Inai bagus untuk rambut? seringkali kita dengar ianya digunakan pada tangan dan kuku . Namun, ianya juga mempunyai beberapa manfaat bagus untuk rambut anda. Berikut adalah manfaat pengunaan inai pada rambut :
1) Melembapkan Rambut
Adakah anda tahu bahawa rambut kita mudah untuk hilang kelembapannya ? Ya, apatah lagi jika anda anda tidak memakai perapi rambut untuk mengembalikan kelembapannya. . Inai boleh membaik pulih dan mnegembalikan kelembapan rambut kerana ianya membina lapisan perlindungan yang melindungi rambut daripada rosak.Penggunaan secara konsisten dapat menjadikan rambut anda dengan lebat dan kuat kerana rambut anda telah mendapatkan kelembapannya yang penting.
2) Pewarna Rambut Semulajadi
Pewarna rambut anda mempunyai kimia bahaya yang merosakkan rambut? anda boleh menggantikannya dengan inai . Pigmen warna yang terdapat pada inai iaitu Lawsone akan masuk ke dalam rambut secara semula jadi & perlahan-lahan mengikat keratin (protein) di rambut. Inai akan meresap dan blend in dengan warna rambut sedia ada dan bukannya sekadar mewarnakan lapisan luar sahaja.
Selain itu, warna akan nampak lebih semulajadi dan tidak nampak tak asli seperti anda mewarnakan rambut dengan pewarna rambut yang mempunyai kimia. Ianya merupakan bahan natural yang sangat bagus jika anda mahu mewarnakan rambut anda.
Suatu fakta yang sangat menarik untuk dikongsikan iatu penggunaan bahan ini sebagai pewarna rambut komestik telah digunakan sejak 6,000 tahun yang dulu !
Di Mesir Kuno, Cleopatra dan Nefertiti dikenali telah menggunakannya. Ia digunakan selama berabad-abad di kawasan India, Timur Tengah, dan Afrika. Di Eropah, ianya popular di kalangan wanita yang berkaitan dengan pergerakan estetik dan artis Pra-Raphaelite di England pada tahun 1800-an. Wow! Menarik Bukan !
3) Pengawalan Kelemumur
Mempunyai masalah kelemumur yang sangat teruk? Masalah ini adalah sesuatu yang amat memalukan dan juga sangat merimaskan kulit kepala anda.
Sapuan inai pada kulit kepala juga akan men’detoks’ kulit kepala dan akar rambut. Pigmen lawsone akan menyusun semula protein rambut dan membuatkan lapisan kutikel rambut tersusun cantik dan bertambah sihat.
4) Menjadikan Rambut Tebal dan Berkilau
Penggunaan inai secara konsisten bukan hanya berfungsi untuk mengelakkan keguguran rambut, tetapi anda juga boleh menggunakannya untuk mendapatkan rambut yang sihat, tebal dan berkilau.
Adakah anda tahu bahawa sebaik sahaja inai yang sudah kering dibilas, ianya sebenarnya mencuci semua bahan asing yang terdapat di atas rambut anda (pencemaran, produk penggayaan, dan sebagainya) .Oleh itu , hasilnya anda akan mendapat rambut yang lebih sihat dan berkilau.
BACA JUGA : Rambut Tumbuh Lebih Cepat Jika Kerap Menggunting Rambut ? Mitos Atau Fakta