Seperti artikel sebelum ini , admin membincangkan tentang cara untuk mengenal pasti jenis kulit muka , dan ini merupakan langkah seterusnya dalam pemilihan produk yang bersesuai dengan jenis kult muka anda . Jika pemilihan produk tidak bersesuaian dengan jenis kulit muka anda , ianya akan mengakibatkan keadaan kulit muka anda bertambah teruk dan tidak sihat .Jenis produk yang dinyatakan di sini akan dipecahkan kepada 5 jenis kulit muka iatu kulit normal , kulit berminyak , kulit kombinasi , kulit sensitif dan juga kulit kering .

 

  • KULIT NORMAL

Bagi kulit normal , anda perlu menggunakan produk yang mempunyai retinoids. Apa itu retinoids ? retinoids merupakan vitamin A yang mempunyai fungsi untuk memperbaharui kolagen di muka dan menampakkan kulit wajah tampak kelihatan awet muda.

Glycolic Acid berfungsi untuk mencerahkan kulit muka , menyenadakan tona kulit muka , membersih dan mengecilkan pori – pori muka , menghaluskan kulit , memudarkan parut jerawat dan juga melawan tanda – tanda penuaan pada wajah . Tetapi anda jangan gunakannya secara berlebihan kerana ianya mungkin dapat membuatkan kulit muka anda terasa panas dan membuatkan kulit anda menjadi sensitif.

Produk untuk mengurangkan kemerahan yang disyorkan adalah Eucerin Hypersensitive Anti Redness Soothing Care .

 


Jenis produk yang perlu dielakkan anda yang mempunyai kulit normal adalah jenis pencuci muka yang kasar seperti sabun ataupun yang mempunyai micro beads .

Anda perlu mengelakkan daripada memakai produk muka yang memberi kesan mengeringkan kulit muka anda , maka jika anda mencuba sesuatu produk dan ianya membuatkan kulit wajah anda menjadi kering , anda perlu elakkannya .

Skrub muka mempunyai fungsi untuk menanggalkan sel kulit mati ketika membuat exfoliation pada wajah . Akan tetapi , golongan yang mempunyai jenis kulit normal tidak digalakkan kerana ianya sangat kasar pada kulit wajah .

 

 

 

  • KULIT BERMINYAK

Seterusnya bagi kulit berminyak pula anda perlu menggunakan serum wajah kerana ianya dapat membantu anda untuk mendapatkan kulit yang kekal terhidrat dan ianya kerana serum lebih cepat meresap berbanding memakai pelembap muka . Serum yang sesuai digunakan oleh anda  yang mempunyai kulit muka berminyak adalah yang mengandungi vitamin b3 dan juga vitamin C. vitamin b3 dapat mengurangkan penghasilan sebum pada muka anda , dapat mengurangkan kehadiran jerawat dan juga dapat mencerahkan kulit muka serta merawat kesan penuaan yang muncul di muka . Vitamin C pula mempunyai manfaat yang berbeza dengan dapat merawat kulit dan juga dapat mengurangkan kemerahan akibat daripada jerawat .Tetapi diingatkan untuk mencari serum yang berasaskan air  dan bukannya berasaskan minyak kerana ianya mungkin dapat menyebabkan pori – pori muka anda tersumbat .

Jika anda mahu menngunakan pelembap muka , anda boleh menggunakan pelembap muka berasaskan gel kerana ianya ringan dan dapat menghidrat muka anda tanpa meninggalkan kesan dan membuatkan muka anda lebih berminyak .

Perkara yang sangat penting bagi anda yang mempunyai kulit berminyak dan berjerawat , penggunaan salicylic acid merupakan perkara yang penting kerana ianya dapat merawat masalah pori-pori muka terbuka dan juga jika anda mempunyai masalah jerawat , ianya dapat membantu mengurangkan masalah keradangan berpunca daripada jerawat .

Seterusnya jika anda menggunakan alat solek , anda perlu menggunakan “mattifying powders” untuk memastikan kulit anda kelihatan segar dan tidak nampak terlampau berminyak .

Ini pula jenis produk yang anda perlu elakkan bagi jenis kulit yang berminyak . Facial oils tidak digalakkan untuk dipakai oleh anda yang mempunyai jenis kulit sebegini kerana ianya akan dapat menyumbat pori – pori muka anda dan menyebabkan muka anda mengalami petumbuhan jerawat yang tidak terkawal . Namun , facial oils mempunyai manfaatnya yang tersendiri jika anda menggunakan produk yang mempunyai bahan sesuai bagi jenis kulit anda contohnya yang mengandungi chamomile oil , jojoba , dan juga argan oil .

Seperti yang disebut di atas , anda perlu mengelakkan krim yang berat dan juga pelembap yang tidak berunsurkan gel . Scrubs juga tidak digalakkan untuk digunakan kerana over exfoliation menyebabkan kulit anda menjadi kering dan ini menyebabkan penghasilan minyak yang melampau pada kulit wajah . jika anda masih hendak menggunakan scrub untuk membersihkan kulit wajah , anda hanya boleh melakukanya sekurang kurangnya sekali seminggu dan pastikan produk yang anda gunakan lembut pada kulit wajah.

Elakkan juga produk yang kasar pada kulit dan juga dapat mengeringkan kulit , kerana ianya hanya akan memburukkan keadaan kulit anda .

 

  • Kulit Kering

 


Bagi anda yang mempunyai jenis kulit kering , anda perlu menggunakan pembersih muka yang berunsurkan krim kerana ianya lembut kepada kulit dan juga dapat melembapkan kulit wajah . Contohnya seperti pencuci muka Cetaphil.

Penggunaan lactic acid 30% bagi kulit kering pula adalah ianya dapat membuatkan kulit muka anda mengalami pengelupasan dan mengembalikan keseimbangan PH wajah dan juga membuatkan wajah anda mempunyai kelembapan yang diperlukan . Penggunaan krim yang kaya dengan manfaat juga diperlukan untuk mengembalikan kelembapan wajah dan seterusnya mengurangkan tekstur wajah yang kering dan flaky.

Tidak seperti yang mempunyai masalah kulit berminyak , anda amat memerlukan penggunaan facial oils kerana ianya dapat mengembalikan kelembapan muka , mengurangkan kesan iritasi dan keradangan.

 

 

 

Anda perlu mengelakkan pembersih yang menghasilkan buih kerana ianya hanya akan menyebabkan kulit muka anda bertambah kering . Jika anda mahu menggunakan masker wajah , anda perlu mengelakkan mask yang berunsurkan clay dan charcoal dan seeloknya menggunakan mask yang boleh melembapkan kulit muka anda seperti produk berunsurkan madu .

 

 

 

 

 

  • KULIT KOMBINASI

 


Kulit kombinasi adalah campuran dari jenis kulit muka kering dan berminyak , dan selalunya masalah minyak di bahagian T-Zone muka iatu hidung , dahi dan juga dagu . Anda perlu menggunakan pembersih muka yang lembut kerana ianya mampu menyeimbangkan Ph muka anda dan juga dapat mengawal pengeluaran minyak di wajah yang boleh menyebabkan pori – pori wajah anda tersumbat dan seterusnya menjadi jerawat .

Pemilihan dan juga penggunaan lightweight lotions ataupun toner amat penting . Lotion merupakan produk yang berunsurkan water based dan tidak mempunyai alcohol seperti toner biasa dan dapat mngawal pengeluaran minyak di wajah serta dapat mengecilkan pori – pori wajah . Pelembap muka yang berunsurkan oil-free dapat menyeimbangkan kulit anda agar ianya tidak terlampau kering dan juga tidak terlampau berminyak apabila anda mempunyai kulit jenis kombinasi .

 

 

 

 

Perkara yang perlu dielakkan adalah memakai pencuci muka yang berbuih kerana ianya dapat membuatkan kawasan kulit muka yang kering menjadi bertambah kering . Penggunaan pelembap muka yang berat juga dapat membuatkan muka menghasilkan minyak yang banyak di kawasan T-zone dan seterusnya menyebabkan pembentukan bagi masalah – masalah muka . Untuk kulit jenis kombinasi , penggunaan mask muka yang betul amat penting dan amat dinasihatkan untuk tidak memakai masker muka yang berasaskan tanah liat kerana ianya akan membuatkan kulit muka bertambah kering.