Setiap lelaki mempunyai dilema apabila hendak memotong rambut. Mereka keliru sama ada hendak potong dan menggayakan seperti selalu atau hendak cuba sesuatu yang berlainan daripada selalu. Pernahkah anda mengambil kira tentang bentuk muka anda sebelum anda membuat keputusan untuk potong dan gayakan rambut anda di barber shop?

Bukan semua jenis penggayaan rambut sesuai untuk bentuk muka anda. Sesetengah gaya mungkin nampak teruk untuk anda. Di sini kami sediakan beberapa tips dan contoh penggayaan rambut yang sesuai bagi bentuk muka anda.

  • OBLONG: BENTUK MUKA LEBIH PANJANG DARIPADA LEBAR

Potongan rambut yang pendek sesuai untuk bentuk muka jenis oblong. Tetapi berhati hati apabila anda seorang yang mempunyai jambang. Jambang yang terlalu tebal akan membuatkan muka anda nampak lebih lebar dan besar.

  • OVAL: BENTUK MUKA YANG RUNCING DAN TIDAK MENAMPAKKAN TULANG RAHANG

Bagi anda yang mempunyai bentuk muka oval, anda sangat bertuah kerana kebanyakan daripada jenis penggayaan rambut sesuai dengan bentuk muka anda.

Tetapi, berhati hati dengan pemilihan rambut hadapan atau apa jenis penggayaan rambut yang boleh menutup dahi anda. Ini kerana, pemilihan rambut tersebut boleh menampakkan muka anda lebih bulat.

  • DIAMOND: MEMPUNYAI ‘JAWLINE’ DAN TULANG PIPI YANG BERBENTUK

Ia berbeza dengan bentuk muka oval tadi. Untuk diamond, mereka lebih sesuai jika mempunyai rambut depan yang menutupi sedikit ruang dahi mereka. Untuk menampakan lebih maskulin, lelaki yang mempunyai bentuk muka diamond ini sesuai jika mereka mempunyai jambang.

  • ROUND: SAIZ BENTUK MUKA SAMA PANJANG DAN LEBAR

Bagi lelaki yang mempunyai bentuk muka round/bulat, jenis penggayaan rambut yang mempunyai sedikit definisi dan berbentuk sangat sesuai.

Seperti contoh, anda yang mempunyai bentuk muka bulat potongan yang sesuai adalah jenis potongan yang boleh menipiskan bahagian tepi rambut anda

  • SQUARE: LEBIH BERBENTUK DAN MASKULIN

Bentuk muka petak ini biasanya mempunyai tulang muka yang lebih jelas dan nampak lebih maskulin.

Bentuk muka petak ini biasanya sama sahaja dengan gaya rambut yang sesuai untuk bentuk muka yang bulat. Mereka lebih sesuai memilih rambut yang lebih nipis di kiri kanan dan sedikit tebal di bahagian atas.

  • TRIANGLE: TULANG RAHANG LEBIH LEBAR DARIPADA TULANG PIPI

Bentuk muka triangle mempunyai tulang rahang yang agak lebar dan berbentuk berbanding tulang pipi mereka.

Lelaki yang mempunyai bentuk muka triangle ini lebih sesuai jika mereka mempunyai kepanjangan rambut yang medium. Tidak terlampau pendek dan tidak terlampau panjang.

Jika anda masih ragu – ragu dalam pemilihan gaya rambut, datang sahaja ke Walter® Barbershop, barber kami akan berikan nasihat percuma serta akan memberikan pendapat gaya rambut yang sesuai dengan anda.

Baca juga : Wanita inginkan Lelaki yang bagaimana?