Di usia muda, uban adalah satu masalah yang dilihat agak unik oleh segelintir masyarakat kita. Tetapi, fakta menyatakan bahawa pada zaman sekarang uban pada usia muda seperti sesuatu yang biasa dan jumlahnya makin meningkat.
Pasti ramai yang tertanya, bagaimanakah masalah ini boleh berlaku? Adakah ianya sesuatu yang normal atau terdapat faktor penyebab berlakunya masalah tersebut.
Di sini kami kongsikan beberapa faktor yang menjadi penyebab timbulnya masalah uban di usia muda.
STRESS
Apa jua masalah yang melibatkan rambut atau kulit, ia sering kali dikaitkan dengan masalah tekanan. Stress adalah tekanan yang dihadapi oleh seseorang individu dan kadang kala ia boleh menjadi di luar kawalan.
Stress yang kronik akan menyebabkan keadaan sistem autoimun yang boleh rosakkan sel-sel yang menghasilkan pigmen warna dan menyebabkan warna rambut berubah. Berpunca daripada itu, individu yang sering menghadapi tekanan kerja atau kehidupan, sistem autoimun nya akan mudah berubah dan boleh mempercepatkan proses uban di kepala.
MEROKOK
Tahukah anda bahawa merokok akan menyebabkan masalah rambut beruban sebanyak 4 kali ganda? Asap yang dihasilkan oleh rokok sedikit sebanyak akan mengubah keadaan rambut anda menjadi kelabu dan putih.
MAKANAN RINGAN
Bahan daripada makanan ringan biasanya terkandung banyak gula, pewarna tiruan dan perisa yang berlebihan. Kesemua bahan ini tadi adalah penyumbang kepada kerosakan rambut.
Ini kerana, makanan ini tidak terkandung vitamin E di dalamnya. Untuk pengetahuan anda, vitamin E adalah vitamin yang penting untuk pertumbuhan dan kesihatan rambut.
DIET SEIMBANG
Pemakanan yang sihat akan menghasilkan rambut yang sihat. Banyakan makan buah-buahan dan sayur-sayuran segar kerana ia akan melambatkan proses beruban.
Sangat penting untuk anda ambil diet seimbang seperti yang telah disarankan di dalam pyramid makanan. Ini kerana, panduan di pyramid makanan menunjukkan jumlah kalori dan karbohidrat yang diperlukan untuk tubuh badan anda. Ia bertujuan untuk menjaga kesihatan seluruh badan, kulit dan rambut.
Vitamin B12
Vitamin B12 merupakan vitamin yang penting untuk pertumbuhan rambut yang sihat disamping untuk mengelak daripada rambut beruban.
Contoh makanan yang mengandungi vitamin B12 yang tinggi adalah seperti salmon, tuna, sardine segar, daging (lembu dan kambing), keju, telur dan ayam.
Genetik
Antara kesemua faktor di atas, mungkin anda tidak setuju kerana anda seorang yang mengamalkan diet seimbang dan tidak merokok tetapi masih beruban di usia muda. Ini mungkin berpunca daripada genetic atau bahasa mudahya dipanggil baka atau keturunan.
Genetik adalah punca yang tidak boleh dielak. Terdapat juga masalah lain yang datangnya daripada genetik, contoh seperti kencing manis dan darah tinggi.