Adult (20 years old & above), Teen (13 years old to 19 years old), Kids (2 years old to 12 years old) , Senior Citizen (60 years old & above) & OKU Free.
ANTARA pengunjung yang memotong rambut di gerai Walter Barber pada ” Jom shopping sakan” di Fiesta Muslimah BH 2017 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 2-4 Jun 2017. – Foto Nurul Shafina Jemenon
SHAH ALAM: Fiesta Muslimah BH 2017 (FMBH’17) bukan saja menawarkan barangan keperluan wanita tetapi juga menyediakan perkhidmatan untuk lelaki.
Antara gerai yang mendapat perhatian golongan berkenaan ialah Walter Barbershop yang menawarkan khidmat menggunting rambut profesional.
Pengurus cawangan Walter Barbershop, Abdul Mutalib Mohd Kucheb, 21, berkata sejak hari pertama FMBH’17 gerai mereka tidak putus-putus menerima kunjungan orang ramai terutama lelaki dan kanak-kanak.
Katanya, tiga pendandan profesional dibawa khusus dari beberapa cawangan Walter Barbershop di Kuala Lumpur dan Selangor untuk memberikan khidmat terbaik sepanjang karnival beli-belah tiga hari berkenaan.
Beliau berkata, selain menawarkan khidmat menggunting dan menggayakan rambut, mereka turut menyediakan khidmat merapi dan bercukur janggut.
“Sempena FMBH’17 kami memberikan tawaran harga istimewa untuk menggunting rambut dewasa dan kanak-kanak dengan setiap pembelian pendandan rambut ‘pomade’.
“Mereka juga berpeluang menggunting rambut dengan potongan sehingga 50 peratus di mana-mana cawangan Walter Barbershop di Lembah Klang apabila mendaftar di gerai kami dan tawaran ini sah sehingga hujung bulan ini,” katanya.
Walter Barbershop yang memulakan perniagaan sejak lebih setahun lalu memiliki 15 cawangan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.