Adakah anda tahu apakah maksud tiang yang berputar di depan kedai gunting rambut? Kenapa tiang tersebut berwarna merah, biru dan putih? Sejak zaman dahulu lagi “barber pole” ini telah wujud sebagai satu tanda atau “trademark” yang melambangkan kedai gunting rambut walaupun ada yang menyatakan bahawa gambar gunting atau pencukur sangat sesuai dijadikan trademark untuk kedai gunting rambut.

Pada zaman pertengahan, di “barbershop” bukan hanya rambut yang boleh dipotong tetapi mereka juga menjalankan pembedahan kecil. Mencabut gigi dan menyedut darah menggunakan lintah yang bertujuan untuk membuang darah kotor.

Kerajaan Perancis meletakan dua tahap perubatan iaitu ahli bedah professional (doktor) dan tukang bedah amatur (tukang bedah yang ada di “barbershop”)

Pada abad ke-14 tukang bedah amatur telah dibenarkan mempunyai pekerja dan mereka juga dibenarkan untuk mendalami ilmu pembedahan professional di fakulti kedoktoran di Paris University.

Warna yang terdapat pada “barber pole” itu bermaksud, pada zaman dahulu tukang bedah telah menjemur pembalut/bandage yang telah mereka gunakan untuk rawatan penyedutan darah itu di depan kedai mereka.

Maksud putar yang ada pada “barber pole” adalah kerana pembalut berlumuran darah yang dijemur tersebut telah ditiup angin dan melilit di tali yang digunakan untuk jemur pembalut tersebut. Lama kelamaan, pembalut putih yang berlumuran darah telah menjadi satu tanda/trademark di setiap klinik/”barbershop”.

Seiring dengan perjalanan waktu, pemandangan itu buat sebahagian orang nampak kelihatan menjijikkan, maka terhasil tiang putih yang di cat dengan warna merah dan biru sebagai pengganti pembalut/bandages yang digantung.

Tiang berwarna putih menggambarkan pembalut/bandage yang digunakan di dalam rawatan. Warna merah pula bermaksud darah yang ada pada kain pembalut tadi. Warna biru bermaksud vena/urat tempat darah disedut. Pada zaman dahulu modelnya masih static, tidak berputar.

Pada tahun 1950 Amerika telah menghasilkan model lebih sempurna, iaitu yang boleh berputar dan bekas di atas tiang diganti dengan bola dan penggunaanya bukan lagi untuk klinik perubatan malah untuk kedai gunting rambut.

Namun sehingga tahun 1996 penjualan “barber pole” ini merosot teruk kerana terdapat peraturan yang menegaskan bahawa penggunaan “barber pole” di luar kedai gunting rambut dapat memeningkan kepala jika penggunaannya terlalu banyak di pinggir jalan dan boleh menganggu tumpuan pemandu-pemandu.

Tahun demi tahun, model tiang ini merosot sehingga ke serata dunia. “barber pole” telah menjadi satu tanda untuk “barbershop”. Jika “barber pole” berputar ini bermaksud “barbershop” tersebut sedang beroperasi dan jika “barber pole” berhenti berputar bermakna kedai telah tutup atau rehat dan mula beroperasi pada keesokan harinya.

BACA JUGA : Barbershop Menjadi Pilihan APPLE Untuk Promosi Iphone 7 Plus