Setiap wanita mempunyai pandangan dan citarasa yang berbeza dalam memilih pasangan. Anda pernah ditegur oleh pasangan anda kerana tiada sifat kematangan di dalam diri anda?

Di sini kami kongsikan ciri-ciri lelaki yang matang dan anda boleh lihat jika pasangan anda salah dalam menilai diri anda.

MENJAGA PENAMPILAN  DIRI

Anda sudah mula ambil kisah tentang penampilan diri anda. Anda tidak mahu dilabel sebagai tidak kemas dan pengotor. Lelaki yang matang akan mula menjaga penampilan diri mereka kerana mereka ingin sentiasa memberi imej yang baik kepada khalayak ramai.

Tidak kisah sama ada anda minat fesyen street-wear, formal, kasual atau smart kasual tetapi yang penting ia mestilah kemas dan terletak rapi pada tubuh anda. Lelaki seperti ini juga akan elak daripada memakai selipar untuk berjumpa dengan orang ramai kerana bagi mereka, selipar akan merosakkan seluruh penampilan mereka.

HADAPI TEKANAN DENGAN BIJAK

Lelaki yang matang tidak mudah melatah apabila mereka menghadapi tekanan. Sebaliknya, mereka akan fikir secara waras bagaimana untuk mereka menyelesaikan masalah tersebut. Lelaki seperti ini juga tidak suka untuk lari daripada masalah.

Sangat bertuah kepada wanita di luar sana jika pasangan anda mempunyai ciri ini kerana lelaki ini tidak akan meninggalkan anda dan mereka sangat bijak dalam mengawal tekanan dan keadaan.

TIDAK MENGGANGGU PRIVASI ORANG LAIN

Lelaki yang matang adalah lelaki yang tahu menghormati privasi orang lain. Mereka tidak gemar untuk ambil tahu hal yang remeh kerana bagi mereka itu bukan satu keutamaan kepada mereka. Ini kerana, mereka tidak gemar jika privasi mereka diganggu oleh pihak lain.

BERFIKIR SEBELUM BERTINDAK

Anda pernah jumpa lelaki yang jenis cakap tidak berlapik? Anda suka?

TIDAK SEWENANG-WENANGNYA MENGKRITIK ORANG LAIN

Di sini saya ingin kongsi satu cerita benar yang saya pernah lalui sendiri. Sebagai wanita, sudah semestinya kita mahukan lelaki yang sentiasa menggembirakan kita dan terima kita seadanya. Lelaki yang matang adalah lelaki yang berfikiran terbuka. Mereka tidak akan sewenang-wenangnya melemparkan kata-kata yang boleh membuat pasangan mereka sedih atau tidak gembira.

Lelaki tersebut pernah tanya saya “awak tak pernah terfikir nak kurus ke? Bila awak nak diet? awak tak jaga makan ke?” Percaya atau tidak, soalan ini seperti soalan mingguan yang wajib untuk saya hadapi setiap minggu walaupun rupa lelaki tersebut rupa konkrit. Sejujurnya saya tidak kisah kerana saya juga berfikir “sempurna ke aku untuk memilih?” Pada mulanya saya ambil sikap tidak kisah atas sebab saya tahu keadaan saya pada masa tu. Tinggi sikit daripada dia. Mungkin nampak besar dan memang jenis baka besar  bahu lebar. Sejujurnya, saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan fizikal sebab ia bukan la “teruk” seperti yang lelaki tersebut bayangkan. Mungkin dia lebih berminat dengan pinggang kerengge. Saya terfikir, bagaimana perasaan wanita lain yang berbadan agak gempal. Adakah mereka tidak layak untuk rasa gembira? Atau pada zaman sekarang manusia lebih utamakan luaran daripada dalaman? Rupa daripada hati?

Ingat, lelaki yang matang adalah lelaki yang mempunyai fikiran yang terbuka. Jadi, sebelum anda menanyakan soalan yang mungkin akan membuat seseorang wanita itu kecewa dengan anda, lihat diri dan tanya diri sendiri “sempurnakah aku?”

Baca juga 5 Ciri Lelaki Yang Digilai Wanita