Mungkin sebahagian daripada anda pernah kunjungi mana-mana cawangan Walter Barbershop dan tahu apakah panduan yang perlu anda patuhi semasa berada di Walter Barbershop.
Bagi mereka yang pertama kali hadir ke Walter Barbershop, anda harus patuhi panduan ini untuk mudahkan urusan anda sepanjang berada di Walter Barbershop.
Apa jadi kalau tidak tulis nama di kertas/kad yang telah disediakan? Jangan marah pihak kami jika orang yang datang lewat dari anda dapat potong rambut dulu. Hehe
Sementara menunggu, anda juga boleh dapatkan kata laluan WiFi daripada barber kami. Jadi, anda boleh menunggu tanpa rasa bosan.
Anda juga haruslah bersiap sedia dengan gambar atau nama gaya rambut yang anda mahukan. Atau pun, anda boleh minta bantuan daripada barber professional kami tentang gaya rambut yang sesuai untuk anda.
Jejaka yang budiman adalah jejaka yang mengikut peraturan. Jumpa anda di 15 cawangan Walter Barbershop!