Bulan Ramadan merupakan bulan yang sangat istimewa di dalam takwim Islam. Keberkatan dan rahmat Allah SWT memenuhi bulan ini dan pada masa inilah umat Islam telah diwajibkan untuk berpuasa selama sebulan.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Bawarah ayat 183 yang bermaksud :
” Wahai orang – orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa.”
Demikianlah perintah Allah kepada kita agar kita dapat melaksanakan ibadah berpuasa yang terangkum dalam Rukun Islam.Inilah yang dikatakan bahawa Ramadan itu adalah penghulu segala bulan sehinggakan ia sentiasa ditunggu-tunggu kehadirannya oleh kita semua. kehadiran Ramadan telah membawa sinar keimanan yang mantap dan mengukuhkan ketakwaan. Jadikanlah ramadan tetamu yang dirindui dalam kehidupan di dunia ini.Ibadah berpuasa dalam bulan Ramadan ini dapat diterjemahkan sebagai satu ibadah jasmani dan rohani. ini kerana puasa bukannya setakat menahan lapar dan dahaga tetapi dari sudut rohani ianya menahan nafsu dan menjaga keperibadian diri selaras dengan tuntutan agama.
Akan tetapi tidak dinafikan sesetengah orang mudah berasa letih dan lapar setelah kehilangan tenaga yang banyak akibat berpuasa sepanjang hari . Dan perkara ini boleh diatasi dengan mengikuti tips – tips yang dibincangkan di bawah.
- Melewatkan Sahur Melewatkan sahur merupakan Sunnah Nabi Muhammad S.A.W yang perlu kita contohi malahan definisi Sahur itu sendiri adalah ‘bangun daripada tidur dan makan untuk tujuan puasa, sementara menanti masuknya waktu subuh’. Akan tetapi seperti sudah menjadi kebiasaan masyarakat kini yang bersahur sebelum masuk tidur yakni mungkin tidak mahu menganggu waktu tidur mereka sehingga pagi. Sila ambil perhatian bahawa perkara ini bukannya sahur dan ianya adalah sekadar makan lewat malam.Sudah menjadi kebiasaan masyarakat Islam di Malaysia yang kononnya mengambil sahur sebelum masuk tidur (jam 12 tengah malam), barangkali tidak mahu tidur mereka terganggu sehingga pagi. Sedangkan ini bukanlah sahur, sebaliknya sekadar makan tengah malam.Pemakanan semasa sahur juga perlu dititk beratkan dengan pengambilan karbohidrat kompleks dan protein yang rendah nilai biologi nya seperti ikan, ayam, daging dan sumber kekacang. Perkara ini adalah untuk memastikan anda mempunyai bekalan tenaga yang mencukupi untuk kekal bertenaga sepanjang hari berpuasa. Dan jangan dilupa makan sebiji kurma ketika bersahur.
- Berbuka Dengan Makanan Yang Tinggi Karbohidrat Dan Protein Jika waktu sahur digalakkan untuk dilambatkan manakala waktu berbuka pula perlu diawalkan mengikut Sunnah Nabi Muhammad S.A.W bertujuan untuk meminimakan pengecutan otot. Untuk mendapatkan kembali tenaga yang hilang sepanjang berpuasa, anda perlu berbuka dengan makanan yang mempunyai karbohidrat dan protein yang tinggi . Perkara ini tidak akan menjadi masalah di kalangan masyarakat kita kerana sudah kebiasaan makanan kita sudah cukup tinggi dengan karbohidrat contohnya seperti kurma, minuman manis, nasi dan protein seperti lauk-pauk, susu soya. Akan tetapi anda perlu mengambil perhatian tentang jumlah lemak dalam pengambilan makanan juga kerna kebiasaanya juadah berbuka sememangnya mempunyai kandungan lemak yang tinggi.
- Jangan Tidur Terlalu Lama Pada Sebelah Tengahari / Petang Ianya tidak menjadi masalah untuk tidur seketika (power nap) sekitar 30 minit selepas Zohor kerana ianya malah terbukti dapat membantu dalam meningkatkan prestasi kerja anda selepas anda mengambil power nap selama setengah jam. Namun, ianya boleh menjadi masalah apabila tempoh tidur itu berlanjutan sehinggan berjam – jam lamanya malahan ada yang tidur sehinga maghrib. Apabila perkara ini berlaku, badan kita sebenarnya sudah teradaptasi dengan kadar metabolik yang rendah dan mengakibatkan diri kita mengantuk, lesu dan kurang bertenaga. Oleh itu, tidak digalakkan untuk tidur terlalu lama supaya diri kita harus kekal cergas, tangkas dan energetik sama seperti hari biasa kerana ini yang akan memastikan kadar metabolik kita kekal optimum sama seperti hari biasa.
- Jangan Abaikan Superfood
Ketika Ramadhan, kebanjiran makanan dan juadah yang lazat-lazat di bazaar telah mengaburi kewujudan Superfood, namun kepentingan mereka tidak harus dilupakan dan perlu untuk diambil sepanjang bulan puasa. Ini kerana dengan tidak endah mengenai kehadiran superfood di dalam rutin juadah berbuka anda, kita mudah untuk mempunyai masalah dalaman seperti sembelit dan kekurangan nutrisi terutamanya vitamin c disebabkan pemilihan makanan yang tidak seimbang. Antara beberapa jenis superfood adalah buah-buahan seperti betik, sayur seperti bayam, telur, dan sumber kekacang.
- Minum Air Yang Cukup
Air merupakan perkara penting untuk fungsi dalaman tubuh badan ( metabolisma ) . Seboleh – bolehnya kekalkan pengambilan air sebanyak 2 liter pada sebelah malam dan untuk mencukupkannya anda boleh mengambil 3 gelas air semasa berbuka, 3 gelas air selepas tarawih ataupun sebelum tidur dan juga 3 gelas selebihnya diambil sewaktu bersahur. Ianya tidak semestinya air masak kerana anda juga boleh mengambil air manis , air soya , susu ataupun sekdar hanya air masak. Boleh baca kebaikan air masak di sini.
Akhir kata, selamat menjalani ibadah puasa di bulan mulia ini daripada kami warga Walter Empire Sdn Bhd