Jenis rambut yang berombak dan kerinting agak sukar untuk diuruskan. Ia boleh nampak terlalu kusut dan tidak terurus. Dengan sedikit tips dan panduan, harap anda dapat menguruskan rambut kerinting anda dengan betul selepas ini.

PERIKSA RAMBUT ANDA DENGAN BETUL

Pertama sekali, rambut yang kerinting dan tebal memerlukan penjagaan yang rapi. Kebanyakan lelaki yang mempunyai jenis rambut seperti ini, mereka tidak mahu melabur banyak ke atas produk-produk yang khusus untuk rambut kerinting dan tebal. Mereka beranggapan bahawa produk yang khas ini menelan belanja yang banyak. Anda perlu fikir tentang kualiti produk tersebut. Semakin berharga dan berkualiti sesuatu produk, semakin baik kesan yang akan diterima oleh rambut anda.

Kebanyakan daripada shampoo yang berada di pasaran sekarang, ia tidak tumpu kepada sesuatu keadaan atau jenis rambut anda. Kebanyakkan daripadanya adalah untuk menjadikan rambut anda lebih sihat dan segar.

Untuk rambut kerinting dan tebal, anda perlu kerap menggunakan conditioner (pelembut rambut). Ia akan membantu rambut anda kelihatan bersinar, lembut dan kemas. Penggunaan conditioner akan menampakkan lagi bentuk rambut kerinting anda dengan lebih kemas. Rambut anda sentiasa nampak lebih sihat dan bersinar.

PILIH GAYA POTONGAN YANG BETUL

Kedua, pilihan gaya rambut adalah sangat penting. Ia memberi impak yang besar terhadap keseluruhan rupa anda. Setiap kali anda memilih gaya rambut, anda perlu memikirkan masa yang anda perlukan setiap kali anda ingin bersiap dan menguruskan rambut anda. Isu besar untuk lelaki yang berambut kerinting ini adalah mereka sering menjangka bahawa rambut tebal dan kerinting selalu kemas tanpa sedikit usaha. Mereka beranggapan bahawa rambut akan terus terletak dan beralun dengan cantik.

Apabila anda memotong rambut, tanya kepada barber/stylist tersebut tips atau panduan bagaimana anda hendak mendapatkan gaya yang sama di rumah. Bagaimanakah cara yang mudah dan betul untuk gayakan jenis rambut anda. Mereka mungkin akan cadangkan kepada anda untuk gunakan pengering rambut dan pelurus rambut. Mereka juga akan cadangkan kepada anda beberapa jenis produk yang sesuai untuk anda gunakan dalam menggayakan rambut harian anda. anda mestilah gunakan tips yang telah diberikan dengan sebaik mungkin agar rambut kerinting anda dapat digayakan dengan betul.

Masa adalah perkara utama dalam menguruskan rambut tebal dan kerinting. Jika anda memilih potongan rambut pendek, ini mungkin akan dapat mengurangkan masa anda untuk bersiap pada waktu pagi. Tambahan pula, trend untuk rambut kerinting sekarang adalah potongan pendek dengan gaya yang sangat ringkas dan kemas.

Apa yang boleh saya cadangkan adalah, membuat pelaburan yang lebih untuk mengurus dan menggayakan rambut kerinting anda adalah sangat berbaloi! Ini kerana, rambut jenis tebal dan kerinting ini tidak boleh memilih gaya rambut dengan sembarangan kerana takut ia akan mencacatkan keseluruhan rupa anda.

CONTOH GAYA RAMBUT KERINTINTING