Apakah yang anda rasa tatkala memakai stokin ?. Ia bergantung pada bagaimana anda melihatnya iatu sama ada mereka boleh menjadi suatu keperluan ( iatu secara umumnya di dalam kes ini melibatkan warna hitam, biru dan kelabu ) ataupun ia adalah suatu cara unik yang boleh digunakan untuk menggambarkan suatu keperibadian , personaliti ataupun sikap seseorang itu. Sepertinya terlalu dramatik dan gila? Tidak! Ini kerana satu kajian baru telah mendapati bahawa stokin kaki yang kelakar dan gila yang anda pilih bukan hanya dapat menceritakan banyak tentang anda, tetapi juga dapat menceritakan banyak tentang bagaimana orang sekeliling melihat anda. Ini adalah caranya.

 

KESEMPATAN UNTUK MENUNJUKKAN POTENSI BESAR SECARA DIAM

 

 

Apabila seseorang tidak mematuhi peraturan – peraturan di dalam masyarakat, mereka mungkin akan dilihat sebagai pelik, aneh dan agak gila seperti diri kita yang akan menolak orang yang tidak dikenali. Walau bagaimanapun, stokin merupakan sebuah corak permainan yang berbeza. Stoking ada di sana mengintai di bahagian bawah seluar kita, sederhana dan hampir tidak menonjolkan diri. Mereka bukanlah bahagian pakaian yang paling jelas tetapi mereka juga mempunyai potensi yang besar untuk menonjolkan keperibadian seseorang individu itu kepada sesiapa sahaja yang melihatnya.

 

APAKAH YANG STOKIN LUAR BIASA ANDA KATAKAN MENGENAI ANDA ?

 

 

Walaupun kita mempunyai sikap yang sama, kajian yang telah diterbitkan di dalam Journal of Consumer Research menyiasat teori bahawa orang – orang yang tidak mempunyai sikap yang sama seperti orang kebiasaan lebih berpeluang untuk dipandang lebih tinggi dan lebih kompeten daripada mereka yang mematuhi peraturan di dalam suatu masyarakat sosial.
Jadi apa yang dikatakan ini ialah tentang pilihan anda mengenakan stokin neon terang, stokin pelangi berwarna, ataupun stokin bercorak harimau cetak? , ia mendapati orang yang sering memilih untuk memakai stokin yang menyeronokkan akan kelihatan mempunyai status yang lebih tinggi dan lebih cekap di mata orang lain. Dalam erti kata lain, orang berpotensi untuk melihat anda sebagai seseorang yang lebih bijak, kreatif dan berjaya.

 

 

“Kami mencadangkan bahawa di dalam keadaan tertentu, tingkah laku yang lain daripada lain boleh menjadi lebih bermanfaat kepada seseorang daripada hanya mencuba untuk menyesuaikan diri. Dengan kata lain, apabila ia kelihatan sengaja, seseorang itu mungkin kelihatan mempunyai status yang lebih tinggi dan rasa kompetensi,” kata penulis kajian ini, Silvia Bellezza, Francesca Gino dan Anat Keinan dari Harvard University.

 

Fikirkan lelaki berjawatan tinggi dalam perniagaan korporat yang memakai pakaian kemas dan mahal hanya untuk pelanggannya yang akan melihat stokin kakinya yang berwarna merah jambu terang. Ianya mungkin tidak sesuai tetapi dengan keberanian pilihannya telah menunjukkan dia sengaja membuat suatu kelainan dan bangga dengannya.

 

 

.
PERSEPSI MENGENAI STOKIN LUAR BIASA ANDA

 

 

Sekiranya anda memulakan pemakaian stokin yang luar biasa dan gila ini, mungkin akan ada sesuatu yang lain akan berlaku mengikut teori “Embodied Cognition”. Ianya merupakan suatu konsep tentang bagaimana cara pemilihan pemakaian kita dapat mempengaruhi cara pemikiran kita.

Dr. Adam Galinsky, ahli psikologi sosial daripada Northwestern University telah menjalankan kajian yang menunjukkan apa yang kita pakai mampu mempengaruhi cara kita berfikir, rasa dan bertindak.Dan ianya bermaksud bahawa stokin kita juga mampu melakukan perkara yang sama. Keunikan dan keyakinan kita akan lebih terserlah apabila kita memakai stokin kaki yang pelik dan luar biasa. Inilah yang dapat membantu kita untuk membuat kita berfikir dan merasakan sesuatu yang baik tentang diri kita , mempunyai keyakinan untuk memakai apa sahaja dan menyukainya. Persepsi sebeginilah yang akan membantu kita untuk mencapai lebih banyak kejayaan tanpa rasa perasaan kurang berani dan kurang keyakinan dalam diri kita.

 

Perkara ini turut dapat dicerminkan melalui sikap tiada kerisauan tentang trend masyarakat kini dan corak pemikiran orang lain terhadap diri kita. Stokin kosong berwarna hitam mungkin dapat membantu kita untuk bersembunyi di belakang trend kebiasaan masyarakat manakala stokin yang mempunyai warna menarik mempunyai dua langkah lebih dari segi kelebihan untuk membuat sesuatu yang lain daripada kebiasaan masyarakat di sekeliling kita.

 

 

Oleh itu, jika anda seseorang yang menyukai stokin yang menyeronokkan dan luar biasa, anda tidak perlu takut untuk keluar dan tonjolkan ke dunia mengenai siapa diri anda yang sebenarnya. Bukan sahaja anda telah memberi pandangan tentang keperibadian anda yang luar biasa, unik kepada mereka tetapi mereka juga akan melihat ianya sebagai sesuatu yang baik!

 

 

PEMILIHAN PEKERJAAN BERDASARKAN MINAT ATAU BERDASARKAN JUMLAH PELABURAN YANG TELAH DILAKUKAN ? KLIK UNTUK MEMBACA LEBIH LANJUT