Adakah benar bahawa penghawa dingin kereta membunuh ? Bagaimanakah ianya menjadi agen pembunuh?
Dengan kemajuan di dalam industri automotif, ianya mungkin tampak seperti perkara yang mustahil. Bagi kebanyakan orang, kereta bukan sahaja kenderaan yang kita gunakan untuk perjalanan dari satu tempat ke satu tempat lain. Tetapi, ianya adalah tempat di mana anda menikmati muzik , tempat di mana anda berehat, bersenang-senang dan kadang-kadang menjadi tempat untuk anda melepaskan lelah juga.
Sesetengah daripada kita memandu dalam tempoh yang lama dan sering berehat sebentar serta tidur di dalam kereta semasa berhenti seketika di RNR. Tetapi, adakah anda tahu bahawa tabiat ini boleh membawa maut?
Penyelidikan telah mendedahkan yang tidur di dalam kereta dengan penghawa dingin yang terbuka berbahaya dan dapat mengancam nyawa, berpunca daripada keracunan berpunca karbon monoksida.
Selain daripada anda boleh terbunuh kerana udara yang sama dikitar semula di dalam kereta, asap eksoz kereta anda juga boleh memasuki kereta dan menjadi punca kedua. Sekiranya terdapat kebocoran, kemungkinan besar ramai akan terbunuh ketika tidur di dalam kereta kerana tahap oksigen akan menurun secara drastik.
Faktor yang paling penting yang boleh menyebabkan kematian semasa tidur di dalam kereta adalah karbon monoksida. Ianya adalah komponen utama dalam asap ekzos kereta anda dan jika kuantiti yang banyak terkumpul di dalam ruang udara kereta anda, anda akan menghadapi masalah besar.
Apa itu karbon monoksida? Karbon Monoksida adalah gas yang tiada bau dan oleh itu anda tidak akan sedar bahawa anda bernafas di dalam persekitaran yang mempunyai racun.
Seterusnya, satu lagi penyebab kematian adalah ketika penghawa dingin tidak berfungsi ataupun mempunyai kadar gas yang rendah kerana, penghawa dingin yang tidak berfungsi tidak akan dapat menyegarkan sepenuhnya udara di dalam kereta dan akan mengakibatkan peningkatan tahap karbon monoksida.
Jadi, bagaimana sebenarnya gas karbon monoksida dapat membunuh anda? Ianya akan membunuh dengan mengurangkan keupayaan darah anda yang membawa oksigen kepada sel-sel anda dan setiap daripada mereka akan mati dan tidak berfungsi berpunca daripada kekurangan oksigen.
Terdapat juga yang mengulas jika tidur dengan tingkap yang terbuka, permasalahan kadar karbon monoksida akan dapat dikurangkan. Tetapi sebenarnya , ini hanya dapat menyelasaikan masalah seketika sahaja. Penyelidik telah menasihati para pemandu untuk mengelakkan tidur di dalam kereta bagi tempoh yang lama. Seeloknya berehat sebentar di luar kereta kerana ianya mempunyai udara yang jauh lebh segar.
Kesimpulannya , selain daripada tidak digalakkan untuk tidur di dalam kereta, mempunyai penghawa dingin yang berfungsi sepenuhnya adalah penting untuk mempunyai perjalanan yang selamat. Periksa sama ada penghawa dingin anda berfungsi dengan sempurna pada setiap enam bulan. Jika anda rasa ianya mengambil masa yang lama untuk sejuk , ianya bermakna bahawa sudah tiba masa untuk servis penghawa dingin kereta anda.
sumber artikel dari : sleeping with ac can kill you