Suatu masa dahulu jam tangan merupakan kegunaan penting untuk melihat pergerakan jam. Kini, tidak lagi! Di dalam era digital ini, kita dikelilingi dengan banyak peranti digital. Antaranya ialah laptop, telefon-bimbit, tab dan banyak lagi tempat memaparkan pergerakan jam. Dalam sedar atau tidak, kegunaan jam kini lebih kepada fesyen aksesori kepada seseorang. Bagi lelaki, jam merupakan aksesori  utama  dan pelengkap tidak seperti perempuan yang mempunyai banyak aksesori seperti cincin, anting-anting,rantai dan lain-lain.Pemakaian jam kini lebih mengambarkan personaliti seseorang lelaki berbanding kegunaan utamannya. Jom kite lihat personaliti lelaki melalui jenis jam tangan yang dipakai !

Lelaki Profesional

Golongan ini merupakan golongan yang mempunyai profesion bagus dan mepunyai pendapatan yang tinggi. Mereka akan memilih jam tangan berjenama yang direka khas untuk pengeluaran yang sangat terhad, elegen dan klasik. Selain itu, golongan professional ini kebiasaanya mempunyai koleksi jam tangan mewah daripada pelbagai jenama terkenal seperti Rolex, Omega Cartier dan perlbagai jenama lagi.

Lelaki Maskulin

Golongan ini sangat mementingkan penjagaan wajah, diri serta fesyen berpakaian. Personaliti lelaki maskulin akan menggunakan jam tangan mengikut fesyen yang sesuai dengan pakaian mereka setiap kali mereka keluar. Mereka pasti mempunyai pelbagai jenis jam dari segi rekaan jam, bentuk jam dan juga warna jam itu sendiri. Golongan ini tidak mementingkan jenama jam yang beribu riban. Cukup jam yang dipakai sesuai mengikut fesyen yang dikenakan sudah memadai.

Lelaki Digital

Golongan ini merupakan lelaki yang suka akan jam digital. Kini penjualan jam digital sudah terlalu banyak dipasaran. Antaranya ialah keluaran daripada jenama apple iaitu i-watch dan daripada jenama Samsung iaitu gear smartwatch. Jam jenis digital ini mempunyai pelbagai fungsi menarik dan salah satunya ialah boleh bersambung terus dengan telefon pintar anda.

 

Lelaki Pengembara

Golongan ini jenis yang suka mengembara dari satu tempat ke tempat lain atau dari sebuah negara ke negara yang lain. Penggunaan jam amat penting buat mereka. Dan kegunaan jam yang dipakai juga mestilah mempunyai pelbagai fungsi seperti smart kompas, pembaca suhu sekeliling dan juga pembaca masa.

 

Lelaki Aktif

Golongan ini merupakan jenis lelaki yang suka menjalankan aktiviti berunsurkan kesihatan seperti bersukan. Ianya pasti jam yang digunakan merupakan sejenis jam yang ringan dan boleh digunakan untuk membaca masa. Kini, kebanyakan jam yang dipakai oleh lelaki bersukan ini mempunyai fungsi seperti pembaca pergerakan langkah, gerakan nadi jantung dan pelbagai fungsi lagi

 

Anda daripada personaliti lelaki yang mana satu?

Artikel daripada: Your Personality, Your Watch