Tahukah anda bahawa Malaysia merupakan negara yang rakyatnya mempunyai masalah obesiti paling tertinggi di Asia Tenggara ? Ya , benar , mengikut jadual yang tertera di bawah Malaysia menduduki tempat pertama dengan peratusan sebanyak 44.2 .
Tahukah anda, masalah obesiti di Malaysia telah menunjukkan peningkatan yang membimbangkan pada setiap tahun dan ini menunjukkan bagaimana sikap dan budaya masyarakat tempatan dalam menjaga kesihatan dan juga memandang mudah masalah ini. Selain itu, pada masa yang sama ia juga dapat memberikan gambaran kepada kita bagaimana anggaran peningkatan penyakit kronik dalam kalangan masyarakat tempatan.
Apakah itu obesiti ? bagaimana anda tahu jika anda mempunyai masalah obesiti ?
Obesiti adalah suatu penyakit di mana lemak berlebihan berkumpul di dalam badan seseorang. Ia bukan sahaja akan menyebabkan aktiviti fizikal dan sosial seseorang menjadi terhad, malah ianya turut akan menyebabkan jangka hayat seseorang menjadi pendek. Obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ di dalam badan kita seterusnya dapat menyebabkan masalah kesihatan yang serius.
Seseorang itu dianggap menghidapi masalah obesiti apabila berat badannya adalah 45kg melebihi berat badan ideal seseorang itu. Berat ideal seseorang itu dapat dikira melalui indeks jisim badan (BMI), di mana BMI yang melebihi 35 atau 40 dikatakan mengalami obesiti. Cara pengiraan BMI adalah seperti berikut:
BERAT (KG)
BMI = __________________
TINGGI (M) X TINGGI (M)
Dan ini merupakan rajah bagi anda mengenal pasti kategori BMI anda
Cara untuk mengelakkan daripada obesiti ? Di sini kami kongsikan tips untuk menurunkan berat badan dengan cara yang sihat tanpa pengambilan apa apa produk yang berbahaya dan merisikokan diri anda.
- KENAL PASTI MAKANAN YANG MEMBAHAYAKAN KESIHATAN
Tahukah anda jika makanan yang anda makan tidak betul, bersenam lama seperti orang gila pun anda tidak akan berjaya untuk turunkan berat badan?
Ini disebabkan ianya mengambil masa yang lama untuk membakar lebihan kalori dari makanan yang mempunyai kadar lemak tinggi seperti makanan dan minuman yang manis.
Sebagai contoh, anda perlu berjogging selama purata 1 jam dengan kelajuan yang konsisten untuk membakar kalori yang terhasil dari 1 donut Big Apple misalnya ataupun dengan 2 jam berbasikal. Elakkan makanan yang berbahaya seperti makanan dalam tin, makanan segera ( Maggi , Mcd , Kfc ) , makanan bergoreng , minuman bergas, minuman 3 in 1 dan juga minuman manis.
- GANTIKAN MAKANAN YANG MENGGEMUKKAN
anda perlu melakukan operasi pembersihan daripada makanan – makanan ringan di rak dapur anda yang senang dilihat , dan mula meletakkan makanan yang berkhasiat agar anda dapat memaksa diri anda untuk memakan makanan yang sihat . Sebagai contoh , gantikan beras putih dengan beras perang dan kawal jumlah pemakanan anda.
- MAKAN DENGAN KERAP
makan dengan kerap ? ya makan dengan kerap tetapi dengan kuantiti yang berpatutan dan bukannya menggunung seperti tidak makan selama seminggu ! Tahukah anda bahawa mereka yang makan banyak kali dengan kuantiti yang sedikit lebih cendurung untuk mempunyai berat badan ideal.
Makan dengan bahagian kecil sebanyak 4-5 kali sehari memang biasa bagi mereka yang mengamalkan diet sihat. Setiap hidangan kecil itu seringkali membantu untuk menahan rasa lapar dan seimbangkan suapan kalori setiap hari.
Dalam setiap hidangan mungkin anda boleh letakkan 300-400 kalori setiap kali makan dan fokus kepada makanan yang mengandungi banyak serat dan protein seperti sayur-sayuran, kacang, ikan dan ayam rebus.
- JANGAN MENAHAN DIRI BERLAPAR
Kenapa? Ini kerana jika anda menahan diri berlapar , makanan akan rasa tersangat-sangat sedap apabila kelaparan dan boleh mengakibatkan kita terlebih makan ( overeating ).
Pastikan anda makan pada waktu yang betul bagi mengelakkan kandungan gula dalam makanan anda tidak terlalu rendah. Bila perlu berhenti makan ?
Makan sedikit ketika lapar dan berhentilah sebelum kenyang
Makan dengan kuantiti kalori yang sikit menjelang malam hari kerana waktu malam anda cuma memerlukan tenaga yang sikit. (kecuali anda baru saja kahwin hehe).
Jika kalori tidak sempat dibakar dengan tenaga, ianya bakal-bakal menjadi lemak.
- MINUM AIR SECUKUPNYA
Minumlah air sepanjang hari kerana ianya dapat membantu anda merasa kenyang dan mengelakkan daripada anda sering berfikir tentang makanan. Kadang-kadang bahagian minda kita susah membuat keputusan sama ada kita haus, bosan atau lapar.
Sekiranya anda berasa lapar, cubalah minum dua gelas air sebab mungkin minda anda cuma bermain helah dengan anda.
Sebelum makan juga, biasakan minum dua gelas air tapi pastikan anda membaca doa makan selepas tu. Minum air sebelum makan dapat membuatkan cepat kenyang dan mengurangkan nafsu makan anda.
Antara kelebihan minum air secukupnya ialah dapat buang toksin dalam badan dan secara tidak langsung mengurangkan penyakit diabetis.
Berapa banyak air yang perlu diminum setiap hari? Ada yang kata 8 gelas adalah yang terbaik tapi semua orang berbeza-beza.
Perlu ambil faktor berat badan, saiz badan, metabolisma dan faktor luaran yang lain juga. Mengikut kajian, minum air sebanyak 500 ml, boleh menaikkan metabolisma sebanyak 24% hingga 30%
Minumlah pada kadar yang sepatutnya. Jangan pula terlebih minum air, mungkin anda boleh lemas.
- DAPATKAN TIDUR YANG CUKUP
Percaya atau tidak yang kurang tidur boleh menyebabkan berat badan naik?Orang yang kurang tidur atau tidak mendapat tidur yang berkualiti lebih terdedah kepada risiko obesiti.
Dalam satu kajian yang telah dibuat, kanak-kanak dan orang dewasa yang tidak mempunyai tidur cukup adalah 89% dan 55% menjadi obes.
Antara kesan lain ialah perubahan hormon, motivasi rendah untuk bersenam, meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok.Sekiranya anda turunkan badan dengan sihat, tidur yang cukup merupakan faktor penting yang perlu diambil kira.Akhir kata selamat maju jaya untuk mendapatkan berat badan yang ideal dan tubuh badan yang sihat .