Nikky Okyere terus sahaja dikenali sebagai tukang gunting rambut untuk pemain bola sepak selepas servisnya dicari oleh beberapa pemain Liga Perdana Inggeris yang terkenal .
Dilahirkan dan dibesarkan di Ghana, Okyere membanggakan dirinya dengan memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan layanan yang mesra di kedai gunting rambutnya di London, iatu Slick Rick.
Setelah menaikkan dirinya ke tahap yang luar biasa dalam gaya potongan rambut, senarai pelanggan Okyere semakin berkembang bermula saat itu, termasuk wakil pemain bola afrika Liga Perdana Inggeris yang turut beratur di depan pintu untuk mendapatkan potongan rambut yang segar daripadanya.
Pemain Crystal Palace iatu Wilfried Zaha dan Bakary Sako turut tersenarai sebagai pelanggan Okyere malahan turut mendapatkan servis Okyere untuk mendapatkan guntingan rambut di rumah mereka.
‘Sebelum pertandingan, saya gemar untuk mendapatkan potongan rambut yang segar’ kata Zaha di dalam dokumentari BBC. ‘Ianya baik untuk keyakinan saya dan segala-galanya, adakah anda tahu apa yang saya maksudkan? jadi tukang gunting rambut merupakan orang yang sangat penting’
‘Nikky merupakan seorang lelaki yang hebat, saya tidak kisah jika dia datang dan berada di sekeliling saya dan keluarga saya. Interaksi antara anda dengan tukang gunting tidak seperti hubungan anda dengan peminat tetapi anda sebenarnya akan lebih bercakap mengenai perkara peribadi’
Sako pula berkata : ‘Saya sangat menyukai rambut saya, dan semestinya anda melihat saya telah mencuba banyak gaya yang berbeza. Hampir setiap perlawanan bola saya akan muncul di Tv dan semestinya anda hanya mahu kelihatan baik di TV.’
Ianya bukan sekadar kedai gunting rambut yang biasa, tetamu dilihat menari sejak kedai dibuka sehingga tutup dan dengan beberapa tetamu yang muncul ke kedainya untuk menikmati persembahan walaupun mereka tidak datang untuk mendapatkan potongan rambut.
Okyere berpindah ke London dengan hasrat terbesarnya iatu untuk menjadi salah satu pendandan rambut yang paling terkenal dan digemari di ibu negara tersebut.
Impiannya bakal menjadi realiti saat dia diberitahu oleh rakan bersamanya bahawa pemain bola Nigeria dan juga penyerang Liga Perdana iatu Yakubu akan mengunjunginya.
Dan bermula daripada saat itu, nama Okyere semakin melonjak dan dikenali. Christian Benteke, Divor Origi, Jordon Ibe dan Danny Welbeck adalah antara mereka yang mendapat perkhidmatan Okyere bagi mendapatkan gaya rambut yang diciptanya. Malahan bekas pengerusi Liga Perdana Inggeris, Avram Grant juga mendapatkan perkhidmatan Okyere.
Nama-nama mereka telah menghiasi dinding-dinding kedainya yang sederhana dan mempunyai cabinet penuh yang meletakkan memorabilia bola sepak yang disumbangkan sendiri oleh pemain bola sepak yang telha mendapatkan khidmat Okyere.
Karya-karyanya bahkan cukup mengagumkan dan ianya telah menarik perhatian Mario Balotelli, Okyere telah mendapat jemputan bagi sambutan ulang tahun Mario Balotelli dimana hanya Okyere sahaja bukan pemain bola sepak yang dijemput olehnya.
‘Ramai yang mendekati saya dan mengatakan bahawa saya mempunyai tenaga yang baik,’ jelas Okyere. ‘Hubungan yang saya berikan kepada mereka adalah apa yang membuatkan mereka menjemput saya ke rumah mereka, ianya adalah disebabkan oleh layanan tenaga positif yang saya berikan kepada mereka .’
Hasil tangan Okyere telah meyakinkan Zaha untuk beraksi di padang setelah terinspirasi daripada tawaran Palace untuk Liga Perdana selepas kedatangan Roy Hodgson
‘Potongan rambut yang kemas dan tajam akan membuatkan saya dari lima ke 10. Percayalah, orang tahu potongan rambut seseorang akan membuatkan anda berbeza,’ tambahnya.
Pelajari Kemahiran Gunting Rambut Lelaki Dengan Teknik Yang Mudah Hanya Dalam Masa 60 Hari Di Walter Academy.
‘Ini adalah suatu kenyataan, ianya berkenaan siapa diri anda yang sebenar , tidak banyak peluang untuk mengenali pemain bola sepak dengan rapat maka sesetengah orang suka menunjukkannya melalui gaya dan gaya rambut mereka.’
Okyere terus mengelilingi dunia untuk member khidmat memotong rambut pemain bola sepak terkenal dan bahkan telah mempunyai perjanjian untuk memotong rambut seluruh pasukan bola sepak antarabangsa Ghana.
Perniagaan Okyere semakin berkembang pesat . Bagi Hodgson, dia akan sangat berterima kasih kepadanya jika Zaha dan Sako memastikan Palace untuk terus berjuang pada hari seterusnya.
Untuk selanjutnya boleh tonton di video bawah :