Adakah anda pernah meneruskan sesuatu walaupun ianya tidak lagi memanfaatkan diri anda ? Mungkin ianya adalah program ijazah ataupun pekerjaan buntu yang anda masih enggan berputus asa. Mungkin anda telah berada di dalam suatu hubungan yang tiada sebab melainkan daripada fakta bahawa anda mempunyai hubungan komitmen dengannya terlalu lama. Dari masa ke semasa, kita hanya akan memberi alasan untuk tetap berada di kedudukan yang sama hanya disebabkan diri kita berfikir tentang berapa banyak usaha yang telah kita lakukan untuk berada di kedudukan sekarang.

Ramai di antara kita memutuskan untuk menerima sesuatu pekerjaan hanya kerana ianya mempunyai manfaat daripada apa yang kita pernah belajar sebelum ini. Apabila kita melaburkan masa dan wang yang banyak untuk mendapatkan sebuah ijazah, semestinya kita akan menjangkakan yang kita perlu memanfaatkannya. Mungkin anda membenci pekerjaan anda, tetapi anda hanya boleh membayangkan diri anda untuk mengambil posisi yang seiring atau gaji dan tanggungjawab yang besar. Anda mungkin akan merasakan diri anda terperangkap dengan keputusan yang anda pernah buat sebelum ini , tetapi sebenarnya anda tidak perlu merasakan begitu.

 

APA SAHAJA YANG ANDA LAKUKAN, LAKUKAN KERANA ANDA MENYUKAINYA.

 

Apabila anda sedang mencuba mencari jalan untuk membuat sesuatu keputusan mengenai kerjaya, ianya akan lebih mudah dipengaruhi daripada segi jenis pekerjaan dan latihan yang pernah anda jalani. Secara umumnya, apabila anda mendapatkan sebuah ijazah ataupun latihan yang menarik minat anda dan ini turut mendorong anda ke pekerjaan di dalam bidang tersebut.

Jika anda cenderung memikirkan keputusan untuk meninggalkan pekerjaan anda, ada kebarangkalian yang tinggi bahawa anda akan mencari pekerjaan dalam bidang yang sama yang mempunyai gaji dan tanggungjawab yang sama. Anda akan lebih cenderung untuk mempertimbangkan sama ada anda masih menyukai kerja yang anda lakukan – anda merasakan diri anda bertanggungjawab untuk meneruskan arah kerjaya anda tanpa mengira apa yang anda sedang merasakan.

Inilah bagaimana seseorang individu itu terjebak dalam melakukan pekerjaan yang mereka sendiri tidak menyukainya . Selain daripada memikirkan tentang apa yang dapat mengubah diri sendiri menjadi versi yang lebih gembira dan terbaik, anda mungkin akan mengalami godaan untuk mengekalkan komitmen yang anda sedang berada sekarang. Ramai di antara kita melakukan perkara sebegini kerana takut mensia-siakan usaha selama ini.

Orang lain merasakan bahawa kegigihan mereka ini di akhirnya akan dinilai, dan perubahan sesuatu yang lain akan menjadi sesuatu yang tidak sesuai dengan jalan cerita diri atau perniagaan yang mereka sudah fikirkan sejak awal lagi. Mereka berkemungkinan lebih sanggup untuk menjalani sesuatu yang tidak boleh diubah lagi dengan harapan ianya akan bertambah baik di masa hadapan.

 

JANGAN BIARKAN DIRI ANDA TERSEKAT PADA KOS TENGGELAM

 

 

Kejatuhan kos tenggelam ialah suatu andaian yang membuatkan anda berfikir bahawa perlunya menyambung proses yang sedang dilakukan kerana anda telah meletakkan sumber ataupun usaha yang banyak di dalam perjalanan kerjaya tertentu anda sedang lalui sekarang ini. Kita akan menjadi ragu – ragu sehingga kita mengelakkan kemungkinan keuntungan yang lebih besar jika membiarkan diri kita melakukan suatu perubahan.

Sekiranya anda tertanya – tanya bagaimana untuk membuat sesuatu keputusan mengenai kerjaya, dan anda hanya mengambil sesuatu pekerjaan itu semata – mata kerana anda telah belajar mengenainya selama bertahun – tahun, jadi ada kemungkinan bahawa anda lebih merisaukan mengenai kos tenggelam daripada kegembiraan dan kejayaan anda pada masa hadapan. Keengganan anda untuk meninggalkan kerjaya yang tidak mempunyai keseronokan boleh menjadi suatu tanda bahawa anda sebenarnya sudah terjebak di dalam suatu bentuk pelaburan kerja yang merupakan salah satu daripada variasi bagi kegagalan kos tenggelam.

Perniagaan juga tergolong dalam corak bagi meneruskan juga kegagalan hanya kerana mereka telah meletakkan wang dan masa sebagai suatu inisiatif. Sebagai contoh, seorang usahawan mungkin akan membuat pinjaman bank untuk membuka cawangan yang kedua di lokasi yang berlainan. Alasan mereka ialah memandangkan perniagaan di cawangan pertama memberangsangkan, maka kejayaan di cawangan yang kedua haruslah menjadi sesuatu yang mudah.

Akan tetapi, setelah setahun usahawan tersebut akan mula menyedari bahawa cawangan yang ke dua hanya merugikan banyak wang dan satu – satunya cara untuk menghentikan kerugian ini adalah dengan menutup cawangan yang kedua dan hanya meneruskan perniagaan di cawangan yang pertama sahaja. Nombor ternyata tidak menipu tetapi ianya adalah sebuah bukti yang tidak boleh disangkal. Usahawan tersebut mungkin akan mempunyai masalah untuk menutup kerugiannya. Pengusaha perniagaan tersebut akan memikirkan tentang usaha, masa dan emosi yang telah dikerahkan ketika membuka cawangan kedua tersebut.

Dari perspektif orang luar, mudah untuk mengetahui pemilik perniagaan sebagai contoh atau orang yang terjebak dalam kerjaya yang tidak menentu harus mencuba sesuatu yang baru. Ianya adalah sukar untuk melepaskan kos tenggelam apabila kita menghadapinya sendiri.

 

 

ANDA BUKAN INDIVIDU YANG HANYA MEMPUNYAI SATU KELEBIHAN

 

 

Hanya kerana anda mengambil kursus pengajian tertentu di sekolah atau tempat pengajian anda ianya tidak bermakna anda hanya perlu terikat dengan satu rutin yang sama sahaja tersebut sepanjang hayat anda. Jika anda sedang memikirkan cara untuk membuat keputusan tentang kerjaya anda, tanyakan soalan berikut kepada diri sendiri :

  • Apakah yang anda minat? Jika anda berminat dengan kerja anda, maka ia tidak akan terasa sebagai suatu beban.
  • Apakah kemahiran yang anda perlukan untuk melakukan pekerjaan ini? Kami sering memikirkan ijazah atau latihan utama kami sebagai hanya pilihan kerjaya yang ada, tetapi perkara begini mungkin bukan pilihan terbaik. Sekiranya anda perlu menukar haluan kerjaya, apakah kemahiran lain yang anda boleh gunakan, dan apakah latihan tambahan yang anda perlukan untuk berjaya?
  • Adakah terdapat ruang peningkatan dalam pekerjaan ini? Hari ini , 4.5 tahun adalah purata pekerja yang akan kekal di suatu organisasi sebelum bergerak ke organisasi lain. Apakah jenis kemahiran yang boleh anda bina dalam kerja anda sekarang? Bagaimanakah anda dapat memanfaatkan pertumbuhan anda untuk meletakkan kerjaya anda sebagai suatu yang memuaskan?
  • Adakah anda mempunyai peluang untuk bekerja dengan individu yang berbeza? Membentuk hubungan yang bermakna dengan individu adalah salah satu perkara terbaik yang boleh anda lakukan untuk diri sendiri. Anda bukan sahaja akan lebih bahagia di tempat kerja, tetapi jika anda memutuskan untuk menukar kerjaya, anda akan mempunyai rangkaian profesional yang padat.
  • Apa yang boleh ditawarkan oleh pekerjaan ini dalam 3 tahun? Pertimbangkan jangkaan anda untuk pendapatan dan jawatan dalam tiga tahun akan datang. Adakah pekerjaan ini akan memberikan apa yang anda mahu? Jika tidak, bagaimanakah dengan mengambil posisi ini membantu anda bekerja ke hingga ke arah matlamat akhir anda?
  • Bolehkah pekerjaan ini membantu anda untuk menjadi seseorang yang anda mahu? Diinspirasikan oleh kerja yang anda lakukan dapat menceriakan anda walaupun pada hari-hari yang paling sukar. Adakah anda merasa bahawa kerja anda bermakna? Adakah ianya membawa pendekatan lebih dekat untuk menjadikan diri anda yang terbaik?

    SERING MENGETAHUI KEBARANGKALIAN DAN AKIBATNYA

     

Anda tidak akan dapat untuk memulihkan kos tenggelam, tetapi anda tidak perlu mengekalkan kitaran kerugian yang terjadi. “Saya telah meletakkan begitu banyak masa untuk ini,” bukanlah alasan yang cukup baik untuk meneruskan jalan tertentu.

Memutuskan untuk mengubah arah tidak bermakna anda telah gagal. Ianya tidak masuk akal untuk terus meletakkan perkara tersebut menjadi sesuatu yang tidak berguna untuk anda. Walaupun anda mungkin merasakan seperti telah membazirkan pengalaman atau kehilangan masa, ingatlah bahawa anda mungkin telah mempelajari beberapa maklumat penting ketika anda melakukan proses tersebut. Hanya kerana ia tidak mengikut cara yang anda harapkan tidak bermakna bahawa ia adalah merupakan kerugian yang besar.

Untuk berjaya dan mengejar impian anda bukanlah sesuatu yang biasa. Gunakan apa yang anda tahu untuk terus berkembang, dan jangan mudah terpengaruh jika anda perlu menukar cara sepanjang jalan.

 

Pelajari Kemahiran Menggunting Rambut di Walter Academy, Kursus Selama 2 Bulan. Klik link Ini Untuk Mengetahui Maklumat Lebih Lanjut.

http://www.medytox.com/-/sayabet-bonus-new-member-100-to-5x-8x-10x-di-depan-2023/

http://uecsc.com/pragmatic/

http://www.medytox.com/-/sweet-bonanza-slot-hoki

http://egspec.org/nama-nama-situs-judi-slot-online-dan-judi-resmi-terpercaya.php

https://arryadia.snrt.ma/football-news/47-daftar-bermain-di-situs-judi-slot-online-pragmatic-terpercaya

https://bvpnlcpune.org/slot-online-jackpot-terbesar-anti-rungkad.aspx

https://caf.actronair.com.au/-/

https://thewillowslondon.com/-/

https://mcneillluxurytravel.com/-/

https://yellowslate.com/assets/

https://www.lnjpitchapra.in/-/

https://ikimedina.com/wp-content/-/slot-gacor-2023/

https://www.mmequip.com/wp-content/

https://www.univag.com.br/application/views/default/graduation/-/slot-gacor-2023/

https://kyu.ac.ug/wp-content/-/slot-gacor-2023/

https://www.univag.com.br/UnivagCovid19/public/css/-/situs-slot-pulsa/

https://warranty.brand-rex.com/help/-/slot-gacor-2023/

https://seaverti2.us.tempcloudsite.com/wp-content/uploads/-/akun-demo-pg-soft/