Jika tajuk ini dibincangkan di dalam situasi yang umum, tiada salah untuk lelaki mengenakan alat solek. Tetapi ia haruslah minimal dan tidak dilakukan seperti mana wanita bersolek.

Seperti contoh, selebriti atau model lelaki juga kebanyakannya mengenakan alat solek ketika penggambaran dan sebagainya.

Jika ditanya kepada wanita mengapa mereka minat untuk bersolek, mereka akan jawab sama ada ianya hobi atau salah satu cara untuk tingkatkan tahap keyakinan diri mereka. Sama juga seperti lelaki. Mungkin terdapat segelintir lelaki yang mengenakan sedikit alat solek untuk menutup mana-mana parut yang mungkin boleh beri kesan kepada tahap keyakinan diri mereka.

Bagaimana caranya lelaki hendak bersolek tanpa kelihatan terlalu feminine?

Jika anda mempunyai bintik-bintik hitam di muka, parut jerawat atau apa sahaja parut yang hendak anda sembunyikan, tidak salah untuk anda menggunakan sedikit CONCEALER untuk menyembunyikan parut tersebut.

Tidak salah juga untuk anda menggunakan sedikit BROW POWDER agar kening anda tampak lebih maskulin.

Jika anda perasan model-model lelaki yang terdapat di dalam majalah, mereka kebanyakannya sering menggunakan COMPACT POWDER dan CONTOUR agar hasil gambar mereka tampak lebih kemas dan maskulin.

 

Kaedah contouring dengan menggunakan CONTOUR PALETTE mampu memberi kesan pipi tulang dagu lebih tajam. Ia akan membuatkan seseorang ruang muka individu tersebut kelihatan lebih kurus dan maskulin.

Issue di negara kita menyebabkan alat solek hanya boleh digunakan untuk wanita.

Seperti yang telah diterangkan di atas, cara lelaki mengenakan alat solek haruslah minimal dan tidak nampak feminin.

Ini kerana, segelintir daripada masyarakat kita tidak didedahkan dengan informasi yang tepat mengenai lelaki dan alat solek. Mereka beranganggapan bahawa alat solek adalah produk-produk yang banyak warna dan hanya untuk wanita sahaja.

Jika ditanya pendapat peribadi admin mengenai isu ini, admin tidak sokong jika seseorang lelaki itu mengenakan alat solek penuh pada satu wajah seperti wanita walaupun mereka menyatakan bahawa itu adalah cara mereka untuk tingkatkan lagi keyakinan diri mereka.

Jika lelaki itu hanya bersolek sekadar untuk menutup parut, sekata kan kulit wajah dengan COMPACT POWDER jadi, ianya bukanlah satu issue yang besar.

Tetapi, apa jua pilihan yang anda buat, anda akan sentiasa dihakimi oleh segelintir masyarakat di luar sana. Lakukan perkara yang buat anda selesa kerana anda dilahirkan untuk menjadi diri sendiri.

Sekarang faham kan maksud admin?

Baca Juga 5 Ciri Lelaki Yang Digilai Wanita