Potongan rambut ‘’fade’’ (memudar atau semakin tipis ke bawah) adalah gaya paling tinggi permintaanya di Walter Barbershop.
Gaya ini meliputi potongan pelbagai jenis dimana rambut dipotong pendek dari leher dan secara bertahap menjadi lebih panjang semakin dekat pada atas kepala.
Anda boleh lihat pada gambar sebagai rujukan.
Proses ini mengambil masa dari 20 – 40 minit. Jadi, jika anda inginkan gaya rambut ini, sila sediakan masa anda yang secukupnya. Ambil kira masa menunggu serta masa servis diambil. Supaya anda tidak tergesa – gesa.
Apa yang pasti, kualiti & hasilnya memuaskan.