Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018 daripada CEO Walter® Empire Sdn. Bhd

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2018 daripada CEO Walter® Empire Sdn. Bhd

Assalamualaikum Warahmatullahi  Wabarakatuh.

Saya Azri Alwan bin Nordin selaku Ketua Pegawai Eksekutif Walter Empire Sdn. Bhd mewakili seluruh warga kerja Walter Barbershop mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pelanggan yang sentiasa menyokong kami. Tanpa sokongan anda nescaya mustahil kami sampai ke tahap ini.

Kami sentiasa memberikan servis yang terbaik kepada semua pelanggan kami dan dikesempatan ini juga kami dengan rendah diri memohon maaf jika ada kekurangan sepanjang kami memberikan servis kepada anda.

Akhir kata saya doakan moga anda semua bergembira bersama keluarga dan semoga amalan kita semua diterima oleh Allah swt.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

Kesan Penggunaan Pengering Rambut Tanpa Kawalan

Kesan Penggunaan Pengering Rambut Tanpa Kawalan

Aktiviti mengeringkan rambut menggunakan pengering rambut ‘Hair Dryer’ perlu dilaksanakan dengan suhu dan teknik yang betul supaya tidak merosakkan rambut.

Kekerapan mengeringkan rambut menggunkan pengering rambut ‘Hair Dryer’ tanpa kawalan suhu dan teknik yang betul akan merosakkan rambut sekaligus membuatkan kita kehilangan mahkota yang bernilai.

Bergaya Dengan Kasut Loafer Di Hari Raya

Bergaya Dengan Kasut Loafer Di Hari Raya

Selain sandal dan capal, Kasut jenis Loafer juga sesuai digayakan bersama sepersalinan Baju Melayu sewaktu Hari Raya Aidilfitri nanti.

Kasut jenis Loafer ini juga dapat memudahkan pergerakan kita untuk aktiviti kunjungan rumah ke rumah ketika Hari Raya Aidilfitri nanti.

Selain dari LV dan Gucci, Kita juga boleh dapatkan Loafer yang cantik di Primavera, Bata dan pelbagai lagi Jenama kasut yang menawarkan harga murah, mampu milik dan memenuhi keperluan para Jejaka.