Seperti yang anda lihat sekarang, barbershop telah menjadi satu fenomena di Malaysia. Kewujudan pelbagai jenama di dalam indusrti barbershop semakin pesat. Setiap jenama barberhop mempunyai keunikan nya sendiri.

Ada yang bertanya apakah keistimewaan Barbershop berbanding salun atau kedai gunting rambut yang lain?

MODEN

Gaya rambut juga sering berubah sama seperti perubahan fesyen. Di barbershop, anda boleh dapatkan gaya rambut kontemporari dan moden. Kebanyakan barber di barbershop telah dilatih untuk mahir dalam pelbagai jenis potongan gaya rambut.

SELESA

Jika di salun, kebanyakan daripadanya adalah wanita. Segelintir daripada ada mungkin agak segan untuk berborak dengan wanita. Soalan yang anda akan tanya kepada mereka juga adalah soalan-soalan yang mengenai gaya dan penjagaan rambut sahaja. Tetapi, di barbershop anda selesa bersembang mengenai rambut, bola dan kehidupan seharian. Ini kerana, suasananya yang dikelilingi lelaki. Anda akan lebih selesa dan santai.

BARBER PROFESSIONAL

Kebanyakan lelaki pada masa kini sangat menitikberatkan tentang gaya rambut mereka. Di barbershop, barber telah dilatih untuk mahir dalam pelbagai jenis gaya rambut sama ada kontemporari atau moden. Mereka telah dilatih dengan pelbagai kemahiran untuk mendapatkan hasil yang mengagumkan.

LEBIH MEMAHAMI

Kebiasannya, apabila anda mula bersembang dengan barber yang uruskan rambut anda, mereka akan mula untuk fahami anda. Suasana janggal pada mulanya akan berubah apabila anda menjadi lebih terbuka dengan barber itu sendiri. Ini kelebihan kepada mereka yang sering gunting rambut daripada barber yang sama dan menjadi pelanggan tetap.

Di barbershop, anda bukan sahaja boleh dapatkan gaya rambut yang menawan malah, anda juga dapat berkawan.

Baca juga Lokasi – lokasi Barbershop di Malaysia