Setiap lelaki mempunyai dilema apabila hendak memotong rambut. Mereka keliru sama ada hendak potong dan menggayakan seperti selalu atau hendak cuba sesuatu yang berlainan daripada selalu. Pernahkah anda mengambil kira tentang bentuk muka anda sebelum anda membuat keputusan untuk potong dan gayakan rambut anda di barber shop?
Bukan semua jenis penggayaan rambut sesuai untuk bentuk muka anda. Sesetengah gaya mungkin nampak teruk dan semestinya tidak sesuai untuk anda. Di sini kami senaraikan contoh gaya rambut yang sesuai bagi anda yang mempunyai struktur muka berbentuk bujur. Bentuk muka bujur mempunyai struktur yang runcing dan ianya tidak menampakkan tulang rahang .
Bagi anda yang mempunyai bentuk muka bujur, anda sangat bertuah kerana kebanyakan daripada jenis penggayaan rambut sesuai dengan bentuk muka anda.
Tetapi, berhati hati dengan pemilihan rambut hadapan atau apa jenis penggayaan rambut yang boleh menutup dahi anda. Ini kerana, pemilihan rambut tersebut boleh menampakkan muka anda lebih bulat. Berikut merupakan contoh gaya rambut yang sesuai bagi anda mempunyai bentuk muka bujur.
- BRUSH BACK
- MID FADE WITH POMPADOUR
- TAPER FADE WITH QUIFF
- UNDERCUT WITH COMB OVER