Setiap dari kita digalakkan untuk sentiasa melemparkan senyuman kerana senyuman adalah ubat untuk awet muda dan melambatkan kedutan di muka. Tambahan pula, senyuman dengan gigi yang putih dan bersih mampu menarik minat wanita.
Agak sukar untuk dapatkan gigi yang putih walaupun anda sudah berhenti mengambil kafein dan berhenti merokok. Jadi, di sini terdapat beberapa tips yang boleh anda amalkan untuk mendapatkan gigi yang putih dan bersih dalam masa yang singkat.
SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN
Sayuran dan buahan seperti saderi, epal, tembikai dan lobak merah elok jika ia di makan begitu sahaja daripada anda jadikan ia puri atau jus. Asid yang terkandung di dalam setiap buahan dan sayuran ini mampu memutihkan gigi anda secra semula jadi dan kerangupan nya merupakan pembersih gigi yang baik.
Jadi, menggigit epal atau lobak lebih baik untuk membersihkan gigi.
PRODUK TENUSU
Anda semestinya sudah sedia maklum bahawa produk tenusu seperti susu, yogurt dan cheese merupakan makanan yang tinggi dengan kalsium dan fosforus dimana ia penyumbang yang besar kepada penghasilan gigi yang cantik.
Seperti susu, selain daripada bantu anda untuk mudah tidur lena pada waktu malam, ia juga mampu memperbaiki enamel dan menjadikan gigi anda kuat dari akar dan cantik pada permukaannya.
STRAWBERRI
Terdapat satu kajian yang menyatakan bahawa, dengan menggigit strawberry anda mampu memiliki gigi yang putih dan bersih dalam masa yang singkat. Ini kerana, strawberry mengandungi “asic malic” yang mampu menanggalkan kekuningan pada permukaan gigi secara semula jadi.
Jika lihat pada strawberry, ia mempunyai strukturnya tersendiri. Dimana, struktur permukaan strawberri tersebut mampu memperbaiki enamel, menjadikan gigi lebih putih dan lebih licin.
Untuk jadikannya lebih berkesan, anda lenyekkan strawberri tersebut dan campurkan dengan setengah sudu besar serbuk penaik dan sapukan campuran itu tadi pada seluruh permukaan gigi anda. Tunggu beberapa minit dan bilas dengan air bersih.
STRAW
Penting untuk anda sentiasa menggunakan straw ketika minum melainkan anda minum air masak atau air suam. Ini kerana air yang berperisa kebanyakannya mampu meninggalkan satu lapisan ke atas permukaan gigi anda. Penting bagi penggemar teh, teh mampu meninggalkan kesan kuning pada permukaan gigi anda dalam masa yang singkat. Jadi, anda perlu gunakan straw untuk kekalkan kesihatan gigi anda.