Pernahkah anda menghadapai situasi dimana anda sedang memandu di jalan raya dan secara tiba – tiba kereta anda mengeluarkan asap di bahagian enjin dan seterusnya berhenti ? . Cuba anda lihat ke panel kenderaan anda, adakah ianya menunjukkan ke paras Hot ?.
Enjin boleh berlaku overheated jika suhu enjin mencecah pada paras merah di meter panel. Dan ini boleh mengakibatkan blok head bengkok ,air masuk dalam sistem pelinciran dan boleh menyebabkan enjin jammed. Oleh itu , sebelum kereta anda melalui fasa breakdown , anda perlu berhenti di tepi jalan dan membuka bonet depan supaya enjin sejuk sebelum anda mula memeriksa enjin .
Berikut adalah 10 punca dan tips yang perlu anda lakukan jika suhu enjin kereta anda menaik :
1. Radiator bermasalah
Radiator boleh tersumbat akibat pengaratan dan ianya akan menghalang pengaliran air sejuk ke dalam enjin. Ada sesetengah yang tidak berpunca daripada radiator tersumbat tetapi oleh kerana terlalu banyak karat dalam radiator , ianya akan membuatkan suhu dalam radiator itu lebih tinggi dan tak membantu penyejukan air dalam radiator.
Oleh itu, disarankan untuk anda memeriksa keadaan radiator kereta dan menukarnya jika ianya sudah berkarat.
2. Kipas radiator rosak
Periksa kipas radiator adakah ianya berfungsi dengan baik dan apabila kipas berpusing , anda perlu memastikan keadaan pusingan adalah normal tanpa terdengar bunyi yang yang menunjukkan sesuatu yang tidak kena pada kipas radiator anda. Sekiranya anda mendapati pusingan kipas menjadi perlahan, berkemungkinan contact longgar atau kemungkinan carbon motor sudah haus . Tetapi jika kipas tidak berpusing, Periksa dengan mengunakan test pen pada motor dan pastikan anda mempunyai bekalan eletrik .
3. Air cooling radiator kering
Pastikan tangki air sentiasa cukup dan penuh apabila membuka penutup air. Cuba anda lihat air di dalam radiator pastikan ianyatidak berkarat dan jika berkarat dan berkeladak , berkemungkinan radiator tersumbat dan anda perlu flash air tersebut dengan membuka hose bawah dan masukkan hose air dari atas dan Drain Screw Radiator dibuka. Biarkan air memasuki dan mengalir masuk ke dalam enjin sehingga air karat keluar sehingga habis . Kemudian anda perlu memasang semula Drain Screw Radiator dan isi air kembali ke dalam radiator.
AMARAN !! anda diingatkan supaya jangan membuka penutup radiator ketika ianya masih panas. Oleh itu anda perlu membiarkannya sekurang – kurangnya 1 jam sebelum membukanya. Dinasihatkan supaya anda menggunakan kain yang tebal untuk membukanya dan Ini bagi mengelakkan wap dan air panas tepercik pada anggota badan .
Pastikan tiada bocor pada radiator, periksa pada bawah kenderaan anda dan jika ada air menitis,cuba cari punca datangnya air itu.Selalunya ia datang dari Drain Screw ataupun ada kebocoran pada radiator atau air di dalam radiator sememangnya sudah kering.
Periksa dan pastikan air di dalam reserve tanki di dalam paras antara minima dan maksima .
4. Penutup radiator bermasalah
Penutup radiator yang bertulis 0.9bar atau 1.0 bar tu berfungsi untuk mengawal tekanan dalam radiator anda dan mengelakkan sebarang wap atau air radiator terkeluar. Cecair yang mengalami tekanan mempunyai takat didih lebih dari 100 darjah selsius dan jika penutup radiator anda bermasalah, ini akan menyebabkan ianya tidak mampu untuk mengawal tekanan yang menyebabkan takat didih air menjadi rendah dan mendidih di dalam radiator . “Return seal” atau pengedap untuk kembali yang rosak pada penutup radiator juga akan menyekat air untuk kembali ke radiator setelah radiator sejuk. Menyebabkan terjadinya vakum yang boleh menyebabkan hso radiator rosak. Ini akan menyekat air radiator untuk mengalir ke dalam enjin apabila hos berkenaan tidak kembang semula selepas enjin mula panas. Dan seterusnya, penutup radiator yang bocor boleh menyebabkan air mengalir keluar.
5. Hos penyambung ke radiator bocor
Lihat pada hos kenderaan anda.. Jika didapati ada tanda tanda retak, koyak anda disyorkan untuk menukarnya dengan yang baru berserta clip baru. Anda juga dikehendaki memeriksa sekali hose kecil yang bersambung dengan sistem ini. Caranya anda boleh memegang hose atas dan hose bawah jika hose atas panas dan hose bawah sejuk, ini berkemungkinan thermostat kenderaan korang sudah berkarat dan jammed rosak. Anda dinasihatkan supaya menyimpan segulung masking tape di dalam dashbord kereta dan ianya bertujuan untuk menampal kesan bocor , akan tetapi , ianya hanya boleh digunakan untuk jarak yang dekat sahaja
6. Sensor temperature tidak betul
Kadang kala masalah sering berlaku apabila jalanraya sesak , maka suhu enjin akan meningkat dan kipas akan berfungsi apabila suhu setting tercapai.Jika pusingan kipas perlahan, maka suhu didalam tangki akan menjadi lambat turun ataupun berkemungkinan sensor mempunyai masalah dengan setting dan lambat cut in atau kadang kala berkemungkinan water pump impeller sudah rosak.
Sensor suis ini amat penting dan jika kipas tidak berpusing dan suhu enjin melebihi ¾ dari meter panel odometer, besar kemungkinan sensor ini rosak. Maka, cara terbaik untuk memeriksanya adalah dengan menggunakan screw driver atau wire . ON kan suis..tapi jgn hidupkan enjin kenderaaan anda dan seterusnya sentuh kedua dua point .Jika kipas berpusing, ini bermakna sensor mempunyai masalah dan anda disyorkan untuk menukar yang baru sahaja.
7. Water Pump Rosak / Tersumbat
Pam air yang mengalirkan cecair penyejuk ke seluruh enjin. Pam yang rosak tidak mampu untuk mengalirkan air ke seluruh enjin atau kebocoran pam akibat pengaratan menyebabkan pam air perlu ditukar.
8. Tali sawat tergelincir
Tali sawat boleh tergelincir jika tidak diketatkan dengan betul, perkara ini akan membuatkan pam air anda tidak berfungsi dan tak mampu mengalirkan air ke dalam enjin.
9. Thermostat rosak
Thermostat merupakan suis untuk mengawal pusingan air dalam enjin. Tugas thermostat adalah untuk mendapatkan suhu yang secukupnya supaya enjin berfungsi dengan baik, tak terlalu sejuk dan tak terlalu panas, jika ia panas thermostat akan membenarkan penukaran air yang sejuk dari radiator masuk ke dalam enjin dan air yang panas dari dalam enjin ke radiator. Jika thermostat bermasalah dan tak mampu berbuat demikian, suhu enjin anda boleh menjadi sangat panas. Berhenti tepi apabila bacaan suhu meningkat dan dapatkan bantuan.
Jika semua telah anda lakukan tanpa menjumpai tanda-tanda tak normal pada kereta tersebut , tetapi temperature masih lagi tinggi , berkemungkinan anda sesuatu yang tidak kena pada panel kereta anda. eriksa cable wire yang di pasang di enjin tidak longgar atau rosak dan bawalah kereta anda ke bengkel kereta yang berhampiran.
10. Perkara – perkara lain
Punca lain seperti ekzos tersumbat, ignition timing yang terlalu lambat atau cepat, udara luar yang sangat panas, brek kereta yang tersangkut atau lupa dilepaskan sewaktu memandu juga boleh menyebabkan suhu enjin meningkat naik selain perkara di atas