Mematikan Penghawa dingin semasa memandu dapat mejimatkan minyak merupakan satu kepercayaan dari turun termurun masyarakat kita. Walhal, menggunakan penghawa dingin  merupakan satu kewajipan atau kebiasaan setiap kali menaiki kenderaan. Atas faktor cuaca di Malaysia yang lebih terdedah kepada cuaca panas meningkatkan lagi penggunaan penghawa dingin semasa menaiki kenderaan. Terdapat banyak rumusan dan andaian bahawa dengan mematikan penghawa dingin kenderaan semasa memandu dapat menjimatkan penggunaan minyak. Adakah rumusan dan andaian itu benar? Ya benar, mematikan penghawa dingin semasa memandu dapat mengurangkan penggunaan minyak. Tapi untuk mendapatkan penjimatan yang lebih efisien, pengguna haruslah memastikan keadaan tingkap tertutup. Nak tahu kenapa? Teruskan membaca.

Terlebih dahulu, jom kita lihat bagaimana penghawa dingin berfungsi serta bagaimana penggunaan minyak meningkat akibat daripada menggunakan penghawa dingin. Apabila penghawa dingin dihidupkan, ia akan menggunakan tenaga yang dibekal oleh alternator. Tenaga ini datangnya daripada enjin yang menggunakan bahan bakar dalam tangki minyak anda. Penghawa dingin bergantung kepada pemampat yang dipacu oleh enjin. Kipas radiator dan blower penyejuk yang akan berfungsi secara berterusan semasa dihidupkan, sehingga membakar bahan bakar tambahan.

Beberapa kajian yang telah dilakukan salah satunya daripada General Motor dan Society of Automative Engineer (SAE) pada tahun 2004 di Amerika Syarikat. Melalui  kajian yang telah dibuat, mereka mendapati dengan mematikan penghawa dingin kenderaan semasa memandu dengan keadaan tingkap tertutup lebih menjimatkan. Penggunaan minyak dapat dikurangkan 5% – 10% berbanding memandu sambil menutup penghawa dingin dengan keadaan tingkap terbuka. Hal ini disebabkan oleh dengan keadaan tingkap yang terbuka, rintangan angin masuk ke dalam kenderaan meningkat. Kenderaan juga menjadi kurang aerodinamik serta menjadikan kenderaan anda lebih berat.

Gambar diatas menunjukkan kajian yang dilakukan oleh General Motor dan SAE terhadap kenderaan model sedan. Keputusannya ialah mematikan penghawa dingin dengan keadaan tingkap tertutup menunjukkan peratusan penggunaan minyak paling efisien

Kesimpulannya, setiap pemandu memerlukan keselesaan semasa memandu. Mematikan penghawa dingin serta menutup tingkap semasa memandu memang dapat menjimatkan penggunaan minyak yang lebih tinggi. Akibatnya, pemandu akan merasa tidak selesa dan kepanasan. Pendapat admin, waktu malam merupakan waktu ideal bagi mematikan penghawa dingin. Pastikan juga keadaan tingkap  terbuka dan memandu pada kelajuan 60 KM sejam. Ini kerana, udara malam yang lebih sejuk dan segar dapat memberikan keselesaan kepada pemandu. Selain itu, pemanduan pada kelajuan maksima juga dapat mengurangkan rintangan angin masuk kedalam kenderaan serta menjimatkan minyak anda.