Memotong rambut sudah semestinya menyebabkan rambut anda tumbuh. Tapi adakah benar mitos yang mengatakan rambut akan tumbuh dengan lebih cepat apabila anda memotong rambut dengan kerap ?. Kebenarannya ialah TIDAK . Ia tidak akan membuatkan rambut anda tumbuh dengan lebih cepat.
Pertumbuhan rambut bermula dari folikel di kulit kepala anda. Kadar pertumbuhan rambut tidak akan terjejas oleh potongan rambut yang kerap, mewarnakan rambut atau menggayakannya. Walau bagaimanapun, cara anda merawat dan menjaga rambut boleh menjadi antara penyebab untuk mendapatkan rambut yang tebal dan kelihatan sihat.
Jadi mengapa wujud mitos sedemikian ? Ini kerana , sebenarnya, potongan rambut secara kerap boleh meningkatkan rupa rambut. Dengan memotong hujung rambut yang tidak sihat dan rosak, ianya akan dapat membendung daripada anda mengalami kerosakan rambut dan menjadikannya kelihatan lebih tebal dan lebih berkilau. Fungsi memotong hujung rambut dengan rambut kerap adalah untuk membuang hujung rambur yang bercabang dan rambut yang rosak. Proses Ini akan membuatkan rambut kelihatan seperti tumbuh dengan lebih cepat kerana rambut yang rosak akan berkurangan dan dengan itu dalam masa yang singkat rambut akan tumbuh lebih panjang dari asalnya.
Kesimpulannya ,adaah rambut tumbuh lebih cepat jika kerap menggunting rambut? Ianya mitos semata ! untuk mendapatkan rambut yang sihat dan tumbuh dengan lebih cepat anda perlu menjaga folikel di kulit kepala dengan mendapatkan diet yang seimbang dan mengamalkan vitamin – vitamin yang dapat membantu kadar pertumbuhan rambut anda seperti vitamin C. Kini, Jika anda terdengar rakan rakan anda menagatakan memotong rambut dapat membuat rambut tumbuh dengan cepat, anda lebih tahu bahawa ianya semua hanya mitos ,