” Alamak , dah macam – macam produk cuba dari murah ke mahal tapi muka tak elok pun ” , admin percaya kebanyakan anda mengalami masalah sebegini baik wanita ataupun lelaki . Adakah anda tahu bahawa bukan salah produk yang tidak berkualiti yang membuatkan kulit muka anda teruk , sebenarnya salah satu punca adalah anda tidak memakai produk yang sesuai untuk jenis kulit anda . Ya , setiap manusia mempunyai jenis – jenis kulit yang berbeza iatu kulit yang berminyak , kulit jenis kombinasi , kulit normal , kulit muka kering dan juga kulit yang sensitif .
Adakah anda tahu jenis anda sendiri sebelum membeli produk untuk muka anda ? Adakah anda membaca arahan di atas produk tersebut yang menyatakan produk ini sesuai untuk jenis kulit yang mana ? Ya , itulah kesilapan anda kerana memakai produk yang tidak sesuai dengan keperluan kulit muka anda dan seterusnya anda menyalahkan produk yang dibeli , Alamak !
Oleh kerana itu , disini admin hendak kongsikan cara – cara untuk mengenal pasti jenis kulit muka anda dengan cara yang paling mudah .
- Cuci Muka Seperti Biasa
Langkah pertama anda perlu lakukan adalah dengan mencuci muka anda seperti biasa menggunakan pencuci muka biasa ataupun dengan hanya menggunakan air kemudian bilas. Janji bersih dari kekotoran dan minyak di muka .
- Tunggu Selama 2 Jam
Penting ! selepas mencuci muka anda perlu membiarkannya kering sendiri dan jangan meletakkan apa – apa produk seperti krim , pelembap di atas muka anda . Biarkannya selama 2 jam untuk melihat hasilnya .
- Periksa Keadaan Kulit
Untuk memeriksa keadaan kulit anda boleh menggunakan cara yang paling mudah iatu “Tissue Patch Test” . Tissue Patch Test ialah pemeriksaan menggunakan empat pecahan tisu yang diletakkan di atas empat bahagian muka seperti gambar di atas .
- Kenal Pasti
Kulit Normal – Keempat – empat bahagian tisu melekat buat masa yang sekejap dan jatuh .
Kulit Kering – Keempat – empat tisu tidak melekat pada bahagian muka sama sekali
Kulit Berminyak – Keempat – empat tisu melekat pada bahagian muka
Kulit Kombinasi – Tisu melekat pada hidung ataupun dagu .
Oleh itu , dengan perkongsian admin , diharapkan anda memilih produk – produk muka yang sesuai dengan jenis kulit muka anda agar anda mendapat kulit yang cantik dan juga sihat . Artikel berikutnya admin akan kongsikan perkara yang perlu dipakai , dan juga tidak boleh dipakai oleh setiap jenis kulit kulit yang ada .
Many sites provide templates that make it easier to organize your
The overview is a place where the reader can find out more about the writer and what he or she has
Don’t be hesitant to request samples of documents written by article https://www.affordable-papers.net/ authors before selecting one.
composed.
document.