Pada minggu lepas, beberapa orang Barber dari Walter Barbershop telah menyertai satu pertandingan Northern Barber Battle yang berlangsung di Alor Setar, Kedah.
Tuan Hafizuddin, Area Manager Walter Barbershop yang berumur 21 tahun telah merangkul gelaran juara dan membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai Rm3,000 dan sebuah trofi.
Tuan Hafizzuddin telah memenangi banyak pertandingan sebelum ini dan juga turut merangkul gelaran juara .Selain itu , Tuan Hafizzuddin juga pernah memberi servis beliau kepada salah seorang lagenda bola sepak negara iatu Indra Putra mahayuddin .
Bagi sesiapa yang mahu dapatkan servis gunting rambut dari beliau, boleh kunjungi Walter Barbershop cawangan Prima Saujana Kajang ataupun boleh dapatkan perkhidmatan house call daripadanya .
Oleh itu, diharapkan barber lain di Walter Barbershop dapat menjadikan kejayaan beliau sebagai suatu penanda aras untuk anda berjaya menjadi yang terbaik antara yang terbaik .