Muhammad Al-Hafiz Bin Mohammad Nor. Berumur 21 tahun dan asal Port Dickson Negeri, Sembilan. Pertama sekali ketika admin jumpa Hafiz, beliau seorang yang pemalu. Tidak banyak cakap dan sentiasa melemparkan senyuman.

Soalan pertama yang admin tuju kepada Hafiz sama ada beliau pernah keluar daripada Port Dickson untuk mencari peluang pekerjaan.

“Saya tidak pernah keluar daripada kawasan Port Dickson untuk mencari peluang pekerjaan. Dulunya saya belajar di GiatMara dan sambung pelajaran ke STPM. Semuanya dilakukan di dalam Port Dickson” balas Hafiz.

Pada dulunya, Hafiz tiada pekerjaan tetap dan beliau banyak habiskan masa di luar bersama rakan-rakan. Lama-kelamaan, Hafiz sudah tidak berminat untuk sambung belajar dan ingin ubah perjalanan hidupnya.

Ujar Hafiz, beliau mempunyai minat di dalam barbering ini sejak kecil lagi. Beliau ambil keputusan untuk berhenti belajar dan menyertai Walter Academy. Kini beliau berkhidmat sebagai barber professional di cawangan Walter Barbershop Kajang.

Seperti biasa, admin akan tanya sama ada keluarga sokong tindakan beliau untuk berhenti belajar.

“Pada mulanya, keluarga tidak sokong tindakan saya untuk berhenti belajar dan masuk Walter Academy kerana mereka beranggapan bahawa pekerjaan gunting rambut tidak boleh maju kehadapan” kata Hafiz.

Oleh sebab itu, Hafiz juga menyatakan bahawa beliau harus berfikiran positif dan menganggap bahawa mereka tiada pendedahan tentang industri barbering ini.

Beliau ingin buktikan kepada keluarga beliau bahawa beliau akan berjaya jika beliau lakukan sesuatu yang diminati.

Ketika admin tujukan soalan mengenai team Walter Barbershop dan team pengurusan iaitu Walter Empire, beliau menyatakan bahawa seluruh team Walter Barbershop dan team pengurusan banyak membantu dan beri sokongan kepada beliau.

“Mereka mempunyai sifat yang kukuh dan saling membantu walaupun saya ahli baru” katanya.

Kini selepas beberapa bulan bersama team Walter Barbershop, Hafiz menyatakan bahawa beliau sangat bersyukur kerana akhirnya beliau dapat capai impian dengan melakukan pekerjaan yang diminatinya sejak kecil lagi.