Rambut adalah mahkota bagi lelaki. Seiring dengan cara hidup yang sibuk dan rambut anda terdedah dengan pelbagai keadaan. Jangan terkejut jika terdapat segelintir jejaka di luar sana yang mengalami masalah kurang yakin terhadap dirinya oleh kerana masalah kelemumur ini tadi.

APA ITU KELEMUMUR?

Kelemumur adalah sel kulit mati yang terhasil daripada lapisan kulit kepala kita. Antara faktor penyebab masalah kelemumur ini adalah, kulit kepala terdedah dengan pelbagai kotoran, penggunaan bahan kimikal yang tinggi di dalam produk penjagaan rambut, tidak menggunakan teknik mencuci rambut yang betul dan sebagainya.

Kelemumur ini sangat halus dan sukar untuk dilihat oleh mata kasar. Tetapi, kelemumur boleh dilihat jika ianya sudah menjadi keping dan banyak. Ia disebabkan oleh kulit kepala yang mula kering  dan gatal. Apabila anda mula garu maka terhasil kepingan kelemumur yang boleh dilihat oleh mata kasar. Kelemumur akan menjadi lebih teruk jika anda tidak ambil tindakan untuk bersihkan kelemumur itu tadi.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK BEBAS DARIPADA KELEMUMUR

SYAMPU KHAS KELEMUMUR

Di pasaran sekarang terdapat pelbagai jenama syampu khas untuk kelemumur. Anda perlu sentiasa kaji dan raijn mencuba untuk dapatkan jenama yang sesuai untuk rambut anda. Tiap individu mungkin mempunyai kesesuain yang berlainan mengikut bahan yang terkandung di dalam sebotol syampu.

KERAP CUCI RAMBUT

Jika anda menggunakan produk pengayaan rambut (pomade, wax, gel dll) sebagai rutin, pastikan anda mencuci rambut anda pada tiap hari. Cuci dengan bersih sehingga tiada sisa produk yang tinggal di setiap helai rambut anda.

Ini kerana, sisa daripada produk tersebut akan menghasilkan satu lapisan yang akan menyebabkan kulit kepala anda berbau dan gatal.

BERSENAM

Baik untuk penjagaan badan, kulit muka dan kesihatan, bersenam juga mampu memberi kesan positif kepada penghasilan kelemumur di rambut anda.

Apabila anda bersenam dan mula mengeluarkan peluh, segala toksik yang terkandung di dalam badan akan mula keluar dan mengakibatkan aliran darah ke seluruh badan mula mengalir dengan baik. Hasilnya, anda akan dapat rambut yang sihat jika anda ubah stail kehidupan seharian anda.

BAGAIMANA DENGAN PETUA?

Tahukah anda bahawa petua sebenarnya sangat membantu jika diamalkan dengan konsisten? Di sebalik mudah, bahan yang digunakan juga organik dan tiada bahan kimia.

CUKA

½ cawan air suam

½ cawan cuka

Campurkan kesemua bahan di atas, sapu di seluruh rambut dan tunggu hingga 10-15 minit. Lakukan seminggu sekali.

LEMON

2 sudu besar jus lemon (asingkan)

1 cawan air

Ambil satu sudu besar jus lemon dan usap keseluruh rambut anda dan tunggu beberapa minit agar ia menyerap. Kemudian, campurkan lagi 1 sudu jus lemon bersama 1 cawan air dan bilas rambut. Lakukan setiap hari. Mungkin ia agak pedih pada mulanya tetapi kelemumur anda akan mula berkurang kerana asid yang terkandung di dalam lemon akan memecahkan kelemumur yang berkumpul di lapisan kulit kepala anda.

 

SANTAN DAN LIMAU

3 sudu besar santan (kotak/asli)

1 sudu besar jus limau kasturi

Campurkan kedua-dua bahan ini dan sapu pada keseluruhan rambut. Perap rambut sehingga 15 minit dan bilas dengan air sejuk. Lakukan 2 kali seminggu. Rambut anda bukan sahaja bebas kelemumur, malah akan lebih bersinar dan kuat.

Baca Juga 7 Teknik Untuk Ubah Rambut Kusam ke Rambut yang Mengagumkan