barbershop vs kedai gunting rambut mamak

 

 

Apakah yang dimaksudkan dengan Barbershop vs Kedai Gunting Rambut Mamak ? Mari lihat penerangan admin di bawah .

 

 

Pernahkah anda tertanya – tanya apakah perbezaan antara Kedai Gunting Rambut Mamak dan Barbershop ? Apakah keistimewaan dan kekurangan kedua-duanya ?.Anda datang ke tempat yang betul dimana admin akan kongsikan 5 perbezaan Barbershop vs Kedai Gunting Rambut Mamak . Terdapat 5 perbezaan utama iatu :

 

 

 

  1. PERBEZAAN HARGA 

    Umum mengetahui bahawa harga yang ditetapkan bagi servis menggunting rambut di Kedai Gunting Rambut Mamak lebih rendah daripada Barbershop . Kebiasaanya , Kedai Gunting Rambut Mamak hanya meletakkan harga di bawah RM 10 dan Barbershop meletakkan harga yang lebih tinggi daripada RM 10 .

  2. JUMLAH PILIHAN GAYA RAMBUT 

    Perkara ini semestinya bersangkut paut dengan perkara yang pertama di atas . Kedai Gunting Rambut Mamak mempunyai pilhan gaya rambut yang terhad dan ianya juga menjadi salah satu faktor mengapa harga servisnya jauh lebih murah daripada barbershop .Bagi Barbershop pula , mereka menawarkan pelbagai pilihan gaya rambut yang terkini mengikut permintaan pelanggan dan oleh itu , harga servis jauh lebih tinggi.

  3. SERVIS URUTAN 

    Seterusnya , pengunjung Kedai Gunting Rambut Mamak pasti tahu apabila anda selesai mendapatkan potongan rambut , anda turut diberikan servis urutan di belakang tengkuk oleh tukang gunting. Perkara ini tidak didapati di Barbershop. Tetapi, adakah anda tahu bahawa rentapan di belakang tengkuk sebenarnya merbahaya untuk anda ?. Perkara ini telah menyebabkan kematian seseorang .

    Baca di Bahaya Leher Direntap Ketika Menggunting Rambut

  4. PERBEZAAN MASA 

    tukang gunting di Barbershop selalunya akan menggunting rambut pelanggan dalam masa paling kurang 30 minit . Ini bagi memastikan pelanggan berpuas hati mendapatkan gaya rambut yang diinginkan dan untuk menjaga kualiti. Pelanggan yang berkunjung ke Barbershop kebiasaanya suka merehatkan diri sambil mendapatkan servis menggunting rambut dan tidak tergesa – gesa mengejar waktu .Manakala bagi Kedai Gunting Rambut Mamak kebiasannya hanya mengambil masa tidak lebih dari 15 minit sahaja , ramai yang mengejar masa menggemari Kedai Gunting Rambut Mamak kerana servis yang cepat disebabkan potongan rambut yang tidak rumit .

  5. TUKANG GUNTING 

    Apakah perbezaannya? . Pertama sekali, tukang gunting rambut di Barbershop kebanyakkannya merupakan kalangan pemuda berusia 18 – 25 tahun .Mereka juga sekurang kurangnya mempunyai sijil kemahiran ataupun pengalaman mempelajari jenis – jenis gaya rambut terkini yang pelbagai . Maka tidak hairanlah mengapa caj yang dikenakan agak mahal berbanding kedai gunting rambut biasa.Lain pula Kedai Gunting Rambut Mamak , Secara purata , tukang guntingnya berusia lebih daripada 30 tahun dan berasal dari kalangan tukang gunting india ataupun mamak . Pengalaman pula diperolehi dari pembelajaran secara terus dari kalangan keluarga ataupun rakan dan bukannya dipelajari dari kolej kemahiran.