Umum mengetahui bahawa Malaysia kini sedang dilanda fenomena musim sejuk dengan mencatat kejatuhan suhu sehingga 22 darjah celsius. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, fenomena ini berpunca disebabkan tiupan angin luluran sejuk yang berlaku semasa monsun timur laut akibat pengukuhan sistem tekanan udara tinggi Siberia-Mongolia yang membawa cuaca sejuk dari utara ke China dan memasuki Laut China Selatan sebelum bergerak ke Malaysia. Disebabkan itu ianya boleh dikatakan suatu fenomena yang jarang berlaku kerana Malaysia terletak pada garisan khatulistiwa dan beriklim tropika .

Akan tetapi, cuaca sebegini bukanlah menjadi penghalang untuk berfesyen dan tidak semestinya kita hanya boleh menggayakan baju sejuk atau sweater sahaja untuk melindungi diri daripada kesejukan di cuaca sebegini. Oleh itu, Terdapat beberapa jenis jaket yang boleh digayakan selain sweater iatu Windbreaker , Bomber Jacket , Varsity , Leather Jacket dan Denim Jacket.  Di bawah berikut adalah penjelasan dan cadangan pengayaan jenis-jenis jaket.

WINDBREAKER

Pemadanan Jaket Windbreaker bersama seluar denim

Windbreaker atau nama lainnya Windcheater adalah kot nipis yang direka untuk menahan angin sejuk dan hujan ringan tetapi dalam versi yang lebih ringan daripada jaket. Ianya datang dalam pelbagai warna dan corak. Ianya menjadi trend terkini di Malaysia terutamanya di kalangan penunggang motosikal.  

Cadangan gaya :  Seluar denim , t-shirt cotton bercorak dan low-cut boots

BOMBER JACKET

Pemadanan Bomber Jacket bersama Walter Tee

Bomber Jacket ialah jaket pendek yang biasanya mempunyai band elastik di sekeliling pinggang, kedua pergelangan tangan dan mempunyai zip di bahagian depan.  

Cadangan gaya : Walter tee shirt , track bottom / ripped jeans dan sneakers

VARSITY

Pemadanan Jaket Varsity bersama t-shirt kosong dan topi

Jaket Varsity adalah jaket bergaya yang sering dipakai oleh golongan muda . Materialnya terdiri daripada  bahan bulu lembut dan halus yang dilengkapi dengan kolar dan butang dengan variasi warna di lengan serta badan yang mempunyai logo dan tulisan tertentu.

Cadangan gaya : Seluar denim / track bottom , t-shirt kosong , topi dan sneakers

LEATHER JACKET

Pemadanan Leather Jacket bersama t-shirt v line dan cermin mata gelap

Leather Jacket adalah jaket kulit yang sesuai digayakan dengan pelbagai jenis baju sebagai pakaian luar. Ianya diperbuat daripada kulit haiwan dan biasanya berwarna coklat atau hitam. Jaket kulit sesuai digayakan pada cuaca sejuk seperti sekarang dan kurang sesuai ketika cuaca panas melainkan anda seorang penunggang motosikal.

Cadangan gaya : V line shirt , ripped jeans / seluar kulit dan high cut boots.

DENIM JACKET

Pemadanan Denim Jacket bersama Walter tee shirt

Denim Jacket ialah jaket yang diperbuat daripada tenunan fabrik kapas hingga menghasilkan kain keras denim dan ianya sering dipakai sebagai pakaian luar. Disebabkan itu, jaket jenis ini  kurang sesuai untuk dipakai ketika cuaca panas tetapi sesuai digayakan semasa cuaca sejuk seperti sekarang.

Cadangan gaya : ripped jeans , Walter tee shirt , topi / beanie dan sneakers.