penyakit gusi dan cara untuk mengelakkannya

 

Penyakit Gusi ? apakah itu ?

Penyakit gusi ataupun nama saintifiknya Periodontal Disease merupakan suatu penyakit yang diakibatkan oleh bakteria. Ianya berpunca daripada bakteria di dalam plak gigi ( lapisan yang melekit dan tidak berwarna yang terbentuk di dalam mulut )terbina di antara gusi dan gigi. Apabila perkara ini berlaku , gusi anda akan merasa sakit dan seterusnya menjadi radang.

Sekiranya tidak dirawat, keradangan ini boleh menyebabkan gusi dan struktur tulang merosot. Ini boleh mengakibatkan kemelesetan gusi ataupun kehilangan gigi. Di samping itu, penyelidikan telah menunjukkan bahawa penyakit gusi mungkin akan berkait dengan penyakit lain seperti diabetes dan juga penyakit jantung.

Akan tetapi , penyakit ini boleh dirawat dan dielakkan. Berikut adalah cara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan penyakit gusi .

 

  1. Memberus Gigi

    memberus gigi selepas makan dapat membantu anda untuk menyingkirkan sisa makanan dan juga plak yang terperangkap di antara gigi dan gusi anda . Selain itu , jangan lupa juga untuk memberus lidah anda kerana di situlah tempat bakteria suka bersembunyi.

  2. Flos

    Apabila anda flos gigi sekurangnya sekali sehari, anda bukan sahaja dapat menyingkirkan sisa makanan dan plak gigi tetapi anda juga dapat membersihkan tempat yang tak boleh dicapai apabila anda menggosok gigi.

  3. Berkumur Dengan Pembasuh Mulut

    Ianya merupakan langkah pelengkap iatu yang terakhir selepas anda memberus dan menflos gigi anda . Ianya berfungsi untuk membantu menyingkirkan lebihan lebihan yang tak dapat disingkirkan oleh aktiviti memberus dan juga menflos gigi.

  4. Ketahui Risiko Sendiri

    Adakah anda tahu bahawa selain daripada genetik , anda juga boleh menghadapi masalah ini daripada merokok, corak pemakanan dan umur ? . Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan periodontist untuk mendapatkan nasihat tentang perkara ini.

  5. Berjumpa Dengan Periodontist

    Dapatkan comprehensive periodontal evaluation (CPE) dari pakar. CPE berfungsi untuk memeriksa gigi anda, tahap plak, gusi, gigitan, struktur tulang dan juga faktor risiko lain untuk penyakit periodontal.

Akhirnya , langkah awal untuk mengenal pasti gejala penyakit gusi adalah kunci untuk melindungi gigi dan gusi anda daripada mendapat penyakit yang tidak diingini.

Reference : Preventation From Periodontical Disease