barber | SAM

Kisah Barber | SAM

Muhammad Shamsul Bin Shukri. Berumur 21 tahun dan asal daripada Kedah. Pertama kali admin berjumpa dengan Sam, beliau seorang yang periang. Teramatlah periang.

Admin mula rasa selesa dan terus menemu bual beliau. Soalan pertama admin “adakah awak masuk Walter Academy kerana awak minat dengan dunia barbering ini?”

“Ye saya minat bidag ini sehingga saya mengambil keputusan untuk berhenti belajar. Lagi pun ketika tu saya ada masalah kewangan. Jadi saya terpaksa berhenti belajar dan cari peluang lain untuk ubah hidup saya”

Ketika sesi temu bual, kami banyak bergurau dan gelak ketawa. Sam seperti tiad masalah.

Apabila admin tujukan soalan mengenai sokongan keluarga Sam balas “saya tidak dapat sokongan daripada kedua ibu bapa saya kerana saya telah kehilangan kedua ibu bapa saya dalam masa satu tahun”

Jujur admin katakan, admin sangat terkejut dan sebak.

Sam juga ada menyatakan bahawa beliau ingin mencapai impian untuk buka jenama Barbershop sendiri dan ubah kehidupan beliau dan adik-beradik.

Ujar Sam, beliau sangat bersyukur kerana Seluruh Tim Walter Barbershop banyak membantu beliau terutama Pengurus Cawangan Walter Barbershop Putrajaya.

“Keakraban yang terjalin di dalam Tim Walter Barbershop membuatkan saya lebih bersemangat . mereka saling menyokong dan bantu membantu antara satu sama lain dan suasana yang meriah ketika bekerja sedikit sebanyak membuatkansaya gembira dan tenang”

Sam juga ada menyatakan hasrat bahawa beliau mahu masuk pertandingan barber dan ingin menerpa nama di dalam dunia barbering pada masa akan datang.

Baca juga Panduan Mudah Semasa Anda di Walter Barbershop
Kisah Barber | Al Hafiz

Kisah Barber | Al Hafiz

Muhammad Al-Hafiz Bin Mohammad Nor. Berumur 21 tahun dan asal Port Dickson Negeri, Sembilan. Pertama sekali ketika admin jumpa Hafiz, beliau seorang yang pemalu. Tidak banyak cakap dan sentiasa melemparkan senyuman.

Soalan pertama yang admin tuju kepada Hafiz sama ada beliau pernah keluar daripada Port Dickson untuk mencari peluang pekerjaan.

“Saya tidak pernah keluar daripada kawasan Port Dickson untuk mencari peluang pekerjaan. Dulunya saya belajar di GiatMara dan sambung pelajaran ke STPM. Semuanya dilakukan di dalam Port Dickson” balas Hafiz.

Pada dulunya, Hafiz tiada pekerjaan tetap dan beliau banyak habiskan masa di luar bersama rakan-rakan. Lama-kelamaan, Hafiz sudah tidak berminat untuk sambung belajar dan ingin ubah perjalanan hidupnya.

Ujar Hafiz, beliau mempunyai minat di dalam barbering ini sejak kecil lagi. Beliau ambil keputusan untuk berhenti belajar dan menyertai Walter Academy. Kini beliau berkhidmat sebagai barber professional di cawangan Walter Barbershop Kajang.

Seperti biasa, admin akan tanya sama ada keluarga sokong tindakan beliau untuk berhenti belajar.

“Pada mulanya, keluarga tidak sokong tindakan saya untuk berhenti belajar dan masuk Walter Academy kerana mereka beranggapan bahawa pekerjaan gunting rambut tidak boleh maju kehadapan” kata Hafiz.

Oleh sebab itu, Hafiz juga menyatakan bahawa beliau harus berfikiran positif dan menganggap bahawa mereka tiada pendedahan tentang industri barbering ini.

Beliau ingin buktikan kepada keluarga beliau bahawa beliau akan berjaya jika beliau lakukan sesuatu yang diminati.

Ketika admin tujukan soalan mengenai team Walter Barbershop dan team pengurusan iaitu Walter Empire, beliau menyatakan bahawa seluruh team Walter Barbershop dan team pengurusan banyak membantu dan beri sokongan kepada beliau.

“Mereka mempunyai sifat yang kukuh dan saling membantu walaupun saya ahli baru” katanya.

Kini selepas beberapa bulan bersama team Walter Barbershop, Hafiz menyatakan bahawa beliau sangat bersyukur kerana akhirnya beliau dapat capai impian dengan melakukan pekerjaan yang diminatinya sejak kecil lagi.

Penjelasan Mengapa Malaysia Capai Suhu Terlampau Panas

Penjelasan Mengapa Malaysia Capai Suhu Terlampau Panas

Jika anda perasan, sejak kebelakangan ini cuaca di Malaysia terlampau panas dan kadangkala boleh cecah hingga 33 darjah celcius.

Ini disebabkan oleh Taufan Lan yang menggegarkan Filipina pada minggu lalu ia sedikit sebanyak beri kesan kepada semenanjung Malaysia.

Menurut Profesor Klimatologi dan Oseonagrafi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Fredolin Tangang, badai taufan itu ibarat menghempaskan ‘ekor’ ke Sabah, Labuan dan Sarawak sehingga menyebabkan hujan lebat dan angin kencang berterusan di kawasan berkenaan.

“Di Sabah Sarawak, kedua-duanya mengalami hujan lebat dan angin kencang yang disebabkan oleh peralihan kelembapan udara Semenanjung yang diangkut ke kawasan berdekatan dengan taufan. Manakala semenanjung pula mengalami kurang berawan, cuaca tidak stabil dan suhu panas.”

Walau bagaimanapun, Prof Fredolin menafikan dakwaan Taufan Lan akan melanggar Sabah kerana pergerakan taufan itu dilaporkan sudah menghampiri Okinawa, Jepun.

Cuaca panas ini juga diramalkan akan berterusan sehingga minggu depan.

Sehubungan dengan itu, orang ramai dinasihatkan untuk  berwaspada dengan sentiasa pantau keadaan cuaca semasa. Untuk mendapatkan maklumat yang sahih anda boleh melayari laman sesawang MetMalaysia, www.met.gov.my

Orang ramai juga boleh memeriksa amaran cuaca daripada aplikasi mobil myCuaca atau layari media sosial MalaysiaMet:

Facebook: Malaysia Met

Twitter: @malaysianmet

Atau menghubungi MetMalaysia Hotline di talian 1-300-221-638