Kita selalu terlepas pandang perkara penting sebelum menghadiri temu duga.

Berikut beberapa Tips mudah sebelum menghadiri temu duga :

1. Buat pemantauan tentang lokasi temuduga 3 hari sebelum tarikh temuduga. Keadaan tempat letak kenderaan, lif dan tandas. Ini bagi memudahkan urusan kita semasa hari temuduga.

2. Sediakan pakaian yang sesuai 1 hari sebelum tarikh temuduga. Sebaiknya pakai Kemeja putih, Seluar slack hitam dan kasut hitam. Elakkan dari berfesyen melampau.

img_1049

3. Dapatkan Servis Gunting Rambut 2 hari sebelum tarikh temuduga. Pastikan fesyen rambut anda kemas dan tidak kelihatan melampau.

untitled-2

4. Pastikan rambut sentiasa rapi dan kelihatan bersinar. Bagi menambahkan keyakinan diri anda, pilih produk rambut yang mampu buatkan rambut anda kelihatan basah, wangi dan bersinar sepanjang hari.

img_20160826_115216

5. Kepada Jejaka yang mempunyai bulu muka. Pastikan Trim jambang, misai atau janggut anda supaya kelihatan kemas.

6. Buat sedikit kajian tentang bakal majikan anda. Anda perlu tahu skop bisnes yang dijalankan oleh syarikat itu/ Jabatan itu.

7. Paling penting, anda perlu tahu skop tugas jawatan yang anda bakal ditemuduga itu.

Selamat Berjaya.