kenapa perlu memotong rambut

 

 

 

Pernahkah anda berfikir tentang kenapa anda harus memotong rambut ? Jika anda membiarkan sahaja rambut yang tidak dipotong, adakah ianya akan tetap tumbuh dengan panjangnya ? Jawapan yang paling tepat bagi soalan yang kedua adalah,Tidak sama sekali !

 

ini kerana pada waktu tertentu, sekitar 15% akar rambut akan mengalami pertumbuhan kosong yang mengakibatkan petumbuhan rambut anda terbantut.

 

Jika rambut mengalami pertumbuhan kosong ianya akan mengakibatkan rambut anda rosak.

 

Anda perlu memotong hujung rambut ataupun membuat potongan rambut yang baru untuk mengelakkan rambut anda rosak. Hal ini dapat mengembalikan kestabilan dan kesihatan rambut anda untuk mempunyai rambut yang sihat.

Struktur rambut terdiri dari batang rambut yang menonjol dari kulit kepala dan akar rambut yang berada di bawah permukaan kulit.

 

Folikel rambut merupakan tempat yang membungkus bahagian kecil dasar lapisan dermis.

 

Sel di dasar folikel ini akan tumbuh dengan cepat untuk membentuk rambut.

 

Proses pembentukan sehelai rambut di atas kepala adalah dengan terdorongnya sel yang terdapat pada dasar folikel ini ke atas dan mengeras sehingga mengalami pigmentasi.

 

Proses ini akan berterusan berulang kali.

 

Sekiranya sekitar 3 bulan tiada aktiviti pada folikel di rambut maka ini adalah penyebab rambut tidak akan tumbuh kerana mengalami pertumbuhan kosong.

 

Sementara itu setiap hari seseorang pasti akan menghadapi masalah rambut rosak, Ianya merupakan perkara yang tidak asing lagi.

 

Namun, jika kerosakan lebih daripada 100 helai rambut setiap hari, ianya merupakan masalah  yang harus dirawat agar tidak mengalami kehilangan rambut sehingga akhirnya botak.

 

Oleh karena itu, Anda disarankan untuk memotong rambut dengan kerap di antara setiap 6 hingga 8 minggu sekali.

 

Perkara ini bergantung daripada berapa kerap rambut tersebut rosak disebabkan oleh blow dry,mewarnakan atau kerap terdedah pada matahari.

 

Jangan risau kerana rambut yang perlu untuk dipotong tidak perlu banyak ataupun panjang, cukup dengan hanya memotong sebanyak seper empat inci iatu (0.6cm – 1cm) sudah cukup untuk mencegah rambut rosak.

 

 

 

 

 

BACA SETERUSNYA : Rambut Tumbuh Lebih Cepat Jika Kerap menggunting Rambut,Mitos Atau Fakta ? Jom Ketahui Dengan lebih Lanjut !

Do not take the first

There are a https://www.affordable-papers.net/ number of colleges and universities across the USA that require essays on a weekly basis to get college students.

deal that comes your way.